Gaya Perempuan Yang Buat Lelaki Tergila-gila & Konpem Cair!

Dulu aku pernah buat entri mengenai perangai perempuan yang buat lelaki gila bayang dan jatuh hati. Bukan main ramai yang stalk entri tu. Sekarang pulak wajah-wajah perempuan yang boleh buat lelaki gila bayang, cair dan sewaktu dengannya. Credit goes to Billyinfo. Wa pun cair der...Olololo....Tomeinye~~~



Entri Khas: Jauh Di Mata, Dekat Di Hati. Terima kasih Ibu..Ayah..

Aku ingat lagi tarikh itu, 27 oktober 2010. Setelah setahun aku meninggalkan dunia blog, aku kembali menulis blog tetapi dengan niat yang berbeza.. Sekiranya dulu aku menulis hanya kerana untuk mengurat si dia, kini aku menulis untuk cuba membahagiakan orang lain. Biar blog ini tidak megah seperti blog-blog yang lain, tetapi cukuplah ilmu itu disampaikan walaupun hanya kepada seorang insan, kerana ilmu itu pahala.

Aku tak tahu masih adakah yang ingat mengenai perkara ini, tetapi dulu aku ada buat satu video bertajuk ERTI CINTA. Semuanya ada 7 part. Ya, aku tipu bahawa aku katakan itu bukan kisah aku. Itu adalah kisah aku dan dia tetapi aku telah ubah skrip cerita tu. Kura-kura betina itu melambangkan awek aku dan kura-kura jantan itu melambangkan aku. Tetapi skrip di akhir itu adalah bapa dia.

Bergaduh Demi Seorang Gadis, Confirm Terpikat???


Sudah jadi lumrah seorang lelaki, kalau nampak awek cun mesti akan pandang je lama-lama. Kemudian mulalah kata itu cinta pandang pertama dia sambil siap berangan-angan dapat 'couple' dengan awek tu. Kalau dalam kelas atau kuliah, jangan harap nak fokus dalam kelas, fokus kat awek tu adalah. Biasanya awek-awek yang jadi sasaran ni mestilah yang kulit licin, muka putih lepas tu muka sweet-sweet 'tweetie'.Tapi biasalah, benda cantik bukan kita saja yang suka, budak-budak lain pun mesti 'target' awek tu jugak. Jadi, biasalah berlaku perebutan dan bergaduh semata-mata nak dapatkan awek tu. Jadi, wajarkah bergaduh semata-mata nak dapatkan awek tu???


Kalau tanya pendapat aku TAK WAJAR. Sebab apa? Sebab aku pernah bergaduh semata-mata untuk dapatkan seorang awek waktu zaman sekolah dulu. Apabila kena tarik masuk HEP, nasib baik muka aku muka baik, aku cakap:

"Saya mana suka gaduh-gaduh ni cikgu. Saya budak baik, kalau saya marah je saya terus amik wuduk...Setankan tak suka orang amik wuduk...Dia nak gaduh, saya pertahankan diri saya jer.."

Lepas tu aku lepas, budak tu kena gantung. Hehe... Tapi yang aku bengang, awek tu bukannya terpikat kat aku.. Dia saja je nak test muka dia... Jadi, apa yang aku nak tekankan kat sini, kalau setakat nak gaduh demi mendapatkan seorang perempuan, baik lupakan je. Biasanya budak-budak sekolah ramailah macam ni, darah mudakan.. Banyak cara lagi anda boleh pikat hati seorang perempuan. Antaranya:


  • Rambut setting baik, baju kemas dan fit. Biar nampak segak tapi bukan nampak 'nerd' ataupun 'geek'. 
  • Muka biar nampak jahat, biar member kata perangai macam setan kalau dengan lelaki, tapi biar perempuan tu tahu, hati anda masih lagi cute dan baik.
  • Be gentleman. Belajar pandai amik hati orang. Berkawan biar beribu, bermusuh biar satu.
  • Muka dah hensem, smart, tapi kalau bodoh tak guna jugak. Maka, jadilah seseorang yang terpelajar. Seorang perempuan harapkan lelaki yang mampu memberi hidup yang senang, bukan hidup susah!

Tapi, aku pun faham. Kadang-kala bukan kehendak anda nak bergaduh. Silap hari bulan, gaduh dengan member baik sendiri. Itu lagi pedih, lagi sakit daripada teloq ditendang, rasa belakang kena sodok dengan garfu je.. Semuanya gara-gara seorang perempuan.


Anda pun kena faham, kadang-kadang ada sesetengah perempuan ni suka permainkan lelaki je. Dia saja nak main-main cinta dengan lelaki, mungkin dengan alasan nak rasa lagi berkuasa daripada lelaki. Dia pasti seronok kalau tengok lelaki ikut saja kehendak dia. Mintak itu dapat, mintak ini dapat. Kalau kena marah, mulalah buat muka sedih, lepas tu merajuk. Ah...Tipu daya perempuan, aku dah masak dah... Sebab tu aku dah malas sangat nak layan kegedikan diorang.


Well, aku pun lelaki, jadi takkanlah aku nak terus menerus salahkan lelaki. Ya, aku tau, lelaki bodoh dalam memahami kehendak dan perasaan perempuan, tetapi perempuan mudah sangat mengambil peluang apabila nampak lelaki tu tunduk sikit kat dia. 

Apapun, sekiranya anda berada dalam situasi yang memerlukan anda bergaduh demi mendapatkan seorang gadis, cuba anda fikirkan, anda bukanlah binatang yang perlu beradu kekuatan untuk mendapatkan pasangan. Kita manusia yang diberi akal dan fikiran. Gunakan akal tersebut untuk menangi hati si dia dengan tunjukkan dia bahawa anda mampu menjaga dia lebih baik daripada orang baik dan anda mampu untuk memberikan hidup yang terbaik untuk dia.


Akhir kata, guna akal untuk berfikir, bukan guna buku lima.

FAKTA: Tanda-Tanda LELAKI Datang Bulan

Pernahkan anda terfikir, 'adakah lelaki juga datang bulan/ haid?' ataupun 'betul ke lelaki juga datang bulan?'. Ya, lelaki juga 'menyambut' kedatangan bulan seperti mana yang perempuan alami setiap bulan. Tetapi ianya bukanlah seperti kaum hawa yang mengeluarkan darah kotor daripada tubuh mereka mahupun senggugut *diganti dengan 'stomach cramps' bagi sesetengah lelaki*. Perkara ini dikenali juga sebagai 'Sindrom Prahaid' atau dalam bahaga inggeris dikenali sebagai Premenstrual Syndrome (PMS).



Menurut wikipedia:

"...ianya merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung mempunyai sebahagian simptom PMS, definisi rasmi had skop untuk mempunyai gejala "keterukan yang mencukupi untuk campur tangan dengan beberapa aspek kehidupan".  



Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid."

Jadi, hal ini mampu menjawab persoalan bahawa mengapa dan kenapa ada masanya lelaki mudah marah dan mudah terikut-ikut dengan emosi. Tetapi apa yang menyebabkan perkara ini berlaku??? Ini kerana lelaki juga mempunyai kitaran perubahan pada hormon mereka.


Dalam erti kata lainnya:

"Perempuan datang bulan mengeluarkan darah kotornya manakala lelaki datang bulan mengeluarkan air maninya"

Sekarang ada faham??? Jadi antara tanda-tanda dan simptom-simptom lelaki sedang mengalami PMS ialah:

  1. Stress
  2. Pening kepala
  3. Sakit perut
  4. Emosi terganggu
  5. Kemurungan
  6. Kurang minat terhadap seks
  7. Jerawat
Namun, gaya hidup yang baik mampu membuatkan lelaki mengatasi beberapa simptom di atas. Jadi bagi gadis-gadis sekalian, sekiranya teman lelaki anda menunjukkan perubahan emosi yang mendadak atau membuat sesuatu keputusan yang anda rasakan tidak rasa, itu mungkin menunjukkan bahawa dia sedang mengalami PMS. Pastikan anda fahami si dia supaya perhubungan anda akan lebih baik.

Doa Bertemu Jodoh & Berkasih...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…


Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…


Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…



Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…


Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin




Tips Dan Cara-Cara Asas Kaunseling

Ada yang mengatakan aku doktor cinta. Ok, secara terus terang, aku tak minat untuk jadi doktor cinta, sebab aku lebih minat jadi doktor kanak-kanak, sebab aku lebih minat pada bayi dan kanak-kanak, lebih mudah diajar berbanding orang dewasa.. Tapi apakan daya, bapa aku lebih suka aku jadi 'engineer', jadi aku terima sajalah. Jadi doktor mesin pun okey jugak kan..

Untuk pengetahuan korang, aku sebenarnya bukanlah doktor cinta apatah lagi mengambil mata kos psikologi. Aku hanya berpegang pada prinsip asas kaunseling. Salah satunya ialah tidak memberi kata putus. Sebab itulah blogger tidak disarankan menulis sesuatu entri yang memberi kata putus, sebaliknya membiarkan pembaca sendiri menilai dan memilih yang terbaik untuk dia. Jadi dibawah adalah antara prinsip asas untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Amat berguna kalau nak cinta kekal lama.

1) Faham
Perkara yang pertama sekali ialah faham, anda hanyalah membantu dan bukan memaksa dia mengikut pilihan anda. Anda hanyalah sebagai orang tengah dan orang yang anda ingin kaunseling sebaiknya bukanlah seseorang yang dekat dihati anda seperti ahli keluarga anda. Ini kerana faktor emosi akan memainkan peranan dan kemungkinan besar anda tindakan anda berdasarkan emosi anda.

2)Empati
Baru pertama kali dengar empati? Empati ye, bukan simpati. Empati bermaksud anda meletakkan diri anda di tempat dia dan merasakan apa yang dia rasakan. Biasanya banyak masalah dalam perhubungan terjadi disebabkan ketiadaan perasaan empati ini dan terlalu pentingkan diri sendiri. Kalau amalkan benda ni dalam kehidupan seharian insyaallah hidup akan lebih disayangi ramai orang.

3)Beri 100% perhatian apabila dia bercakap
Senyap dan pastikan mata anda tepat memandang mata dia. Jangan sesekali mencelah apabila dia berbicara. Biarkan dia habis bercakap dan kemudian baru mencelah.Biar saja dia luahkan segala yang terbuku di hati dia. Jangan gelak mahupun tunjukkan sebarang reaksi yang boleh membuatkan muka anda ditumbuk dia, serius!

4)Jangan memaksa
Sekiranya dia tidak mahu menceritakan masalah dia, jangan paksa. Sebaliknya beri dia nasihat supaya dia jangan bersedih lagi. Berikan juga dia kata-kata semangat. Selain itu sekiranya dia bersedia berkongsi masalah, jangan membuatkan pilihan kepada dia, sebaliknya beri dia pilihan dengan kesan-kesan yang berbeza dalam tindakan dia.
5)Bersikap profesional
Masalah biasa dalam kaunseling ialah permainan emosi. Kaunselor akan mudah terperangkap dalam permainan emosi terutama apabila sesi kaunseling diadakan antara jantina berlainan. Jadi, berhenti daripada terbawa-bawa masalah itu selepas sesi kaunseling. Jika tidak, masalah itu akan mencari anda. 

6)Rahsia
Segala perkara yang diceritakan kepada anda adalah rahsia. Jangan sesekali mendedahkan rahsia kepada orang lain walaupun dia kawan baik anda. Bukan mudah untuk seseorang meluahkan masalah dia kepada anda, jadi ingat, dia bercerita kepada anda kerana dia percayakan anda, jadi jangan belot kepercayaan dia.

7)Situasi
Pastikan suasana persekitaran bersesuaian dan selesa untuk lakukan sesi kaunseling. Jangan buat ditempat-tempat yang bising. Dan jangan pula buat sesi kaunseling di atas katil (bagi bukan mahram)...

8)Bahasa
Penggunaan bahasa yang sesuai juga amat dititik beratkan. Tidak perlu ber'saya' 'awak'. Asalkan dia rasa selesa itu sudah mencukupi.

Rasanya setakat ini itu sajalah. Kalau ada sebarang penambahan/ pembetulan boleh diletakkan dibahagian komen. Sebelum ni ramai juga pembaca yang chat dengan aku untuk menceritakan masalah diorang. Kalau perlukan aku untuk luahkan masalah, jangan malu-malu:  fauzibest5@hotmail.com 

AKU BUKAN SEORANG KAUNSELOR, AKU SEORANG SAHABAT...

Cara dan Langkah Berkesan Untuk Berpisah / Break Up!

Memang awesome giler cara dia mintak break dengan girl dia. Selamat beramal! :p


Dia Syok Sendiri (SS)??? Apa perlu dibuat???

Teringat zaman sekolah rendah aku. Waktu itu darjah enam. Aku memang minat gila seorang awek ni, muka dia soooo sweet! Tapi dia syok kat budak lain. Jadi, taknak rasa kecewa, aku tulis jelah surat cinta kat dia, biasalah cinta babun.. Lepas tu dia balas, dia kata jantan tu sebenarnya SS. Puas aku fikir apa bendalah SS tu. Siap search internet lagi. Semua tak tahu. Last-last aku hantar balik surat kat dia tanya, 'apa itu SS?'. Rupa-rupanya syok sendiri. Wadehek sungguh!


Aku pernah banyak kali alami situasi macam ni, maksud aku situasi dimana aku diganggu oleh orang SS. Ya, aku faham perasaan itu. Perasaan tiadanya persefahaman atau 'chemistry' antara kita dan dia. Bukan kerana kita terlalu sombong untuk menerima cinta itu, tetapi kerana mungkin situasi waktu itu tidak mengizinkan dan mungkin juga kerana dia bukan jenis yang kita cari. Atau mungkin juga kerana bentuk fizikal mahupun sifat dan perangai dia yang terlalu kebudak-budakkan.


Perangai kebudak-budakkan? Macam mana ea? Contohnya, kalau lelaki kita boleh tengok, kalau kat depan perempuan, dia akan mulalah tunjuk kuat atau cakap besar dan bagi yang perempuan, dia akan terlalu geeeedikkkkkssss.. Oh my god....Save our soul..... Memang kalau ikutkan hati, nak saja terus terang tanpa fikirkan perasaan dia, tapi kita orang melayu. Ops, kalau tak suka perkataan melayu, kita ini orang timur, yang masih ada nilai sopan santun. Rasanya tak perlulah terikut-ikut dengan perangai orang barat. Bukan saja tidak menunjukkan kesopanan, malahan mungkin juga anda akan dicop sebagai sombong dan sebagainya. Jadi, kita perlu cuba taktik halussss untuk buat dia menjauhkan diri.


  1. Beli atau pinjam cincin kemudian katakan pada dia anda telah bertunang. Kalau dia tak percaya, panggil pelakon tambahan anda.
  2. Tukar status fb anda daripada 'open relationship' kepada ' in relationship ever after' dengan pelakon tambahan.
  3. Buat-buat sibuk dan elak daripada bertegur sapa apatah lagi berjumpa dengan dia.
  4. Jangan balas sms dia apatah lagi angkat call dia. Kalau taknak biarkan dia call je, suruh bapak anda angkat kemudian katalah itu nombor baru dia beli.
  5. Call dia kemudian berpura-pura sedih mengadu anda mandul/ ada penyakit kelamin 7 keturunan..
  6. Berpura-pura gila atau cakap benda yang tak masuk akal pada dia. Anda tengok berapa jauh dia percayakan anda. Ceritalah semerepek yang boleh sehingga ke bulan.
  7. Tunjukkan muka kerek anda kat dia.
  8. Fahami jenis-jenis pasangan yang dia benci. Kemudian jadilah orang yang dibenci itu.
  9. Perkenalkan dia kepada kawan anda yang lebih kacak/ cantik.
  10. Tak jalan jugak? Biar masa yang lakukannya. Bak kata mak aku, biarkan aja, jangan dilayan dia tu. lama-lama bila dah bosan, pergilah dia...

Berperang Dengan Setan- Hari Terakhir

Waktu aku kat kampung, memang dalam fikiran aku tak boleh lari daripada fikir Cik A dah ok ke belum.. Kadang-kadang ada juga aku rasa tiba-tiba badan aku semut-semut sebelah badan saja. Tapi lepas aku azan (secara senyap), rasa semut-semut tu terus hilang. Mungkin aku kena tempiasnya sikit kot. Entahlah, aku malas nak fikirkan sangat. Tapi apa yang penting, kejadian tu dah mengubah persepsi aku antara dunia manusia dan dunia makhluk halus. Ya, kita perlu takut kepada Allah dan bukan takut kepada setan, hantu dan apa-apa lagi yang seumpama dengannya. Lagipun kita sebaik-baik makhluk yang diciptakan olehnya. 

Lepas isyak, sampai jugak aku ke rumah. Lepas rehat, aku pergi rumah nenek sebelah rumah je, lepas tu tengik semua tak ada. Yang ada hanyalah nenek dan mak long. Cik A dan yang lain pergi ke Telok Kemang untuk berubat. Masih tinggal sisa-sisanya dalam badan Cik A kata mak long. Jadi aku duduk borak-borak dengan mak long ambil tahu sikit perkara yang berlaku waktu ketiadaan aku di rumah. Lepas tu aku balik rumah, tidor..

Kemudian harinya, aku tengok keadaan dah pulih macam biasa. Aku panggil anak Cik A, tanya perkara yang berlaku semalam. Dia kata, diorang pergi ke teluk kemang berjumpa dengan seseorang yang direkomenkan oleh Kak S sebab ilmu dia lebih hebat. jadi sampai di sana, mereka dipecahkan mengikut kumpulan untuk mencari barang-barang ini.

-Air mandikan jenazah dari masjid
-Tanah dari kubur lelaki yang meninggal pada tahun 19xx(aku dah lupa trikhnya)
-Limau nipis
-lain-lain barang aku dah lupe ;p

Setelah dikumpulkan semua barang tersebut,cik A di mandikan. Lepas tu, Cik A diubat dan dia pun ok (tak berani cakap sebab tak nampak nanti takut dikatakan buat cerita plak). Apapun, pengajaran yang aku dapat dalam perkara ni ialah..MAKAN JANGAN SEBARANG MAKAN. Mekasih....

Berperang Dengan Setan- Hari Ketiga, Hari Kemuncak

Pagi jumaat...Mendung je hari tu. Peristiwa malam semalam masih bermain difikiran aku. Aku tertanya-tanya...Apa maksud benda tu yang Kak S kuat? Dia pun ada ada bela ke? Kalau bela, jin ke setan? Islam ke kafir? Tapi hari ni aku ada misi yang perlu aku, suami Cik A dan Iwan kena selesaikan. Kak S semalam pesan suruh pergi ke pejabat Cik A ambil barang yang dipuja oleh si pembuat tu. Jadi pukul 8.30 pagi, lepas kami bersarapan kat rumah nenek, kami pergi menaiki wira putih suami cik A, yang aku gelar sebagai maman (bahawa jawa bagi pakcik).

Yang tinggal kat rumah nenek jaga Cik A hanyalah kaum perempuan yang terdiri hanya mak sedera aku, mak long dan mak aku kecuali bapak Cik A saja yang tinggal di situ. Kerana dalam fikiran kami semua 'benda' tu dah tak rasuk lagi. Pukul sembilan aku tiba kat pejabat Cik A. Abang Y yang turut terkena tempias perbuatan tersebut sudah menunggu kami. Dia juga sudah dimuntahkan oleh Kak S semalam. Kalau ikutkan hati Kak S, mau saja si pelaku tu merana, tapi disebabkan ada bayi didalam perutnya, jadi terpaksalah pilih cara yang lebih sukar.Abang Y yang akan ambil barang tu. kami tunggu saja diluar. kami memang fikir masalah akan habis kat sini, pasti dia akan bagi barang tu kepada kami sebab setan dia dah janji semalam. Tapi malang, memang benar apa, kata-kata setan tak boleh dipercayai. Dia berpura-pura tak tahu. Jadi kami lepak kat warung sambil rancang macam mana nak rampas. 

Kami rancang nak ambil barang tu waktu makan. Sebab biasanya si pelaku akan tinggalkan handbagnya di pejabat. Jadi sementara tunggu waktu, kami berborak macam-macam. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, aku dapat call daripada mak aku. Dia kata Cik A dan bapak Cik A dah kena rasuk sehinggakan bersilat. Jadi kami terpaksa balik dengan segera sebab tiada orang lelaki di rumah. Jadi Abang Y terpaksa ambil barang tu sorang-sorang. Dalam perjalanan, iwan sempat bagi aku ayat pendinding. Begini bunyinye:

"Bismillahillazi layadurru ma'asmih syai'uu fill'ardi walafissamaiwahuwassami ul alim "

Sampai kat rumah, suasana memang dah bising, Cik A menjerit Allahuakbar. Budak-budak kecik yang lain semua dah pergi rumah aku. Aku masuk kedalam rumah nenek, tengok Cik A sedang bersilat dengan bapak dia. Aku dah pelik, tak tahu siapa yang kena rasuk. Rupanya bapak Cik A yang kena rasuk. Sebab dia cuba bantu Cik A. Seketika kemudian, benda tu berjaya dikeluarkan. Kemudian mak iwan berikan satu kertas kat aku. Rupanya itu list saka-saka yang berada dalam badan Cik A yang diucapkan ketika separa sedar.Dalam turutan:

-Hantu Raya(Dibuang malam pertama)
-Saka Buaya Bujang senang (dibuang malam kedua)
-Saka Ular
-Saka Harimau
-Saka Ungka
-Saka Biawak
-Saka Monyet
-Saka Buaya
-Saka Ular Betapa
-Saka Naga
-Semangat 'benda tu' (maaf aku tak boleh cakap benda apa)

Untuk pengetahuan korang, benda-benda ni hanya mengamuk (Cik A dirasuk) apabila azan dilaungkan. Aku pun tak faham kenapa. Dia boleh tahan lagi dengan ayat qursi, yasin, ayat seribu dinar, tapi kalau azan memang dia tak boleh tahan, pasti akan keluar punya. Jadi apabila aku sampai kat rumah nenek, saka buaya telah dibuang. Jadi aku bantu makcik aku buang saka ular betapa, saka naga dan semangat 'benda tu'. Saka-saka otai ni...Apsal aku pulak yang kena galas tanggungjawab ni...Memula tu menolak jugak, tapi apa boleh buat, kalau bukan aku, sapa lagi nak tolong. 

Pergh, aku baru buang satu saka dah penat. Penat dia lain macamlah, penat dalam. Penat batin...Habis je buang saka naga, otak aku dah biol pening dah. Tapi kami kena stop dulu, sebab nak pergi sembahyang jumaat dulu. Lepas sembahyang jumaat, bapak Cik A balik. Jadi kami teruskan tanpa dia, buang benda yang terakhir, Semangat 'benda'! Aku buat benda sama, sesah badan makcik aku tu guna kayu terap sambil jerit Allahuakbar. Habis benda tu,  semua berehat. Takut Cik A dirasuk lagi, semua berjaga-jaga, duduk berhampiran Cik A. Mata ni kadang-kadang pandang jugak Cik A, takut-takut kalau diam-diam dia keluarkan mata setan dia. Duduk punya duduk, mata nak terlelap. Aku dah tak boleh tahan...Badan aku dah gila-gila penat.

Aku balik rumah tidur. Petang tu aku balik Johor, Batu Pahat. Sedara aku kahwin..Dalam hati aku terfikir je, 'Cik A dah ok ke?'.  Nak tau dah ok ke tak? Tunggu...Panjang sangat dah ni...

Berperang Dengan Setan- Hari Kedua

Pukul 6.30 pagi khamis. Bangun, bersihkan diri, sembahyang..Lepas subuh, macam biasa aku tak tidur. Aku bukak laptop aku, sambung buat projek website aku yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Cik A pun dah pergi kerja macam biasa. Masuk tengahhari, aku dapat berita bahawa Cik A dirasuk lagi kat pejabat. Aku tak tahu nak buat apa, jadi aku tunggu jelah sampai Cik A balik kerja.

Pukul 6 petang, aku keluar rumah, pergi belakang rumah nenek. Tengok sedara aku yang lain tengah membakar sisa-sisa pokok pisang semalam yang masih belum terbakar. Kayu papan dilonggokkan, lepas tu dibakar. Sedara aku yang masih kecik ni boleh pulak cari tokek kat celah-celah papan yang disusun. Aku pun apa lagi, menyibuk jugaklah. Tokek mahal der.... 

Pukul 6.30 petang, 2 orang lelaki, officemate Cik A datang menaiki waja.. Diorang pun terkena jugak, tapi tak seteruk Cik A sebab memang Cik A yang di'target'. Cik A keluar ke muka pintu menjenguk, waktu tu benda tu masih belum datang. 'Mungkin maghrib nanti datanglah tu...'gerak hati aku berkata. Tiba-tiba kawan Iwan datang kat hadapan rumah nenek. Mungkin bagi sesuatu untuk pulih Cik A. Serta merta dengar suami Cik A kata, 'dah datang dah..dah datang dah...'. Rupanya benda tu boleh kesan daripada jauh sekiranya sesuatu yang berniat baik datang. Lepas pandang dengan mata membunuhnya sambil ditahan suaminya, terus pengsan.

Semua mula masuk kedalam rumah sambil membacakan ayat-ayat yang sepatutnya. Dan seorang lagi kawan Cik A datang. Dia bukanlah beragama Islam, tetapi Kristian. Menjelang maghrib, semua solat berjemaah di rumah nenek dan selepas itu membaca surah yasin termasuk Cik A. Ketika membaca surah yasin, pada awalnya Cik A nampak biasa. Tetapi, 'Cik A' menunjukkan dirinya yang sebenar pada 10 ayat terakhir. Rupanya aku difahamkan memang setan/ jin ni tak akan mampu menghabiskan bacaan yasin. Ketika itu keluar Cik A juga sudah sampai dari Tampin.

Ikhtiar punya ikhtiar, kami akhirnya bersetuju membawa Cik A ke rumah Kak S. Aku pergi naik kereta wira putih Iwan pergi ke rumah Kak S. Sampai saja ke halaman rumah Kak S,  Cik A dah dirasuk. Sempat lagi berpura-pura manja dengan suaminya, 'Abang, kita nak pergi mana ni bang~~~'. Suaminya senyap saja. Sampai di muka pintu Kak S, Cik A enggan masuk tanda takut. Kak S tak cakap banyak menepuk kuat belakang Cik A lepas tu dengan suara kuat, menyuruh Cik A duduk. Memang gengster Kak S ni, pantang setan tu tunjuk kuat je habis disesah badannya. 

Antara perbualan yang aku ingat ialah:

"Kau kenal aku tak?!!" Kak S
"Kenal" setan
"Sapa aku?!!" Kak S
"Kak S.."Setan
"Kak S sapa?!!!"Kak S
"Kak S orang kuat.."Setan

Lepas tu Kak S paksa 'Cik A' muntahkan balik segala makanan yang telah menjadi zat dalam badannya. Suami cik A turut teman. Aku tanya suami dia, katanya ada jugak darah. Lepas tu mak iwan datang bawak kayu terap. Hampasnya dibuat tali dan dililit di pinggang. Cik A disuruh membaca 'Laillahhaillallah'. Sambil baca, matanya memandang tajam Kak S. Ternyata itu bukan matanya. Kemudian Kak S paksa benda tu keluar daripada tubuh Cik A dan jangan kembali. Seperti hari sebelumnya, benda itu keluar dalam keadaan meniarap dan mulutnya ternganga sambil menggeletar kerana roh berpisah dengan jasad.Selepas keluar, Kak S bagitahu bahawa itu adalah saka buaya bujang senang. Pukul 111.30 malam, kami pulang.

Keesokkan harinya, adalah hari kemuncak...Bersambung..

Berperang Dengan Setan- Hari Pertama

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku senyap akhir-akhir ni kan? Baru-baru ni sesuatu telah berlaku kepada orang yang rapat dengan aku, jadi akan aku ceritakan semua yang berlaku. Bagi sesiapa yang rasa takut tak boleh tidur malam, adalah lebih baik tak baca entri ini. Aku hanya menceritakan apa yang berlaku, terpulang untuk anda percaya atau tidak.
Ini rumah aku. Nampak rumah sebelah tu? Itu rumah nenek aku.Tempat kejadian berlaku...

HARI 1
Rabu, 8/6/2011. Jam tangan aku menunjukkan pukul 7 ketika aku dan ayah aku sampai di rumah. Motor Suzuki Smash 110cc warna merah aku, aku letak bawah rumah nenek aku. Biasalah rumah kampung, mesti ada tempat parking motor. Ops, terlupa nak bagitahu. Aku tinggal dengan saudara- mara aku. Kiri kanan semuanya saudara aku. Jadi sebelah rumah aku ni rumah nenek aku. Sewaktu aku dengan bapa aku bukak saja kasut diluar rumah, saat itu azan masjid tidak jauh daripada rumah aku berkumandang. Waktu itu juga tiba-tiba terdengar suara jeritan.

'ARRRRRGHHHHHHHHHH'

Aku ingat nenek aku yang menjerit. Tapi takkanlah nenek nak menjerit maghrib-maghrib pulakkan. Mungkin anak buah aku kot. Maklumlah cuti sekolah. Tapi apabila aku tengok suasana dalam rumah nenek daripada luar, aku nampak makcik aku terbaring menjerit. Aku mula-mula ingat kena rasuk. Biasalah, kadang-kadang terkacau tempat dia. Sebab aku komander kembara, banyak bermain dengan alam, jadi tahu serba sedikit tentang makhluk alam ghaib ni... 

Aku masuk rumah dulu mandi, sembahyang maghrib, lepas tu pergi rumah nenek. Tengok cik A (nama terpaksa dirahsiakan) memang dah kena rasuk. Aku masuk je dia pandang tajam. Dia punya pandangan tu, memang bergetar jantung. Tak berkelip dan tak lari pandangannya. Adik aku yang pandang mata dia pun dah mula menangis. Lepas tu cik A dah mula sedar balik, tapi tak lama. Sekejap kena, sekejap tak. Mula-mula tu cuak jugak, tapi apabila fikir-fikir balik, dia lagi hina daripada manusia, jadi aku pun beranikan diri. Aku duduk sebelah dia, baca ayat qursi, surah al-baqarah dengan yasin. Tengah baca-baca, sekali cik A pusing cepat-cepat lepas tu pandang aku dengan mata dia sambil tangan dia cuba menolak-nolak aku...Dalam hati aku dah bersumpah dah..

"Cilake punya setan..Terkejut aku..."

Lepas habis baca, aku tolong Pak Teh aku dengan makcik aku dan saudara aku yang lain pegang Cik A sementara suami Cik A 'grip' leher dia. Ada masanya terhentak-hentak bahu dan peha, macam india menari. Sekali bila ditanya memang india..  Cuba ditanya siapa buat, tak menjawab. Tapi yang pasti memang ada orang buat. Dalam hati aku memang terkejut. Aku percaya alam ghaib ni, tapi aku tak pernah terfikir ada lagi dalam dunia moden ni orang guna ilmu hitam.

'Cik A' memang tunggu Iwan. Dia nak cabar Iwan sebab dia tahu Iwan ada masuk dalam pejabat Cik A cari barang guna-guna. Pukul 8.30 malam Iwan datang. 'Cik A' makin agresif, mendengus seperti binatang. Rupanya memang Iwan kuat. Dia boleh lawan 'benda' tu. Aku pun pelik mana dia belajar. Tanya punya tanya, rupanya hantu raya yang masuk dalam badan dia. Semua benda ditanya dan akhirnya tahu siapa yang buat dan kenapa. Adakalanya benda tu boleh pulak main-main kening dengan aku...Cilake....

Pukul 10 malam. Benda tu dibagi pilihan nak masuk dalam telur ataupun keluar. Paksa punya paksa akhirnya dia keluar. Cara dia keluar tu macam buaya. Baring menelentang sambil mulut ternganga menghadap pintu yang dibuka. Dengan mulut yang dibuka seluas mungkin, 'Cik A' menjerit sekuat-kuatnya dengan kaki nya menghentak-hentak lantai. Seolah-olah orang nazak yang sedang dalam kesakitan apabila roh cuba dipisahkan daripada jasad..  Akhirnya 'dia' keluar. Lepas tu Cik A dapat rasa dia melekat kat pokok pisang belakang rumah nenek. malam tu jugak pokok pisang tu dibakar. Buah pisangnya digoreng buat makan dengan sambal kicap *Ok, ini tipu*. Selepas tu tunggu Ustaz Yusof datang untuk pulihkan Cik A.

Aku ingat benda ni berakhir kat sini.. Rupanya ini baru saja permulaannya....Bersambung...

Cara Mengetahui Anda Pandai menjaga Cinta Atau Tidak.

Kadangkala apabila aku bersendirian, memikirkan tentang hidup aku, hubungan aku dan si dia, aku tertanya-tanya... Adakah kita yang mengubah cinta itu ataupun sudah lumrah cinta itu sendiri yang telah mengubah kita, hidup kita. Mungkinkah cinta itu berubah sendiri apabila cinta itu mula dipertahan? Apa yang pasti, cinta itu pasti akan mengubah hidup kita yang sedia ada.

Jika anda ingin mengetahui sama ada anda mengubah cinta itu menjadi lebih baik, begini caranya. Anda belilah sebatang pokok bunga yang masih kecil, tidak kiralah apa-apa jenis bunga. Asalkan benda yang anda beli itu ialah pokok bunga dan bukannya pokok getah mahupun rumpai laut.Dan pokok yang terbaik ialah pokok bonzai.

Anda jagalah bunga itu seperti biasa, seperti mana orang lain menjaga pokok tersebut. Jika suatu hari nanti, pokok itu sihat dan berbunga dengan lebatnya, maka anda adalah seorang pencinta yang sejati. Namun sebaliknya sekiranya anda tidak mampu membuat pokok tersebut berbunga apatah lagi pokok tersebut mati, maka anda masih perlu belajar menyintai diri anda sebelum anda menyintai orang lain. Tahukah anda, tumbesaran sesuatu pokok itu berbeza walaupun anda menjaganya seperti orang lain. Apa yang bezanya? Cinta. Pokok bunga tersebut nescaya akan tumbuh lebih cantik sekiranya anda berikan cinta padanya iaitu dengan bercakap dengannya kerana ia juga benda hidup yang mempunyai nyawa.

Cuba fikirkan, apa yang aku cuba sampaikan...Jika anda tak mampu fikir, maknanya anda masih belum bersedia untuk bercinta..

DARA: Fakta Dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Dara


Minta maaf sebab aku terlalu sibuk akhir-akhir ni sehinggakan nak menulis entri pun aku tak sempat. Jadi, entri ni aku petik daripada forum halaqah untuk menjawab persoalan korang mengenai dara seperti apa itu selaput dara, macam mana bentuk selaput dara dan fakta mengenai selaput dara.
APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.


ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.


APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

jenis-jenis selaput dara

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?


Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.



APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?


Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan jimak buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan jimak buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan jimak untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

DARA...Aku Pun Bukan Anak Dara Lagi! So what???

Beberapa hari yang lalu, terdetik rasa hati aku ingin menulis mengenai cara-cara mengetahui seseorang itu dara atau tidak. Telah aku 'schedule'kan waktu entri tersebut, jadi pada masa yang ditetapkan, akan keluarlah entri tersebut menjadi bacaan anda sekalian terutama kaum lelaki. Namun, aku rasa serba salah dengan entri tersebut dan selepas aku minta pendapat pada beberapa pembaca, aku terpaksa batalkan niat untuk keluarkan entri tersebut.

Dalam hidup ini, ada hikmahnya Allah S.W.T. menyembunyikan sesetengah perkara daripada pengetahuan manusia kerana mungkin anda tidak mampu menghadapi perkara tersebut. Sebagai contoh, sejak tingkatan 4, aku minat sangat mengetahui dan menyelidik seperti cara mengetahui seseorang itu berbohong. Namun, setelah rahsia tersebut disingkap, rupanya ia bukanlah sesuatu yang mampu buat hidup aku semakin tenang dan akhirnya memakan diri. Ya, hidup ini kadangkala kita tidak perlu tahu mengenai sesuatu perkara, kerana kebenaran itu menyakitkan.


Baru-baru ini timbul isu mengenai seorang hamba Allah yang diciptakan daripada tulang rusuk sang Adam tidak lagi berdara telah menulis dia tidak lagi dara dalam blognya. Hasil daripada niat yang salah, maka tersebarlah perkara tersebut. Memang benar salah penulis blog peribadi tersebut. Dia salah kerana membuka rahsianya kepada umum kerana terlalu ikutkan emosi dan juga mungkin terlalu bersosial sehinggakan terjadinya sedemikian. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah jadi menjadi bubur.


Tetapi apa yang lebih dikesalkan apabila perkara begini terjadi, maka adalah yang mula menyebarkan cerita mengenai gadis tersebut. Ya, mungkin niat yang menyebar ni baik untuk menjadi pedoman, tetapi tindakan meletak link blog tersebut adalah tidak wajar kerana ia mengaibkan sang pelaku. Pernahkah anda terfikir sewaktu anda meletakkan link tersebut, bagaimana dia hilang dara? Sekiranya dia hilang kerana aktiviti lasak sewaktu bersukan macam mana? Mungkin juga kerana dirogol? Bukankah berdosa mengaibkan seseorang?


Seronoknya mengaibkan orang kan? Kalau gadis tersebut mati bunuh diri, keluar berita, banggalah kan.. "Ooo...Budak ni...kenal sangat ni...Dialah yang tulis kat blog tak ada dara.."
Dia sajalah yang berdosa, orang lain yang sebar-sebar cerita tersebut yang belum tahu cerita sebenar mana ada dosa kan???Ops, aku terlupa..Manusia akhir zaman, mana lagi berfikir sebelum bertindak. Dosa pahala mana penting lagi. Yang penting hati puas...Ye tak???


Akhir kata, jika benar dia kehilangan dara kerana kejahilan dia sendiri, itu adalah urusan dia dengan Allah. Kita sebagai hamba Allah perlu menasihati dan membimbing si dia kerana dia sedar akan kesalahan dirinya, bukan memberi tekanan dengan menyebarkan perkara tersebut. Setiap orang berhak diberi pilihan kedua untuk membaiki kekhilafan diri dan bertaubat kepadaNya. Allah itu maha menerima taubat hambanya. Cuba fikir jika anda berada ditempatnya... Dan berhati-hati apabila ingin menjatuhkan maruah seseorang, kerana anda sedang membuka pekung didada sendiri....

Bersambung....

Tips & Panduan Memilih Calon Isteri Menurut Islam

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata-kata yang biasa kita dengar saban hari.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Mana yang betul antara ciri-ciri memilih isteri mengikut garis panduan masyarakat/selera perut @ mengikut panduan AGAMA ISLAM?

Masyarakat kita semakin hari semakin keliru dalam memilih pasangan. Sama ada yang wanita mahupun yang lelaki. Rata-rata semakin membina tembok pemisah antara agama dan kehidupan. Sedangkan Islam itulah cara hidup kita.. AlQuran & hadith itulah manual pengguna utk kita menjalani hidup sehari-hari.

Dalam persoalan ini, apabila seorang pemuda telah menemukan atau hendak menemukan seorang calon isteri yang dipandangnya sepadan dan berkenan di hati, hendaklah ia memeriksa sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang ada padanya. Janganlah kita hanya memfokuskan semata-mata kepada karektor duniawi, kekayaan, kecantikan, kedudukan atau mesti pandai memasak. Kerana di dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w., seseorang wanita itu sebaiknya dipilih untuk dinikahi adalah kerana berdasarkan agamanya yang baik dan bukannya karena pandai memasak

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Secara umumnya, mereka yang baik agamanya dan lebih taqwanya adalah mulia dan dipandang tinggi di sisi Allah s.w.t.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia d iantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu...” (al-Hujuraat 49: 13)

Tak ada pun kata mesti pandai memasak... betul tak?

Dengan merujuk pula kepada firman Allah s.w.t. berikut:

“Maka wanita yang solehah, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)." (Surah an-Nisaa’ 4: 34)

Sufyan ats-Tsauri berkata (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsirnya (5/38) dengan sanad yang shahih): Kalimah “Qaanitaat” membawa maksud wanita yang taat kepada Allah dan kepada suaminya.”

Nabi pernah ditanya tentang sebaik-baik wanita, yang mana Baginda bersabda:

“Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya.” (Hadits bertaraf sahih, diriwayatkan oleh imam Ahmad (4/341))

Bertepatan dari anjuran hadis Rasulullah ini, maka keutamaan kita dalam memilih calun isteri adalah menjurus kepada wanita yang baik urusannya dalam menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya, sama ada ketika berada di sisi suami, keluarga ataupun di ketika waktu ketiadaan suaminya, secara zahir dan batin yang didasari hati yang bersih serta suci lantaran kesan pegangan agamanya.
Dari kalangan tabi’in, Qatadah bin Di’aamah As-Saduusi pula berkata: “(Wanita yang sepatutnya menjadi pilihan) Adalah yang menjaga apa-apa yang telah Allah serahkan agar dijaga dari hak-hak suaminya. Menjaga dirinya saat suaminya tidak berada di sisinya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir (5/39) dengan sanad yang shahih)

Telah disebutkan di atas tentang sifat sebaik-baik wanita iaitu,

“Serta menjaga diri dan harta suaminya.”

Abdullah bin Amru r.a. berkata: “Mahukah kalian aku beritahu tentang tiga jenis manusia yang celaka:
  1. Imam yang zalim, bila engkau berbuat baik kepadanya ia tidak berterima kasih, jika engkau berbuat salah kepadanya ia tidak memaafkan.
  2. Tetangga/jiran yang jahat, jika ia melihat kebaikan padamu ia tutup-tutupi, jika melihat keburukan padamu ia menyebarkannya.
  3. Isteri yang buruk tabiatnya, jika engkau berada di sisinya ia membuatmu gusar/tidak senang. Dan bila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam kitab Al-Mushannaf (3/559) dengan sanad yang shahih) 

Seterusnya, carilah wanita yang memiliki sifat-sifat yang penyayang. Semua ini mampu memberi infect atau kesan yang baik kepada anak-anak kelak serta kepada hati suami yang utamanya. Dalam hal ini,

Nabi s.a.w bersabda: “Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377))

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta adalah wanita-wanita yang solehah dari suku Quraisy, mereka adalah wanita yang paling sayang kepada anak-anak sewaktu masih kecil dan yang paling menjaga hak dan harta suami.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari (3/240))

Seterusnya, carilah wanita yang memiliki sifat-sifat yang penyayang. Semua ini mampu memberi infect atau kesan yang baik kepada anak-anak kelak serta kepada hati suami yang utamanya. Dalam hal ini,

Nabi s.a.w bersabda: “Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377))

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta adalah wanita-wanita yang solehah dari suku Quraisy, mereka adalah wanita yang paling sayang kepada anak-anak sewaktu masih kecil dan yang paling menjaga hak dan harta suami.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari (3/240))

Dari sudut ini, kelangsungan hidup manusia dan generasi soleh/solehah akan dapat diteruskan melalui kelahiran zuriat-zuriat yang baik. Lantas, dari zuriat yang soleh/solehah (muslim ini) ia berupaya untuk menjaga aspek keturunan dari generasi ke generasi untuk membentuk masyarakat yang menegakkan syari’at Allah, meninggikan agama, memakmurkan alam semesta, dan memperbaiki kehidupan di muka bumi. (Rujuk: Menjaga Kehormatan Muslimah, sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid, Daar an-Naba', m/s. 150-151)
“Dan para wanita itu mempunyai hak yang seimbang seperti kewajiban yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang ma’aruf (dan tidak dilarang oleh syara’); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)

Melalui ayat ini, dapat kita simpulkan bahawa terdapat hubungan antara kelebihan kaum wanita dengan kekuatan kaum lelaki sehingga keduanya akan saling melengkapi dengan masing-masing diberikan keistimewaan, keutamaan, dan tanggungjawab masing-masing.

Akhir sekali, suatu yang perlu di-ambil perhatian. Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya melarang lelaki ataupun sebaliknya untuk menikahi atau mengahwini pasangan yang terdiri dari kalangan penzina. Tetapi pilihlah wanita yang mulia, suci dan terjaga kehormatannya sebagaimana yang dinyatakan di awal tulisan ini tadi,

“...yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) .” (an-Nisa’ 4: 34)

Persoalan ini juga dijelaskan oleh Allah s.w.t. sebagaimana di dalam firman-Nya yang berikut:

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.” (an-Nuur 24: 3)

Dalam suatu riwayat, sebelum turunnya ayat ini seorang sahabat bernama Abu Martsad al-Ghanawi r.a. datang menemui Rasulullah s.a.w. meminta restu/keizinan untuk menikahi seorang wanita pelacur yang dahulunya semasa jahiliyyah adalah bekas kekasihnya (wanita itu bernama ‘Anaq). Dan sehinggalah turunnya ayat di atas (Surah an-Nuur 24: 3) Rasulullah s.a.w. menjelaskan “Jangan dinikahi wanita itu!” (Diriwayatkan oleh imam yang empat kecuali Ibnu Majah)

Ini antaranya adalah kerana wanita penzina dan pelacur itu boleh mengganggu urusan kebahagian sesebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan pasangan suami isteri. Malah status pelacur/penzina ini sendiri menurut Ibnu Umar r.a. adalah merupakan antara manusia yang celaka sebagaimana riwayat ini (telah dijelaskan di awal tulisan), “wanita yang apabila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”

Manakala menurut Hasan al-Basri rahimahullah; “Tidaklah halal dinikahi wanita penzina dan wanita simpanan.” (Diriwayatkan oleh Sa’id bin Mashur dalam as-Sunan (5/8) dengan sanad yang sahih)

Adapun begitu, andainya dia (wanita yang awalnya seorang penzina) merupakan dari kalangan wanita yang sudah bertaubat dan sudah meninggalkan perbuatan pelacuran, maka keharaman itu terhilang dan termansuh sebagaimana menurut Abdullah bin Abbas r.a.: “Awalnya zina akhirnya nikah, awalnya haram akhirnya halal.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah (3/529) dengan sanad yang sahih)

Dan daripada firman Allah s.w.t.:

"...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nuur 24: 5)

Shilah bin Asyyam rahimahullah berkata: “Tidak mengapa menikah keduanya samaada wanita atau pemuda dengan penzina yang telah bertaubat kepada Allah. Allah lebih berhak menerima taubat keduanya. Jika keduanya adalah penzina dan belum bertaubat, maka lelaki yang buruk pasangannya juga adalah dengan wanita yang buruk pula. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi syaibah (3/528) dengan sanad yang sahih)

Sebagai kesimpulan, membuat pilihan calon isteri bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia amat berat pada hakikatnya kerana ia bakal menjaga urusan dalam kekeluargaan yang diketuai oleh seorang lelaki bernama suami. Dan bakal menjadi pembimbing anak-anak atau zuriat yang kelak bakal dilahirkan. Kriteria-kriteria yang baik berserta kebijaksanaan dalam pelbagai bidang ilmu tertentu dan persoalan keagamaan perlu dilihat sebagai keutamaan supaya segala perjalanan kehidupan di masa mendatang bakal ter-urus dengan baik dan tersusun. Supaya kelak, kehidupan anda bersama keluarga bakal mengecapi suasana yang aman bahagia dan tenteram. Lantas mampu melahirkan masyrakat yang berhubungan dengan harmoni.

Antara ciri-ciri yang lain bagi calon isteri yang baik secara umum adalah seperti berilmu, sentiasa bersyukur, tahu menjaga hubungan yang baik dengan kaum keluarga kedua belah pihak, memiliki daya kepimpinan terhadap pengurusan rumahtangga dengan baik, memahami kehendak/keperluan suami, batas pergaulannya terjaga, dan sentiasa menjaga penampilan yang baik.
Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya) , tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)

Dan mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-iesteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)

Dan sebaik-baik wanita itu adalah mereka yang soleh dalam agamanya, sebagaimana hadis berikut:

“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)