Suatu malam di kelab malam sekitar Kuala Lumpur 3

Terlihat seorang lelaki dan seorang perempuan tanpa segan silu sedang asyik bercumbu ditengah-tengah khalayak ramai. Apa yang pelik, orang di sekeliling tampak biasa dan seolah-olah tidak nampak apa yang dilakukan pasangan tersebut. Mungkin kerana pengunjung di pusat hiburan tersebut sudah biasa dengan perkara sebegitu atau mungkin juga kerana mereka adalah warga asing. 


Suasana di kelab ini lebih agresif, ramai dan meriah walaupun lebih kecil. Rata-rata pengunjung adalah mereka yang berumur dibawah 30 tahun berbanding dengan kelab yang sebelumnya. Malahan saya juga terpaksa berdiri oleh kerana tiada tempat duduk yang kosong. Antara tempat duduk disitu kelihatan juga beberapa orang 'pak arab' dengan jubah berwarna coklat mereka. Mereka hanya duduk memerhatikan mereka yang menari dan kadangkala rancak berborak sesama sendiri. 

Kali ini saya betul-betul tak selesa. Mungkin kerana saya masih tidak biasa dengan persekitaran tersebut dan mungkin juga kerana itu sememangnya bukan cara saya berhibur. Lagipun silauan lampu disko yang sesekali menyilaukan mata, membuatkan saya menjadi rimas. Untuk pengetahuan anda, saya seseorang yang memakai cermin mata kerana tahap silau mata saya agak tinggi dan bukannya kerana rabun jauh atau dekat. Oleh sebab itu saya kurang memandu pada waktu malam terutama tanpa memakai cermin mata.

Jika difikirkan kembali, menyesal juga saya meminta Ben memandu keretanya kerana jika saya memandu kereta saya sendiri, sudah pasti saya akan terus balik. Mana tidaknya, saya hanya berseorangan di meja sedangkan Ben dan Rin sedang asyik menari di dance floor. Mujurlah ada dua perempuan berbangsa eropah yang memakai gaun merah dan hijau dihadapan saya. Tenang sikit jiwa yang tengah kacau waktu tu.

Sesekali apabila terlihat gadis-gadis disitu, tergerak juga hati ini nak mencuba-cuba. Manalah tau dapat...Hehehe...Tapi apabila difikirkan saya pun baru pertama kali datang ke tempat sebegitu, lebih baik saya melihat sahaja. Bak kata orang, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang rimau, mengucap...

Lebih kurang  4.30 pagi, kami pulang ke Shah Alam dalam keadaan Ben yang dah pening kerana terlalu banyak minum minuman keras.Lepas hantar Rin balik, kami lepak sebentar di Restoran Hakim Shah Alam. Ben membeli air limau nipis untuk menghilangkan bau mulutnya manakala saya minum milo panas untuk menghilangkan rasa mengantuk. Memang sepatutnya waktu sebegitu adalah waktu untuk saya enak dibuai mimpi indah. Selesai 'ngeteh' kami pulang dan berakhirnya lawatan sambil belajar sambil mencuci mata saya malam itu.

Apabila difikirkan kembali, mungkin saya akan kembali ke pusat hiburan yang pertama tetapi hanya untuk mendengar muzik yang menyedapkan corong telinga ni sebab saya 'respect' dan kagum pada band tersebut. Terutama apabila penyanyi perempuan tersebut menyanyikan lagu 'She's gone'. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang tarikan vokal dia. Lagipun suasana dipusat hiburan itu sedikit santai dan selesa. Tetapi jika diajak ke kelab yang kedua atau seangkatan dengannya, dengan lafaz yang terang dan jelas saya akan tolak. Mungkin kerana kelab-kelab sebegitu terlalu 'liar' untuk saya.

Tetapi bukanlah maksud saya pergi ke kelab-kelab hiburan wajar dipandang jijik dan kotor. Ya, anda masih boleh berhibur untuk mendengar muzik dan menghilangkan tekanan dengan menari, cuma anda tak boleh menjamin diri anda daripada meminum minuman keras apabila masuk ke tempat sebegitu. Apabila anda telah minum walau sekali, anda pasti ingin cuba lagi kerana sifat minuman tersebut yang membuatkan anda ketagih dan ia tidak elok untuk kesihatan.


Malahan jika anda seorang perempuan yang gemar pergi ke kelab, jangan melenting jika ada yang mengatakan anda sudah tidak berdara. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bukan kerana kebanyakan perempuan yang pergi kesana adalah perempuan murahan, tetapi kerana kebanyakan lelaki yang pergi ke tempat-tempat sebegitu adalah lelaki hidung belang. Pantang ada peluang untuk dibawa pulang ke rumah, pasti takkan dilepaskan....

Mungkin agama kita sama, warna kulit kita sama, tetapi tidak budaya kita.

P/s: Sepanjang menulis entri ini, ada beberapa perkara sebenar yang tak dapat diceritakan atas dasar keselamatan dan kerahsiaan.

Part1 | Part2 | Part 3

1 Komen:

Master Admin (M. Fauzi) said...

Hai, jika ada soalan mengenai entri ni. sila email terus kepada

akalemosi10@gmail.com

terima kasih :)