Tips Mengurat: 46 Cara Membuat Perempuan Jatuh Hati


1.Menjadi pendengar setia si dia

2.Ingat perkara-perkara penting tentang hidupnya. Contohnya: tarikh lahir dia, makanan dan minuman kegemaran si dia, apa yang dia suka, apa yang dia benci, dan lain-lain lagi.

3.Beritahu si dia bahawa anda teringatkan dia. Contohnya, anda boleh katakan pada dia bahawa anda teringatkan si dia apabila terdengar lagu kegemarannya di radio. Atau mungkin juga anda ceritakan mimpi anda bertemu dia.

4.Ringankan mulut untuk memuji dan menghargai si dia.

5.Buat dia tersenyum dan gembira bersama anda.

6.Jangan mengongkong dia. Berikan si dia kebebasan. Biarkan cinta itu datang tanpa dipaksa, nescaya berkekalan cinta itu.

7.Sentiasa berada untuk dia dikala dia memerlukan seseorang. Sama ada dia sedang bersedih atau memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa hati dan memahami dia, pastikan anda sentiasa ada untuk dia.

8.Hormati dia dan pastikan dia juga tahu anda mengharapkan sebaliknya. 

9.Percaya si dia. Sikap cemburu anda yang tak bertempak hanya akan membuatkan si dia makin menjauhi anda.

10.Berikan ‘surprise’ pada si dia. Mungkin anda boleh memberikan bunga ros atau apa saja untuk membuat hati kecilnya terpegun dengan anda yang pandai mengambil hatinya.

11.Buatkan dia rasa diterima oleh keluarga anda.  Pasti si dia akan berasa kekok pada awalnya, tapi si dia pasti akan semakin rapat dengan anda.

12.Buat sesuatu yang anda tidak pernah buat untuk dia. Katakan selama ini anda tak pernah memasak, nak masak telur goring pun tak tahu. Jadi buatkan si dia satu masakan kemudian biar si dia rasa. Katakan anda buat khas untuk dia.

13.Sentiasa jadi seseorang yang ceria di mata dia. Jadilah di mata di seseorang yang bijak menyelesaikan masalah hidup dan sentiasa ceria dalam hidup anda. Masalah bukan lagi sesuatu yang perlu dirisaukan!

14.Sentiasa buat hari yang mendatang ‘special’ dimata dia. Sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu hari yang anda rancang. Jadi, rajin-rajinkanlah diri anda mengajak dia keluar pada hari-hari tertentu. Tidak semestinya perlu keluar hanya pada hari sabtu dan ahad. Selagi anda rasa perlu keluar, maka keluarlah.

15.Lakukan sesuatu yang tidak perlukan anda mengeluarkan duit. Percayalah, cara ini amat berkesan. Contohnya, mengajak dia keluar berjoging pada waktu petang ataupun berkelah pada hujung minggu. Bukan saja dapat jimatkan duit malahan anda mempunyai lebih banyak masa untuk berbual.

16.Banyakkan bersabar dengan kerenah dia. Jangan jadikan sesuatu yang kecil sebagai masalah besar. Layan dia seperti seorang kanak-kanak yang perlukan lebih kasih sayang dan tunjuk ajar. Ingat, tegur bukan marah!

17.Sentiasa nampak kemas dan macho bersamanya. Mungkin ditempat kerja mahupun dikuliah anda tidak mementingkan penampilan. Tetapi apabila anda keluar bedua dengan dia, berikan penampilan terbaik anda. Buatkan dia bangga apabila keluar dengan anda.

18.Buatkan aktiviti bersama. Ajak dia lakukan sesuatu aktiviti bersama. Walaupun hanya bersiar-siar, ajaklah dia untuk keluar dengan anda. Sekiranya dia menolak tidak mengapa. Yang penting anda telah mencuba.

19.Hantarkan mesej, email mahupun sms ayat-ayat romantik dan manis setiap hari yang mampu membuat dia tersenyum. 

20.Masukkan surat cinta secara senyap kedalam handbagnya. Pasti dia akan tersenyum apabila mengetahui dia mempunyai secret admire.

21.Bukakan pintu kereta untuk dia malahan tarik kerusi untuknya sewaktu makan bersama.

22.Tanya pada kawan-kawan anda apakah perangai buruk anda. Perbaiki perangai itu dan pastikan anda tidak lakukan dihadapan dia.

23.Selidik binatang peliharaan yang amat diimpikannya. Kemudian beli haiwan tersebut dan biarkan dia beri nama pada haiwan tersebut. Pasti dia akan sentiasa rapat dengan anda.

24.Elakkan seks menjadi punca anda inginkannya. Sentiasa elakkan bercerita mengenai perkara ini dan jangan buat dia rasa tidak selesa dengan sikap anda yang gila seks.

25.Sentiasa tanya pendapat dia untuk menunjukkan betapa pentingnya dia terhadapa anda.

26.Sentiasa beri semangat pada dia. Sekiranya dia mempunyai hobi baru, maka sokong dan galakkan dia untuk meneruskan hobi dia.

27.Sengaja buat dia rindu anda. Sms dia untuk selama sebulan kemudian anda senyap tiba-tiba. Insyaallah, dia akan mula rindu terhadap anda.

28.Cari tempat yang tenang seperti ditepi pantai atau tempat-tempat yang tidak terlalu bising, kemudian ungkit kembali kisah-kisah lama anda berdua. Bagaimana anda berkenalan dan sebagainya. Jika anda rasa sudah tiba masanya anda melafazkan cinta, ini masa yang terbaik!

29.Ambil foto anda berdua bersama-sama. Sama ada di photobooth atau menggunakan kamera sendiri. Lagipun, tempat-tempat seperti snow world di genting highlands juga ada menawarkan sesi fotografi. Biarkan kenangan manis itu sentiasa hidup.

30.Senyum, tak perlu kata apa-apa. Tapi jangan pula senyum bermakna. Biarkan senyuman anda itu tidak terlalu janggal tetapi nampak manis. 

31.Belikan tiket untuk konsert penyanyi yang dia minat ataupun tiket untuk sesuatu yang sukar untuk dibeli.

32. Kurangkan menawan hati dia dengan guna kata-kata, lebihkan perbuatan. Biar si dia tahu anda ikhlas.

33.Jadi lelaki yang sempurna di keluarganya. Berusaha untuk bergaul dengan mereka, bersikap sopan, dan  gunakan peluang yang ada untuk mencungkil peribadi si dia.

34.Buatkan kuih yang terisi nota-nota lucu mahupun cinta. 

35.Bersikaplah jujur terhadapa diri sendir nescaya dia akan jujur terhadap anda.

36.Percaya pada diri sendiri bahawa dia pasti menjadi milik anda. Pasti bukan mesti!

37. Buat satu puzzle yang mempunyai gambar kenangan manis anda berdua.

38.Jadi diri sendiri, tapi bukan bermakna anda perlu meneruskan perangai-perangai yang anda sendiri tahu buruknya perlakuan tersebut.

39.Sebarkan cerita kepada rakan-rakan anda bahawa anda gila baying terhadap si dia. Sebar..sebar..sebar sampailah ke pengetahuan rakan si dia. Pasti lambat laun dia akan tahu bahawa orang ramai sudah tahu anda cintakan dia.

40.Jangan terlalu serius dengan dia. Tunjukkan juga perangai anda yang mempunyai sifat lembut, mudah mesra dan juga keanak-anakan. Tapi jangan terlalu bersiat childish, perempuan benci lelaki yang tidak matang.
41.Buatkan si dia rasa pintar. Hal ini akan membuatkan dia rasa lebih seksi dan menawan. Tapi jangan pula anda menunjukkan bahawa anda ni bodoh. Jadi pandai-pandailah ye..

42.Sentiasa menjadi ‘guardian angel’ dia. Jangan jadi lembik. Kalau tak mampu nak jadi kuat, macam mana nak jaga orang yang disayang.


43.Buat satu permintaan lagu di radio dan tujukan pada si dia. Tapi pastikan dia dengar.

44.Buat satu blog khas untuk bacaan si dia. Biar si dia tahu perasaan anda.

45.Walaupun member-member kata anda samseng, tapi jadilah seorang permata di mata dia.

46.Buat satu lagu cinta khas ciptaan anda sendiri untuk dia. Kemudian anda nyanyikan lagu cinta tersebut untuk dia.



7 Tips & Cara Menjatuhkan Ego Lelaki


Nak memenangi hati ego lelaki? Sesungguhnya lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan. Telah menjadi lumrah alam, ciri maskulin ini pasti akan ada dalam diri setiap lelaki termasuk aku. Bukan sengaja dibuat-buat, tetapi memang telah ditanamkan dalam diri lelaki. Baru-baru ini aku dapat satu soalan daripada formspring aku, "boleh bagi cara nak jatuhkan ego lelaki?". Sudah tentu perempuan yang menghantarnya bukan?

Sebagai seorang lelaki, jawapan aku mudah saja. Hargailah lelaki dan sentuhilah dasar hatinya. Sudah pasti bukan mudah, terutama untuk menyentuh hati seorang lelaki yang pernah merendahkan egonya demi seorang perempuan yang disayangnya namun akhirnya berpaling daripadanya... Jika anda sebagai seorang fikir mampu mempermainkan maruah seorang lelaki dengan menjatuhkan ego lelaki, cubalah. Jangan pernah bermain dengan ego lelaki, terbakar diri nanti! Jadi, macam mana nak menyentuh dasar hati lelaki? Ikut langkah di bawah. *Kalau nak terus jatuhkan ego dia baca terus step 7*

1.BERSABAR
Untuk menjinakkan ego seorang lelaki perlukan kesabaran yang tinggi kerana lelaki juga sukar diduga. Anda perlu bersiap sedia untuk disakiti, dimalukan, apatah lagi diperbodoh apabila segala usaha anda tidak berhasil dan hanya sia-sia.


2. FAHAMI DIA
Fahami dia dalam erti kata lain ialah anda belajar menjadi stalker. Fahami dia adalah kunci kejayaan anda. Sedangkan dalam berperang, tentera juga perlu memahami strategi musuhnya untuk menang, jadi gunakan taktik yang sama! *Haish…Kuat berimiginasi aku nih…*  


3.HORMATI DIA 
Pertama sekali ialah belajar menghormati dia. Jika anda berharap si dia menghormati anda, anda perlu hormati dia dulu. Namun berbeza bagi setiap lelaki itu untuk belajar menerima apa yang anda cuba lakukan. Ada sesetengah lelaki akan beranggapan sudah menjadi lumrah alam perempuan tunduk dan patuh padanya. Malahan ada juga yang memahami dengan membalas kembali apa yang diberi. Apapun, menghormati itu adalah kunci kepada langkah yang seterusnya.
Arghhh...Apsal mulut ko busuk!!!

4.JANGAN BERTEKAK DENGAN DIA
Berhenti daripada mewujudkan suasana tegang antara anda. Jikalau anda rasakan dia tidak boleh menerima pendapat anda semata-mata untuk dia merasakan maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar dia saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, dia akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin dia akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Apa yang penting, jangan sentiasa berharap untuk menang dalam setiap perbalahan dengan lelaki. Kerana ada hanya akan meninggikan egonya.


5. HARGAI DIA
Tahukah anda, kita di Malaysia ini terlalu disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang terlalu kompleks sehinggakan terikut-ikut dengan cerita tersebut. Anda tak perlu bersusah payah terkejar-kejarkan si dia. Apa yang anda perlu ialah hargai dia. Jadikan tiap-tiap hari adalah hari untuk menghargai dia bukan hanya satu hari saja seperti yang dilakukan mereka yang menyambut Valentine’s. Ucapkan terima kasih sudah memadai. Penghargaan ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan!


 6.SAYANGI DIA
Cuba renungkan kembali kenapa anda ingin jatuhkan ego si dia.. Adakah kerana cinta? Atau adakah kerana anda telah tercinta si dia? Tanpa anda sedar, sebenarnya anda telah sayang pada dia. Ada sebabnya kenapa ego si dia diciptakan mempunyai ego, kerana si dia telah mewarnakan hidup anda. Jadi, anda mempunyai dua pilihan, jika anda ingin menjatuhkan ego dia semata-mata anda benci dia, baik anda menjauhkan diri anda daripada dia, kerana kelak apabila si dia sudah tiada, pasti anda akan teringat pada dia. Atau anda teruskan menyayangi si dia dengan menunjukkan kasih dan sayang anda pada si dia. Biarkan si dia tidak mengerti, lama kelamaan pasti si dia juga akan mula sayangkan anda. This is law of attraction! Apabila satu hati mencintai yang lain, satu lain tidak mencintai sebagaimana dia dicintai.


7. JANGAN MEMALUKAN DIA
Kalau anda benar-benar menjatuhkan ego dia, malukanlah dia dihadapan orang ramai. Ya, kemungkinan besar dia akan berlalu pergi daripada tempat itu malahan mungkin juga akan menangis. Mungkin itu yang anda ingin lihat sebagai seorang perempuan. Ops…Bukan perempuan, perempuan murahan. Kerana apabila anda menjatuhkan ego si dia apatah lagi menjatuhkan maruah dia di khalayak ramai, anda juga telah memalukan diri anda sendiri. Tetapi ingat, hidup anda tidak akan aman lagi kerana dibayangi oleh si dia yang pada bila-bila masa akan membalas kembali apa yang anda lakukan. Mungkin si dia akan kembali untuk meragut nyawa anda, atau mungkin orang yang anda sayangi. Siapa tahu, ego lelaki mampu bertindak lebih daripada  segalanya!*Ops...teremo ;p*

LELAKI MAMPU BUAT KERJA GILA!
P/S: Lelaki mampu jadi bidadara dunia anda mahupun iblis.

Rahsia Kenapa Cincin Disarungkan Di Jari Manis

Tertanya-tanya kenapa biasanya pengantin sarung cincin perkahwinan di jari manis? Ini jawapannya. Satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan hujungnya (lihat gambar).

Permainan dimulai. 5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.Cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
3.Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.Selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.


5 Masalah Yang Biasa Dalam Perhubungan

MASALAH PERTAMA- Setelah bergelar kekasih, rasa cinta itu sudah tidak lagi sama.

Sewaktu ingin mendapatkan si dia, anda merasakan cinta itu seolah-olah bolem membunuh anda. Namun setelah anda dan dia bersama, anda dapat merasakan cinta itu tidak sehebat dulu. Ini kerana anda berada dalam situasi yang baru seperti mula mengetahui setiap baik dan buruknya dia sehinggakan ada perkara tertentu yang menyebabkan anda terpaksa menerima sikap dia yang sebenar. 

Apa yang anda boleh buat: Jangan takut terhadap perubahan itu. Belajar untuk terima dia seadanya kerana tiada orang yang sempurna dalam hidup ini. Mungkin dialah yang terbaik untuk anda dan dialah yang menyempurnakan anda.



MASALAH KEDUA- Setelah berkahwin

Setiap pasangan yang bercinta mesti impikan untuk bergelar suami isteri. Bagitu juga anda. Katakan akhirnya anda berjumpa dengan pasangan ideal anda dan akhirnya anda berkahwin. Kemudian, apa yang perlu dilakukan seterusnya? Kebanyakan pasangan merasakan perkahwinan adalah garisan penamat bagi sesuatu perhubungan dan akhirnya perkahwinan itu berakhir dengan penceraian akibat tiada persefahaman dan tiada lagi cinta dalam rumah tangga.

Apa yang anda boleh buat: Garisan penamat yang sebenar adalah hidup bahagia bersama hingga ke akhir hayat. Pasang impian dan matlamat yang baru dalam perhubungan anda. Contohnya, inilah masanya untuk anda bersama-sama memenuhi segala impian anda. Hidup anda yang sebenar baru saja bermula!




MASALAH KETIGA-  Kehadiran anak pertama

Apabila hadirnya orang baru dalam rumah tangga anda, maka makin bertambahlah tanggungjawab. Masalah yang sering berlaku ialah siapa yang harus memberi perhatian lebih kepada anak kecil tersebut. Kadangkala sesuatu pasangan itu juga gagal untuk membahagikan masa untuk sesama mereka.

Apa yang anda boleh buat: Duduk berbincang untuk tentukan pembahagian tanggungjawab. Jangan jadikan anak tersebut sebagai satu beban dalam hidup anda, malahan anggap dia sebagai suatu anugerah. Sentiasa berfikiran positif dan hadapinya dengan penuh sabar. Jangan hanya sekadar ambil mudah.




MASALAH KEEMPAT- Curiga dan cemburu

Anda akan mula curiga dan cemburu terhadap pasangan anda. Contoh soalan yang akan sering berada dalam fikiran anda ialah "Apa yang dibuatnya dipejabat?" atau mungkin juga " Siapa yang selalu dia mesej kat Facebook?". Pantang kalau nampak si dia bermesra dengan orang lain! Kepercayaan makin terhakis, dan akhirnya bercerai..

Apa yang anda boleh buat: Berhenti daripada fikir perkara yang negatif. Percaya 100% terhadap. Tanpa sepenuh kepercayaan, hubungan anda tidak akan bahagia. Cemburu dan curiga memang perlu ada tetapi bukan keterlaluan. Berdoa dan serahkan saja pada tuhan. Segala yang berlaku ada hikmahnya.



MASALAH KELIMA-  Anda terlupa anda sudah berkahwin

Diawal perkahwinan, seks seminggu lima kali dan hubungan anda umpama pasangan yang paling bahagia dalam dunia. Beberapa tahun kemudian, seks hanya seminggu sekali. Akhirnya, tiada lagi seks dan hubungan anda tidak lebih seperti kawan baik. Tiada lagi kemesraan.. Maka mulalah masing-masing menggatal...

Apa yang anda boleh buat: Tanpa seks, anda masih lagi boleh merasakan kemesraan. Berikan si dia urutan dan sentuhan fizikal setiap hari. Anda juga boleh bercuti dan gunakan percutiaan anda itu untuk mengingat kembali saat-saat anda bersama, susah senang, dan segala halangan yang telah anda tempuhi bersama.. Jika sudah lama tidak menghargai dia, hargailah dia....


P/s: Happy birthday to me ;p

Tips Bahagia: Mengatasi Perpisahan Dalam Berpasangan

Saat sweetnya bersama, dialah malaikat, dialah bidadari. Dialah penyeri hidup, dan dia jugalah orang yang selalu anda taburkan janji-janji manis. Tetapi apabila tiba saat sweet-sweet sour, dialah bala, dialah musibah. Dialah tempat memaki hamun, dia jugalah tempat melepaskan amarah... Macam mana perkara macam ni boleh berlaku? Sudah tentu disebabkan tiada lagi kemanisan dalam bercinta. Tidak kira yang sudah berkahwin atau yang masih bercouple, pasti akan menghadapi rasa bosan ini. Jadi macam mana nak atasinya?

Tahukah anda perangai manusia akan berubah setiap 3 tahun dan proses perubahan itu berlaku bergantung kepada individu itu sendiri. Jadi apa yang aku cuba sampaikan ialah ada pada graf dibawah.
Kita tahu bahawa cinta tak akan selalu manis dan bahagia. Awal-awal bercinta memang bukan main bahagia lagi, tapi makin lama makin membosankan. Sehinggakan kalau si dia call pun anda malas nak jawab. Point origin (titik tengah) tu adalah perhubungan anda ketika berusia 3 tahun. Paling tidak pun pada saat-saat anda rasakan perhubungan anda dah berada pada tahap membosankan. Yang lebih daripada titik tengah itu pula ialah tahap kronik iaitu tahap bila-bila masa je boleh break up.

Jadi, jika anda merasakan cinta anda membosankan, cuba lakukan kembali apa yang anda lakukan pada awal perhubungan iaitu perkara-perkara yang dah lama anda tak lakukan bersama. Motifnya? Mengimbau kembali saat-saat awal anda bercinta, saat-saat malu-malu kucing. Dulu nak kentut pun malu-malu berbanding sekarang kalau nak kentut pun main lepas je...*Sumpah aku tak buat benda macam ni*


Jadi akhirnya, jadilah grafnye ke meningkat balik walaupun sudah pasti akan turun lagi. Kalau turun lagi, kasi up lagi. Orang tua-tua ada berpesan, mencegah tu lagi baik daripada mengubat. Jadi bukankah lebih baik sekiranya anda tidak perlu bersusah payah untuk mengejar balik cinta anda sekiranya anda menghargai seadanya setiap masa?

Kalau anda sayangkan pasangan anda dan cinta anda, belajarlah menerima dia menjadi sebahagian daripada hidup anda. Susah senang biar bersama dan jangan sesekali membelakangkan si dia. Kerana ia umpama anda menipu diri sendiri sedangkan anda menghirup udara yang sama. Ke dia bernafas guna asap lori? Jadi, jika pernah terlintas dalam fikiran anda walau sekalipun untuk berpisah, cuba renungkan.. 

Adakah cinta didalam dunia ini yang akan membuat manusia sentiasa bahagia? Sudah tentu tidak ada! Sedangkan islam juga mengajar kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Melafazkan perpisahan itu mudah, tetapi mengungkap cinta itu sukar. Beryukurlah kerana anda sudah menemui cinta anda, sedangkan masih ada ramai lagi di luar sana yang masih tercari-cari cinta. Apatah lagi yang tidak langsung berpeluang merasai cinta itu sendiri. Jangan terlalu sombong hingga menolak cinta apatah lagi meminta perpisahan! Jangan sampai yang maha berkuasa tarik kembali nikmat yang diberi pada anda!

Baru-baru ini, aku berkesempatan menonton sebuah drama Jepun bertajuk 'One litre tears' walaupun pada hakikatnya aku tak minat cerita jepun ni. Sebuah drama daripada cerita sebenar, bagaimana seorang gadis yang aktif bersukan, Aya Kito Ikeuchis (15 tahun) tiba-tiba diserang penyakit saraf yang tak boleh diubati. Sehari demi sehari badannya mula tidak berfungsi sehinggalah dia terlantar dan tidak mampu berjalan, apatah lagi bercakap. Akhirnya? Entahlah, aku tak sanggup tengok cerita tu sampai habis...Benar-benar menyeksa perasaan aku. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu memikul. Tapi perkara yang membuat aku terfikir betapa bersyukurnya kita ialah ketika gadis tersebut sakit,sebelum mati, dia menulis didalam diarinya, "Emak,saya berhak bercinta ke emak? Saya tak berhak kahwin ke mak? Kenapa penyakit ni pilih saya? Saya masih muda.." Dibawah adalah gambar sebenar pesakit.

Ketika Aya masih sihat

Saat-saat akhirnya...

Biarkan cinta itu datang tanpa dipaksa, pergi juga tanpa dipaksa..Akhir kata, BERSYUKURLAH......

Menarik! Mesti Cuba Fesyen Rambut Lelaki 2011

Berikut adalah potongan-potongan yang mampu membuatkan anda tampil lebih handsome dan smart!





Tips Cinta Jarak Jauh 1000 Ela


*Sambungan daripada entri ini
Aku sendiri mengaku cinta jarak jauh mencabar. Aku mengaku kadangkala  cinta jarak jauh juga amat membosankan kerana hari-hari bersms/call membuatkan rasa jemu kerana asyik perkara yang sama diborakkan. Malahan,ia juga amat mencabar  kerana ianya menguji kesetiaan dan ketelusan pasangan. Contahnya, mampukah sesebuah pasangan itu menunaikan lagi janji-janji manis bercinta setelah berjauhan? Semuanya terpulang kepada kekuatan setiap pasangan itu sendiri.

Namun adakalanya ketika hati sudah teguh, keadaan pula tak mengizinkan. Ada saja dugaan dan cabaran bagi cinta jarak jauh . Tetapi dugaan dan cabaran inilah yang menjadikan pasangan tersebut lebih matang dan berani menghadapi cabaran yang mendatang.  Sebagai contoh, rindu. Setiap pasangan memang tak boleh lari daripada rasa rindu, lebih-lebih lagi yang berjauhan. Jadi, aku harap dengan tips yang diberi ini sedikit sebanyak mampu membantu hubungan pasangan yang sedang berjauhan.

Cinta Jarak Jauh...Konpem Berpisah?

Setiap insan berhak bercinta dan dicintai. Setiap insan itu juga berhak untuk mendapatkan cinta yang terbaik untuk diri sendiri. Sebab itulah cinta tak boleh dipaksa untuk hadir, tetapi perlu lahir dari hati. Mendapatkan cinta itu susah, tapi mengekalkan rasa cinta itu lebih susah. Setiap pasangan yang bercinta itu pasti akan menghadapi pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka. Salah satunya terpaksa bercinta jarak jauh. Dan kebanyakan cinta putus di tengah jalan kerana halangan ini. Cinta jarak jauh, pemusnah cinta? Betul ke?

Video Oral Seks Yang Sungguh Tak menyelerakan!

Sudah menjadi lumrah alam yang jantan mesti ada nafsu seks... Begitulah juga yang berlaku pada nasib seekor katak (yang tak tahu jantan betinanya) yang dirogol oleh seekor chimpanzee muda. Tapi ada jugak manusia yang boleh buat lagi power daripada monyet ni. Sampi ada keluar paper 'main' dengan biri-biri sampai bebiri tu mati. Korang nak tengok, tengoklah, aku tak boleh tahan....Loya..loya.....

6 Tips Memutuskan Cinta

Cinta itu tercipta daripada dua jiwa yang saling menyayangi antara satu sama lain. Namun, adakalanya kita perlu terima cinta seseorang semata-mata untuk menjaga hati si dia kerana untuk menjaga hati si dia dan perhubungan kawan yang sedia ada. Tetapi apakah ertinya sesuatu perhubungan itu sekiranya hanya satu pihak saja yang merasakan cinta dalam dirinya? Adakah itu cinta? TIDAK!

Perlu ke anda putuskan perhubungan itu? Semuanya terpulang kepada anda? Apa yang penting, cuba pupuk diri anda untuk menyayangi si dia sebelum terus menerus tolak si dia atau sekurang-kurangnya beri dia peluang untuk membuktikan dia terbaik untuk anda. Kerana mungkin dia adalah yang terbaik untuk anda. Namun, jika anda tidak mampu lagi memendam rasa, buat apa memaksa diri? Jika anda kasihankan dia, siapa pula akan kasihankan anda? Fikirkan...

8 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Menangis

Dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang misteri dan menjadi rahsia sehinggakan mampu membuat orang tertanya-tanya. Contohnya, lelaki dan menangis. Jarang sekali untuk melihat seorang lelaki menangis, tetapi apabila perempuan melihat lelaki menangis, pasti akan membuatkan mereka tertanya-tanya, terpinga-pinga dan tergaru-garu kepala memikirkan apa yang membuatkan lelaki menangis..Kerana seorang lelaki amat sinonim dengan egonya. Tak kiralah sekeras atau selembut mana hatinya, apabila mengalirnya airmata seorang lelaki, maka bererti runtuhlah dinding egonya. Tapi tahukah anda, lelaki lebih menderita kerana memendam rasa semata-mata tidak mahu menangis sedangkan airmata itu sendiri adalah penawar kepada penyakit kedukaan.

Fakta Yang Perlu tahu Mengenai Payudara Perempuan Pt.2


Payudara tiruan yang terbesar bersaiz 38KKK
Pada awal 2009, Sheyla Hershey dari Brazil dianugerahkan Guinness World Record untuk memiliki set payudara terbesar. Sembilan operasi dan lebih daripada satu galon silicon digunakan untuk menjadikan teteknya bersaiz 38KKK.

Fakta Yang Perlu tahu Mengenai Payudara Perempuan Pt.1


Ok guys, jangan terlalu teruja dengan entri fakta mengenai tetek perempuan ni. Bukan niat untuk stimkan korang, tapi untuk korang lebih memahami kaum berlawanan. Dan gurls jangan ingat saya berat sebelah, nanti lelaki punya pun akan dibogelkan. Hehe.. Layan dulu part 1~~~

15 Things You Should Know About Breasts

Guys, tolong jangan buat Girls menangis....


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis... 


Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,

Saya Nak Jadi Matahari Awak...


UNTUK VERSI VIDEO,KLIK SINI

10 Jenis Kekejaman Perempuan Terhadap Lelaki

Berikut adalah 10 perkara yang menjadikan seseorang lelaki mangsa kekejaman seorang makhluk tuhan yang digelar perempuan. Fakta oleh Fox News.

10. Nombor Telefon
Katakan anda adalah seorang lelaki dan telah berhempas pulas untuk menarik perhatian gadis idaman anda sekaligus mendapatkan nombor telefon si dia. Ya, akhirnya dia kelihatan tertarik kepada anda dan si dia memberi nombor telefon kepada anda. Tetapi bukan nombor telefon dia, tetapi jiran sebelah dia.

Terima Kasih Ibu... Selamat hari Ibu...

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Soalan-soalan daripada pembaca mengenai cinta & AVE

Assalamualaikum. Disebabkan terlalu sibuk dengan exam, sampai tak dapat nak post entri. So entri kali ini akan menjawab pertanyaan di formspring sebab saya sendiri tak tahu orang yang tanya kat formspring ni ada account formspring ke tak. So jawab kat sini jelah jadi semua boleh baca.Jadi sesiapa yang nak bertanya, just gunakan ruangan formspring tu, insyaallah saya akan jawab.

Dulu akalemosi tak gunakan istilah saya awak, tapi guna gua&lu, aku&kau. Kenapa skang guna perkataan saya&awak?
Ini sebab dulu masih dengan http://akal-emosi.blogspot.com, dan tak ada domain macam sekarang www.akalemosi.com. Jadi rasanya tak molek rasanya kalau dah ada domain bajet proffesional tapi entri macam sampah je, baik tak payah beli domain. Lagipun senang kalau mereka yang tak tahu bahasa melayu ni tekan butang translate, takdelah macam haram translatenya. Tak caya? Korang cuba entri awal-awal AVE dan tekan translate, tergelak beb...Kalau nak blog tak serius AVE yang guna aku&kau, gua&lu, sila click sini. http://borakapo.blogspot.com/


Kenapa lelaki misteri sangat? Bila dia nak datang, dia datang...Bila dia tak nak, hilang macam tu je?
Pertama sekali korang kena faham jenis-jenis lelaki. Ada yang enjoy life, hidup terperap je rumah, jiwang dan sebagainya. Insyallah takde masalah kalau korang faham. Tapi lelaki macam anda katakan tu kemungkinan besar sama ada dia mementingkan diri sendiri ataupun awak bukanlah seseorang yang penting dalam hidup dia untuk dinyatakan bila dia akan datang atau tidak.

Kalau perempuan, birthday gift yang macam mana sesuai dibagi?
Biasanya perempuan suka gambar lelaki tengah pakai deoderan.*ok, bad joke* Actually perempuan suka sesuatu yang bermakna daripada pasangan dia dan boleh jadikan sesuatu yang sweeeett sangat dalam memori dia. Tak perlu bersusah payah beli teddy bear tinggi 2 meter untuk dia, buat suprise candle light dinner pun dah cukup. Ok?

Kenapa lelaki mudah rasa sayang walaupun baru kenal hanya 1 hari?
Sebab lelaki mudah terpengaruh dengan nafsu mereka sendiri. Ini mungkin sebab hanya anda perempuan yang paling menyerlah waktu itu. Tapi kalau diberi pilihan kepada lelaki untuk pilih perempuan terbaik, memang dia akan rambang mata. Rasa sayang yang datang sekejap, akan pergi sekejap juga.

Why people can appreciate someone beside them?
Actually i doesn't really understand what you try to ask. Is it can't? So people cant appreciate someone beside them because they still do not understand the meaning of appreciate. They need to feel loss before they start to feel how important you in his/her life. And i agree with you. Most of us is really hard to appreciate their friends even their couple. Appreciate them first before you want to be appreciated.

Do you have to forget someone. What do you do?
I will  just start a new life. Forget my past and  never again look back.

Apa ciri-ciri pasangan yang anda suka?
Boleh menjadi isteri yang solehah, taat, patuh, kalau balik kerja tengok isteri dah masak, amat memahami dan mampu menjadi komander kepada anak-anak saya. Bangun pagi kena tengok anak-anak dah berkawad. haha....  :P

Macam mana cara seorang tomboy nak berubah dan nak tackle balik pakwe dia sebab pakwe dia tak suka tomboy dan nak putuskan hubungan hanya sebab tomboy?
Pertama sekali tanya kepada diri sendiri. Berbaloikah anda berubah semata-mata untuk menyenangkan hati si dia? Sedangkan ada orang lain yang mampu terima diri anda seadanya? Kenapa dia perlu putuskan hubungan sedangkan dia sepatutnya yang bersama-sama bantu anda menjadi perempuan yang lebih baik dan jadi lebih feminin. Cinta perlukan 2 hati yang susah senang bersama. Apapun, kalau anda nak berubah jadi lebih feminin, cuma kurangkan berpakaian seolah-olah lelaki dan kurangkan perangai-perangai yang over havoc. 

P/s: Saya suka perempuan bersikap tomboy :)

Macam mana nak buat perempuan suka kat kita? Kita dah cuba macam-macam...
Anda dah cuba kata pada dia anda cintakan dia? Cubalah... Tapi sebelum tu cari kawan karib yang benar-benar boleh memahami anda bukan mem'bahan' anda. Tanya pada dia apa keburukan anda dan perkara-perkara yang anda tidak sedar mampu buat orang lain terutama gadis impian anda menjauhi anda. Cuba juga bertanya pada kawan-kawan perempuan apa keburukan anda. Sebab perempuan lebih jujur walaupun laser. Jika si dia masih tidak menunjukkan rasa minat, cari saja yang lain. Mungkin anda bukan jejaka idaman si dia.

Macam mana nak rapatkan diri dengan lelaki yang anti-perempuan?
Perlukan kesabaran dan perlu mendekati dengan cara yang halus. Pastikan tiap-tiap hari berlaku interaksi dengan dia (bukan seks ok) walaupun sekadar senyuman. Insyallah pintu hati dia akan terbuka.

Kawan saya cakap, kalau lelaki dan perempuan jadi kawan baik, mesti akan ada perasaan cinta.So apa pandangan anda?
Bergantung pada diri si lelaki dan perempuan tersebut. Saya sendiri ada ramai kawan karib yang perempuan. Jadi rasanya tidak menjadi masalah untuk lelaki dan perempuan menjadi kawan karib umpama adik beradik, asalkan saling mengingati perhubungan anda hanya sebagai kawan karib dan bukannya kekasih.

Perkara apa yang anda tak dapat lupakan? Asyik teringat je?
Makan...main game...makan...main game....Mestilah, saya kan lelaki. Hidup kena enjoy~~~