Macam Mana Mengetahui Dan Merawat Gastrik?

3 minggu yang lalu, sejurus selepas saya balik dari perkhemahan di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang, saya mengalami diarrhoe a.k.a. cirit birit yang teruk. Pada mulanya saya menyangka ianya hanyalah sesuatu yang biasa dan akan pulih. Pada awalnya doktor hanya mengatakan ia hanya cirit birit yang biasa. Tetapi apabila ianya berlarutan sehingga seminggu dan 2 doktor telah saya jumpa, keadaan jadi semakin teruk.