Info Puasa Dan Perkara Yang Membatalkan Puasa


Takrif Puasa
Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t menceritakan perihal Maryam, melalui Surah Maryam, ayat 26:

 إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْماً
Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat alRahman.

Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.

Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.
  Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]



Syarat sah puasa
1.              Islam
2.              Mumayyiz
3.              Suci daripada hadas dan nifas
4.              Puasa pada hari-hari yang dibolehkan puasa

Syarat Wajib Puasa 
1.              Islam
2.              Mukallaf
3.              Baligh/Berakal
4.              Waras

Perkara-perkara Makruh Ketika Puasa
1.              Berkumur-kumur atau bersugi apabila waktu matahari telah tergelincir
2.              Terlalu memasukkan air ke hidung ketika dalam puasa
3.              Mengeluarkan kata-kata keji
4.              Gosok gigi setelah gelincir matahari
5.              Mencium suami/isteri
6               Menderma darah

Perkara-perkara yang membatalkan puasa
1.              Makan dan minum dengan sengaja
2.              Muntah dengan sengaja(jika termuntah, tidak batal puasa)
3.              Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani
4.              Keluar darah haid atau nifas
5.              Gila
6.              Mengeluarkan mani pada siang hari secara sengaja
7.              Murtad
8.              Suntikan yang mengandungi makanan
9.              Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya.
10.            Pengsan sepanjang hari ketika berpuasa .
11.            Gila walaupun hanya sekejap masa.
12.          Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.


وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat.[Surah Al-Baqarah, Ayat : 217]

Sunat-sunat Puasa
Perbuatan-perbuatan yang sunat dilakukan oleh orang berpuasa.
1.              Makan sahur
2.              Menyegerakan berbuka puasa
3.              Melewatkan makan sahur
4.              Meninggalkan perbualan kosong
5.              Memperbanyakkan membaca Al-Quran
6.              Memperbanyakkan sedekah
7.              Mendirikan sembahyang terawih pada malam bulan Ramadhan
8.              Menjamu orang-orang yang berpuasa pada waktu berbuka
9.              Mandi junub sebelum fajar
10.            Berbuka dengan buah tamar dan benda manis
               
Uzur yang membolehkan puasa ditinggalkan
1.              Sakit yang menghilangkan kekuatan untuk berpuasa
2.              Berjalan jauh, sejauh perjalan yang membolehkan mengqasar solat
3.              Orang tua yang sangat lemah
4.              Lapar dan dahaga yang bersangatan


NOTA KAKI
  1. Pendapat yang mengatakan “al-Jauf”, iaitu rongga yang membatalkan puasa apabila masuk makanan ke dalamnya adalah“Ma’idah” (perut) sahaja, tidak termasuk lubang-lubang lain di badan manusia.
  2. Ulama’ semasa berbeza pendapat tentang “Bakhkhah ar-Rabwu” (penyembur gas untuk penyakit lelah). Pendapat yang paling hampir dengan kebenaran (pada pandangan penulis) adalah tidak batal.
  3. Pil yang diletakkan di bawah lidah bagi pesakit jantung, yang dihisap secara terus dan tidak masuk ke dalam rongga adalah tidak membatalkan puasa.
  4. Alat yang dimasukkan ke dalam ma’idah (usus) untuk mengesan penyakit juga tidak membatalkan puasa. Kecuali jika diletak ubat/minyak pada alat tersebut maka ia boleh membatalkan puasa.
  5. Ulama’ semasa juga berbeza pendapat tentang ubat titis ke dalam hidung. Ada yang mengatakan tidak batal, tetapi majoriti mengatakan batal. Pendapat yang paling hampir dekat dengan kebenaran (pada pandangan penulis) adalah tidak batal.
  6. Gas oksigen tidak membatalkan puasa kerana ia hanyalah angin/udara yang tidak terdapat anasir lain di dalamnya.
  7. Begitu juga gas yang disedut melalui hidung, hukumnya sama dengan penyembur lelah (no. 2).
  8. Bius setempat tidak membatalkan puasa. Manakala bius penuh sepanjang hari membatalkan puasa tetapi sekiranya pesakit tersedar dan masih berbaki waktu puasa hari tersebut tidak batal puasanya.
  9. Ubat titis ke dalam telinga juga tidak membatalkan puasa kerana rongganya tidak bersambung dengan “Jauf”.
  10. Ubat titis mata, mengikut majoriti ulama’ semasa, tidak membatalkan puasa.
  11. Suntikan ubat melalui kulit, urat dan otot mengikut majoriti ulama’ semasa tidak membatalkan puasa.
  12. Memasukkan air dan benda yang boleh mengenyangkan seperti glukos ke dalam urat, mengikut majoriti ulama’ semasa adalah membatalkan puasa.
  13. Melumur minyak, losyen dan sebagainya pada kulit, tidak membatalkan puasa.
  14. Memasukkan alat seperti kamera, untuk mengesan penyakit ke dalam urat/saluran jantung adalah tidak membatalkan puasa.
  15. Begitu juga memasukkan alat ke dalam perut untuk mengesan penyakit, tidak membatalkan puasa. Tetapi sekiranya sampai kepada “Ma’idah” (usus), boleh membatalkan puasa.
  16. Dialisis (mencuci darah) yang mengandungi ubat-ubat yang boleh mengenyangkan atau memberi kekuatan boleh membatalkan puasa, sebaliknya kalau setakat membersihkan darah tanpa ubat-ubatan tidak membatalkan.
  17. Menggunakan cecair/sabun pencuci alat sulit wanita tidak membatalkan puasa.
  18. Memasukkan ubat ke dalam dubur untuk penyakit bawasir atau mengurangkan kepanasan suhu badan tidak membatalkan puasa, kerana ia tidak sampai kepada ma’idah.
  19. Memasukkan alat pengesan penyakit atau ubat melalui lubang zakar tidak membatalkan puasa.
  20. Menderma (mengambil) darah. Terdapat khilaf yang begitu besar dikalangan ulama’, tetapi pendapat yang lebih kuatnya tidak batal kerana dikiaskan kepada berbekam.
  21. Begitu juga mengambil sedikit darah untuk ujian pemeriksaan tidak membatalkan puasa.


Sumber Rujukan:

P/s: Sekiranya terdapat sebarang salah atau silap/ terpesong, mohon agar diperbetulkan dengan meninggalkan komen pada entri ini. Terima kasih. :)

2 Komen:

nasuha mdzan said...

good job :)

syasya said...

nice! selamat berpuasa! =)