Cuba anda bayangkan... Bagaimana ketika ini, saat ini, anda perlu membuat satu keputusan yang amat penting, yang akan menentukan halatuju hidup anda selepas keputusan itu dibuat. Anda tiada pilihan selain untuk memberikan jawapan saat itu juga. Ketika itu dihadapan anda berdirinya dua jasad yang amat anda kenal. Kedua-duanya ialah cinta hati anda. Ketika mereka serentak menghulurkan tangan tanda pilihlah salah seorang daripada mereka, maka tangan siapakah yang anda akan sambut? Secara rela hati atau tidak???





