Beza Antara Motor Kapcai Dan Superbike

Sejak kecil aku sentiasa berharap untuk memiliki sebuah jentera superbike. Aku pun tak tahulah sebab apa aku minat sangat. Setiap kali kalau aku nak balik kampung, mesti aku tertunggu-tunggu superbike (motorsikal berkuasa 1000cc) lalu nak potong kereta yang dipandu bapa aku. Walaupun waktu tu tak tahu motor apa, asal dengar bunyi jeritan ekzos superbike ni dah cukup untuk hilangkan kegilaan aku terhadap motor ni.

Jadi setelah beberapa tahun, setelah bersusah payah aku kumpulkan duit daripada duit raya sampailah ke duit gaji kerja 'part-time', akhirnya minggu lepas aku berjaya 'dinikahkan' dengan motor Ninja 250r macam kat bawah ni.






Walaupun ianya tidaklah laju selaju CBR 1000cc atau dikenali ramai rabbit yang aku impikan mahupun Yamaha R1, tapi dah cukup untuk aku belajar asas-asas motor berkuasa besar ni kerana biasanya 250cc ini pun merupakan 'entry level' untuk motor berkuasa besar. Lagipun sebelum ni pun aku cuma pakai Smash Revo 110cc yang takde clutch. Takut pula kalau tak pernah guna motor clutch, tiba-tiba terus nak angkat 1000cc. Silap-silap, aku mati muda.


Aku tak nafikan bahawa memang terdapat banyak perbezaan antara motor kupcai dan sportbike dari segi kuasanya dan cara menunggang. Jadi ini adalah perbezaan antara motor kapcai dan sportbike selama aku menunggang ninja 250r.

MOTOR KAPCAI

  • Mudah dibawa ketika jalan sesak
  • Ringan, kalau jatuh senang nak angkat
  • Kalau bab servis, motor kapcai lebih murah 
  • Kalau nak laju, kena ubah suai motor sikit, tapi kos setiap part masih murah
  • Sedap dibawa santai, tak terasa panas enjin
  • Tempat duduk pembonceng selesa
  • Kalau berhenti di lampu isyarat, tak terasa dicabar mahupun menjadi perhatian ramai
  • Ambil sesetengah korner lebih laju daripada superbike

SUPERBIKE

  • Kuasa sudah ada ditangan, tinggal gunakan saja. 
  • Kalau jalan sesak, ada sesetengah superbike yang tak boleh nak cilok
  • Servis lebih mahal dan perlukan penunggang lebih peka terhadap kondisi motor
  • Kalau lalu dijalan yang sesak, terasa wap panas enjin di peha
  • Berat, kalau jatuh ada cara angkat yang tersendiri
  • Sodap layan korner
  • Anda lambat brek, silap teknik corner, silap pulas throttle, motor akan kawal anda.
  • Lebih cepat sampai ke sesuatu destinasi.
  • Kalau berhenti di lampu isyarat, pasti menjadi tumpuan ramai, lepas tu akan ada motor kapcai yang akan cuba bakar line.
Tapi apa yang membuatkan aku rasa naik motor sportbike ni amat-amat berbeza dengan motor kapcai ialah apabila aku lalu jalan biasa. Asal aku berhenti dekat lampu isyarat, dan apabila ada motor kapcai datang, sama ada mereka akan cuba bakar line, berhenti sebelah tengok-tengok motor atau duduk kat belakang (mungkin segan). Tapi yang paling aku tak minat yang cuba bakar line. Kadang-kadang aku malas nak lalu lampu isyarat. Kalau nampak lampu isyarat dah merah dari jauh, sengaja aku bawak slow-slow. kekekeke... Tak kisah anda bawak motor apa sekalipun, rider tetap rider. We are brothers.

Apapun, bukan semua orang yang bawa superbike itu berlagak. Kalau anda bertanya, pasti mereka akan cuba layan anda. Mereka yang bawak superbike laju kat highway sampai membahayakan orang lain, yang tak tahu nak hormat pengguna jalan raya yang lain, tu bukan rider, tapi mat rempit yang tersalah beli motor. Kalau anda minat nak beli superbike, aku cadangkan dulu join forum-forum superbike seperti superbikemalaysia untuk tahu serba sedikit mengenai motor yang anda nak beli. Jadi nanti tidaklah menyesal bila tersalah beli.


Sebelum membeli superbike, pastikan juga kewangan anda mencukupi bukan sekadar membelinya, tetapi apa yang paling penting ialah mampukah anda menyelenggara motor itu pada masa rosaknya. Jika kewangan anda masih perlu digunakan untuk benda yang lebih penting, utamakan dahulu. Superbike hanyalah kemahuan, bukan keperluan. Masanya pasti sampai. Jika tidak, beli saja dahulu riding gears anda seperti helmet dan jacket. Jangan pula baru guna sebulan dua, motor dah kena simpan dalam stor sebab tak mampu selenggara.

Kemudian pagi tadi aku bawa motor Smash aku selepas dah lama tak bawa. Aku tersenyum sorang-sorang sebab tiba-tiba aku rasa motor tu terlalu ringan sedangkan sebelum ni aku rasa berat. Sampai aku rasa naik motor kapcai rasa lebih bahaya. Apapun, motor kapcai ni memang terbaik! Banyak pengalaman aku dengan motor ni. Aku bawak ninja ni pun taklah laju sangat. Kadang-kadang kalau aku malas, aku biarkan je motor-motor kapcai ni potong aku. Laju-laju pun nak ke mana bang??? :) 

P/s: Bagi yang rasakan beli superbike ni merugikan kerana akan kerana hujan, ianya terpulang pada setiap individu. Rider sejati, hujan pun dia redah. :)

36 Komen:

aku said...

Berapa K lu angkat tu bro? Tingin gak nak kebas sebijik. Nanti share2 la cara nak jaga segala bagai ye :)

AVE said...

aku angkat siap semua OTR rm25k.boleh2, tanya je. tapi ada sesetengah orang trus angkat er6f/er6f. harga 33k yg baru, second dalam 2xk dah dapat dah. kena rajin usha2 moto ni.

aku said...

owh gitu.. apa perbezaan antara ninja 250 dgn 150 ek?

AVE said...

beza ninja 150 dengan 250 dari segi berat dgn strokenya. ninja 150 2 stroke, 250 4 stroke. dari segi top speed, lebih kurang sama sebab 2 stroke mmg lju daripada 4 stroke, tapi tak bermakna 150 lagi laju. 150 motor panas, 250 x. 250 save minyak ada orang kata 1 full tank mampu pergi 3xxkm.aku beli 250 pun bila dpt tau daripada group 150, 1 minggu 3-4 biji kips hilang.

pipoq said...

dulu aku pun berangan jugak nak angkat superbike masa bujang bujang dulu tu..

tapi bila peh kawen, ada anak dan nak bertambah anak lagi ni 50-50 pulak dah pelamin anganku tu..hehehe

AVE said...

kalau minat boleh je abg pipoq. angkat je yang murah2 macam ninja 250r ni. maintainence pun murah :)

Yasmin Aris ♥ said...

Haha . baru tawu beza 2-2 moto tuu :P

kiky said...

owh..now i knoe..huhu

Anonymous said...

hi, tersinggah pulak..hehe

i guna dua2 jenis moto.yamaha 150cc (tak brape sure kapcai ke tak) n superbike. kawasaki versys 650cc.

tak penah bawak moto pun sbelum ni, n tak penah tau pun superbike tu apa sgt. ingatkan scrambler je.hehe. so last year beli cash en.versys.loan lg mahal.
abg2 i pun tak caye i bawak superbike

sejak taun lpas blaja dr tunang. pastu skang jarang guna kete. even da biasa bawak tp hari2 still rasa nervous bila nk start enjin. so far syukur tak penah eksiden. kalau jatuh dgn versys mau patah riuk kaki.

GudzugyPiked said...

ada x kedai yang terima trade in keta kalo nk angkat superbike 650cc and above..?
harap2 ada yg tahu dan sudi menjawab... thx..

shaa said...

one day. Nanti boleh geng ye dakk

Pojie said...

Ye,yang penting pelan-pelan save duit. Sbb nak memiliki senang, nak maintain susah.

shaa said...

wahh, disini baru nak jinak2. Tp geng ninja perempuan takdelah. Ahah

Pojie said...

Haha. Nice. Join forum ninjalah. Kat sana ramai jugak perempuan.

Nurul said...

Salam, seronoknya ada superbike sendiri. :) ni yang saya jeles nih.... anyway AVE ... you r ambitious n u strive towards ur goal. nak tanya... how much is ur monetary allocation for ur superbike?

Anonymous said...

Agak rare for the ladies to ride a bike.x pernah nampak kat luar. Ada x kat dlm ni? :)

Saya pun minat motor besar. Its somewhat something cool for me , apa.hehehe

Tapi tu la. X larat. Berat sngt sbb besar.

Anonymous said...

Nurul. U ada bike kat rumah ke? Pernah riding a superbike? :)

Anonymous said...

Kereta apa? Rasanya x berbaloi la. Kalau u ada kereta extra. Ok. Sbb apa. Ya la kan. Ada kereta leh redah hujan , panas. Nanti menyesal lak. Kereta xda. Motor superbike je ada kat rumah :)

Pojie said...

Yup better ada kereta dulu. Kereta tu satu kemestian. dah ada kereta, barulah beli motor berCC besar. Utamakan keperluan baru kemahuan. :)

IbuKOTA said...

mmg best pakai superbike..sblm ni pakai rx-z.. Jual.. Asik tetonggeng je.. Pastu amik NSR-R 150.. Pn jual jg.. Amik EX-5 .. Masih pakai lg.. Ada sen sket, bli la moto yg aku idam2kn dr dulu..aku beli mmg dh set dlm kpala otak.. Moto ni rosak xpe, biar x bjln.. Jnji aku bleh tgk RS250 ni.. Mmg gila.. Minat pnya pasal... Apa pn bike mmg kna ada.. Pasal ianya adalah keperluan asas yg baik.. X kira cup or super.. Pakai lh 10 bijik keta pn, bike msti nk kna ada sbijik...

Naim said...

bro nak tanya..kau angkat cash kee..aku ader bajet sekarang Rm8500.00 kau rasa kalau angkat downpayments Rm8500.00 kedai mau ka? bapa lak bulan aku nak bayar kalau aku wat 3 or 4 taun...?

Master Admin (M. Fauzi) said...

x, aku buat downpayment gak. tapi tarik setahun jelah. kedai terima je kalau letak 8.5k. kalau dah letak 8.5k, tarik 3 taun, maybe dalam RM400 sebulan.

Tapi aku bagi cadangan, kalau bro nak beli 250 tapi guna untuk topspeed dan bukan daily commute, better jangan tarik lama2. nanti member racun suruh angkat 4 cyclinder, dah susah nak jual. better letak d/p dalam 10k lepas tu angkat er6 terus bro. biasanya orang guna ninja 250r termasuk saya hanya untuk long distance hari2. peace bro :)

otayko dhimz said...

nak cari pendapat duhh... tlng lew bg penjelasan sikit2 beze kawa ninja250 dan honda cbr250 dari segi spare part..mne satu y senang nak carik spare part...

Admin AkalEmosi said...

sparepart untuk ninja lebih senang dapat sebab ada kilang di malaysia. tapi sparepart honda pun dah banyak dah. tapi biasanya ninja senang nak dapat barang (indonesia+thailand)

Sholihin said...

I suggest kalau beginner baik usha kawasaki zx2r..ini model tahun 1997
zx series, bukan zxr series..
why i said that it's better??
these are the main reasons:

-walaupun 250cc, tapi 4 inline(4 silinder), means u akan rasa pick up superbike pada cc yang rendah..way better than v-twin..
-model ini boleh di-convert kepada banyak superbike pattern baru seperti YAMAHA R6, R1, HONDA CBR 1000RR(THE FAMOUS RABBIT), DUCATI PANIGALE and etc.

macam ni lah..motor cantik gaya 1000cc, tapi kuasa untuk beginner; 250cc..enjoy ur day.. =)

Anonymous said...

Bro kau bawak motor ni pakai lesen jenis ape? B2 atau b full?

Admin AkalEmosi said...

250 B2 je bro. kalau 251cc baru kena pakai lesen B

Anonymous said...

Slm semua. Sy nk bertanya antara ninja 250 n er6n/f, mana yg lebih sesuai utk pengunaan of 300km/day 5 days a week. Sy begineer dan baru nak berjinak dgn moto >250cc

Admin AkalEmosi said...

Saya lebih menggalakkan anda ambil er6n/f.sebab tak perlu push enjin motor & lebih stabil pada kelajuan tinggi. Tapi antara er6f & er6n, saya cadangkan ambil er6f, kurangkan rintangan angin ke dada.

Anonymous said...

apa maksud bro 'lambat brek,salah pulas throttle,motor kawal anda'?

Anonymous said...

Slm smua.TQVM admin atas advice diatas n will act accordingly

Admin AkalEmosi said...

"apa maksud bro 'lambat brek,salah pulas throttle,motor kawal anda'?"

motor berkuasa besar adalah berat dan mempunyai kuasa tujahan (torque) yang tinggi. jadi apabila anda ingin masuk 'corner' daripada kelajuan tinggi, anda perlu kawal brek dengan baik (tidak terlalu brek tayar hadapan,waktu ini, momentum daripada berat motor akan terasa. ) dan memastikan tidak terpulas throttle kerana apabila anda silap sikit shaja dengan memulas throttle, tayar belakang akan berpusing, akan menyebabkan berlakunya low side/highside ketika mengambil korner.

Read more: Beza Antara Motor Kapcai Dan Superbike ~ Akal Emosi

Anonymous said...

Salam semua..apa pendapat you'll mengenai wanita menunggang superbike@er6n..

Admin AkalEmosi said...

Respek! Tak semua perempuan berani bawak motor besar.

Anonymous said...

nk tnye..brpe ketinggian minimum nk bwak superbike?...tnggi ak 168 je...'--'

Anonymous said...

boleh di adu ngan motosikal indon x ???