Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya diberi kembali kesempatan menulis blog. Setelah 5 bulan blog ini terbiar tidak dijaga, tidak terurus, baru sekarang berpeluang menulis. Minta maaf kepada mereka yang banyak bertanyakan soalan di formspring tetapi tidak dibalas. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang telah menghalang jari ini daripada menaip. Antaranya disebabkan laptop yang telah rosak dan juga kerana saya telah berpindah ke rumah baru. Ketika entri ini ditaip, saya masih menggunakan laptop lama kakak saya. Bukan tidak mahu beli yang baru, tapi menunggu masa yang sesuai untuk membelinya. Maklumlah, perkembangan teknologi sekarang terlalu cepat.
Apapun 5 bulan tidak menulis blog memberi kesempatan untuk saya menambah ilmu mengenai hati dan perasaan daripada pelbagai jenis manusia yang berbeza latar belakang. Jika sebelum ini saya banyak memainkan isu seperti bagaimana mengetahui isi hati dan perasaan seseorang, jadi saya keluar daripada zon selesa. Saya telah mendekatkan diri dengan mereka yang gemar ke kelab malam, mereka yang mengganggap perempuan itu hanyalah 'penyedap' bagi mereka, malah saya juga berpeluang untuk mendekatkan diri dengan mereka yang songsang.
Ianya memang pengalaman yang amat berharga tetapi saya sedar jika saya tersilap langkah, saya juga pasti menjadi seperti mereka. Kadangkala, saya terfikir sejauh mana saya akan pergi dan tertanya-tanya dimana penghujungnya. Mungkinkah saya akan jadi seperti mereka, atau mungkin juga saya akan jadi lebih teruk daripada mereka? Itulah persoalan yang sering bermain dia fikiran saya. Otak sentiasa memikirkan apa langkah seterusnya...Alhamdulillah, oleh kerana niat saya hanya untuk mengutip pengalaman, jadi mereka menghormati pendirian saya. Memang terlalu banyak yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca, tetapi saya akan ceritakan pada entri seterusnya, mudah-mudahan saya dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Insyaallah. Cukuplah sekadar pemanas jari setelah lama tidak menaip. Teruskan membaca AVE. Assalamualaikum.

Posted in: 


0 Komen:
Post a Comment