Setiap cinta itu perlukan pengorbanan. Mustahil untuk seseorang itu mempunyai cinta tanpa mengorbankan apa-apa. Bagaimana jika anda terpaksa mengorbankan hubungan kawan baik anda itu demi cinta anda. Sanggupkah anda mengambil risiko tersebut. Jadi persoalannya sekarang, menerima dia seadanya sebagai seorang kawan baik atau menjadikan dia sebagai seorang kekasih?
Jawapannya ialah meneruskan sebagai kawan baik sekiranya anda masih berusia 18 tahun kebawah. Ini kerana pada usia sebegini anda masih bergelar pelajar sekolah dan adalah lebih baik anda meneruskan pelajaran sehingga ke universiti dahulu. Lagipun pada usia sebegini, agak sukar untuk sesebuah hubungan cinta itu menuju ke alam perkahwinan.
Saya percaya dalam hidup kita sekurang-kurangnya kita akan jatuh cinta sekali pada kawan baik kerana kita tidak boleh lari daripada mainan perasaan. Ok, sebelum kita pergi lebih jauh, cuba anda fikirkan sejenak, bagaimana seseorang itu mampu memperoleh cinta?
Adakah anda akan terus menerima cinta seseorang yang secara tiba-tiba datang kepada anda dan luahkan 'I love U'? Jika dia datang dengan Ferrari mungkin ya. Tetapi kebiasaannya anda perlu faham, cinta itu....
- Bermula daripada sebuah perkenalan. Ya, mungkin dia merupakan rakan facebook anda, mungkin juga rakan sekolah anda, munggggkin juga dia bekas kekasih kawan baik anda.
- Hari demi hari berlalu, anda telah kenal hati budi dia. Jika anda terus menerus berhubungan dengan dia untuk satu masa yang panjang, dia akan secara perlahan diterima oleh diri anda menjadi kawan baik.
- Ok, sekarang dia dah jadi kawan karib anda, terus jadi kawan karib atau BERCINTA?
Ya, anda tidak akan terlepas daripada masalah ini dan bukan anda seorang saja yang mempunyai masalah ini. Anda sekarang hanya mempunyai 2 pilihan iaitu menjadikan dia sebagai seorang kekasih atau kawan baik. Apa yang perlu anda tahu?
Sekiranya pilihan anda kekasih
Kawan karib=tidak, kawan biasa=ya. Sekiranya kekasih adalah pilihan anda, tidak mungkin lagi wujud kawan karib antara kamu berdua sekiranya hubungan kamu tidak kesampaian. Tetapi berbaloi sekiranya anda yakin bahawa dia juga cinta anda. Tetapi sekiranya cinta anda bertepuk sebelah tangan, tidak mengapa, anda telah berjaya membuktikan kepada diri anda bahawa anda seorang yang berani.
Sekiranya pilihan anda kawan karib
Ini adalah pilihan yang selamat jika anda masih ragu-ragu jika dia cintakan anda juga. Anda membiarkan masa yang menentukan segalanya. Apabila masa berada disisi anda dan anda sabar menunggu, anda akan dapat melihat reaksi dia dari semasa ke semasa terhadap diri anda. Cuma keburukannya ialah anda akan memendam rasa dan mungkin akan jadi suatu penyesalan juga suatu hari nanti.
********************
Berdasarkan pengalaman saya, tidak salah untuk meluahkan saja apa yang anda rasa, mungkin kerana saya seorang yang berani bersuara terhadap apa yang saya inginkan. Malu? Tiada apa yang perlu dimalukan jika cara anda meluahkan perasaan itu kena dengan caranya. Akhir kata, tanya dahulu kepada diri anda apa maksud kawan baik dan juga kekasih kepada diri anda. Apa beza antara keduanya?Kerana setiap orang mempunyai makna yang tersendiri terhadap kedua ini. Selamat beramal!
Kita hidup hanya sekali dan peluang untuk berjumpa dengan orang yang kita dambakan mungkin hanya sekali sahaja. Gunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin kerana kita berhak mencari cinta yang terbaik untuk diri kita sendiri~~~


Posted in: 


7 Komen:
yup . tak salah untuk meluahkan apa yang terbuku asalkan kita sudah cukup bersedia dengan apa yang bakal kita hadapi . kalau diterima , alhamdulillah . kalau ditolak , pandai pandai pikir :)
Ramai yg takut meluahkan kerana takut kecewa.. Kadang2 ada orang yg suka memendam rasa daripada berterus-terang..
Banyak sebab jugak kenapa mereka takut untuk meluahkan... :)
semua akan indah pada waktunya
pilihlah apa yang menurut nurani mu benar... keep smile ok :)
pikiranku cerah bila mampir kesini..senyum deh
Takut dan malu untuk meluahkan kerana dia suka kepada orang lain..
Biarlah masa yang menentukan...sebelum ni seorang kawan baik menyatakan cinta pada saya,tapi sya tolak..sudahnye putus terus sebab tak boleh terima hakikat...Sekarang, tbalik pulak..saya pulak jatuh cinta dengan kawan baik saya ( kawan yg lain).. Bedasarkan pemgalaman lalu,saya takut nak luah..takut hilang kawan lagi..jadi pendam je la..biar la masa yg tentukan..tapi sakit jiwa la...haishh! Soal hati ni, takde sape boleh ramal...
Post a Comment