Pernahkah anda tertanya apa itu karisma? Apakah penting sangat karisma sehingga begitu banyak tips yang diberikan di majalah, surat khabar mahupun di laman web? Karisma adalah kebolehan seseorang untuk mempengaruhi, menarik perhatian orang lain dan memberi inspirasi kepada orang lain. Anda boleh melihat ahli politik mahupun artis amat memerlukan karisma untuk tampil dikhalayak ramai supaya mereka dapat mempengaruhi minda masyarakat.
Teringat kembali zaman persekolahan, memang kami sudah diajar membina karisma bagi persiapkan diri kami sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Semua pelajar yang masuk ke SASER akan merasai berucap dikhalayak ramai setahun 2 kali dengan ucapan bahasa melayu diucapkan pada hari isnin, selasa, khamis dan jumaat manakala ucapan dalam bahasa inggeris pada hari rabu sahaja. Apa yang pasti berbagai ragam dapat dilihat ketika memberikan ucapan kerana tiada teks atau sebarang nota dibenarkan untuk dibawa bersama ketika memberi ucapan selama 5 minit dihadapan 500 orang. Itu sebab sekarang aku berucap dihadapan 2000 orang berseorangan pun masih ok.
Aku pasti bagi pelajar SASER yang kenal akan nama Cikgu Halim, pasti setuju kalau aku katakan dia seseorang yang penuh berkarisma. Cikgu Halim adalah seseorang yang mampu membuat orang lain terdiam ketika berucap, dan fokus ketika dia berucap dan mampu mendapatkan tepukan yang gemuruh diakhir penutup ucapannya. Beliau bukanlah seorang yang garang dan memerlukan rotan dalam mendidik pelajar, tetapi kerana kebijaksanaannya berkata-kata membuatkan dia dihormati dan disegani. Beliau sekarang sudah menjadi pengetua disebuah sekolah.
















