Pernahkah anda terfikir kenapa rasa cinta anda tidak lagi sama seperti di awal-awal perhubungan cinta anda? Kalau dahulu tidak berjumpa seminggu sekali dah rasa macam nak naik gila, tapi sekarang kalau tak jumpa sebulan sekali pun tak apa. Bermacam-macam alasan diberi walaupun pada hakikatnya masing-masing tahu bahawa bahawa perhubungan anda sudah membosankan dan umpama telur di hujung tanduk.TIADA HALA TUJU
Apapun yang anda buat dalam hidup perlukan ‘main target’ ataupun matlamat. Tanpa matlamat, hidup anda pasti berliku. Tanyakan kembali kepada diri anda kenapa anda bercinta dengan si dia? Jika anda ingin dia menjadi pasangan hidup anda, mulalah pasang matlamat dalam matlamat anda dan isikan dengan matlamat-matlamat yang kecil.





