Disebalik kejantanan kura-kura jantan

Tutorial Cara Buat Widget Pengomen Terbanyak Blog


Untuk tutorial kali ni, aku akan ajar cara macam mana korang nak buat widget top commentators sebagai tanda menghargai peromen pengomen yang rajin komen kat blog korang.. Caranya mudah je kalau korang ikut step kat bawah ni.





Komik: Cara halau lalat yang berkesan.....kot?


Nuffnang racist dan bersifat perkauman???Ini buktinya..

Korang pernah tak terbaca entri-entri yang mengatakan Nuffnang ni pilih kasih? Bagi buffered earnings(BE) kat kaum tertentu je. Kadang-kadang join contest tapi tak pernah terpilih pun.Pernah korang baca? Pernah? Ini buktinya:

Oh Perempuan! Asal kosmetik murah je semua ko bantai pakai...

Tengah sedap-sedap aku layan berita harian hari ahad yang dah expired, terjumpa satu tajuk best. "Kosmetik tiruan murah bawa padah: Rampasan produk beracun RM5.2 juta tahun lalu bukti sikap tak kisah pengguna." Nak kata kaum bertelur ni pakai, tak nampak pulak, kalau ada pun, 'mak-mak' jelah kot... Tapi mungkin bukan salah korang jugak....kot? Sebab kadang-kadang aku tengok kat kaki lima kedai pun ada jual jugak benda ni.. Tapi takpe, aku bagitau apa kesan-kesan bahaya menggunakan alat solek a.k.a. alat mekap palsu dan murah daripada biasa nih.

Cara Mengetahui Si Dia Jodoh Dan Pasangan Kita

Mesti ada yang masih tertanya-tanya, macam mana nak tahu si dia milik kitakan? Kebetulan aku jumpa satu note daripada facebook yang ditulis oleh Hj. Abdul Samad. So, diharap, dengan entri ni, aku dapat bantu serba sedikit bagi mereka yang masih mencari cara mujarab nak sembuh daripada putus cinta.

********************
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Air Terjun Lepoh,Khazanah Malaysia Yang Tersembunyi


Macam aku kata kat entri sebelum ni, jadi aku gunakan cuti aku pergi mandi air terjun kat hulu langat. Air terjun ni dekat dengan air terjun sungai gabai, tapi kat situ ramai orang. Bila mandi konpem rasa hancing orang kencing. Tapi tempat aku pergi ni memang takde orang, hanya orang tertentu je yang tahu! Macam mana aku tau? Sebab aku komander kembara UiTM, memang hutan tu tempat aku.Disebabkan korang rajin datang blog aku, aku bagitau cara-cara nak pergi ke air terjun lepoh yang bagi aku air terjun yang lagi best daripada air terjun sungai gabai.

Main dengan pondan lagi sedap daripada main dengan bini?

WADAFAK!!!!!!!! Terkejut aku bila baca Metro Online ada berita macam nih! Ini betul-betul gila emosi nih! Kat mana agaknya akal dia??? Kat lubang dubur kot....Banyak-banyak perempuan, 'mak-mak' jugak dia pilih??? Padahal dah ada bini nih...Siap mintak buat seks luar tabii lagi dengan isteri dia bila gila main dengan pondan.. Eeuuuww....Tak kuase mak......

"KUALA LUMPUR: Dia berkahwin atas dasar suka sama suka. Namun apabila usia perkahwinan mencecah lima tahun dan selepas melahirkan anak kedua, suaminya melakukan kejutan apabila mendakwa berkahwin lain secara sembunyi di Thailand.
Walaupun hatinya luluh, dia tetap menerima berita itu dengan rela selepas dimaklumkan madunya yatim piatu dan hidup dalam kesusahan. 
Namun, selepas setahun setengah hidup ‘bermadu’, dia menerima kejutan lebih besar apabila watak isteri kedua yang didakwa suaminya langsung tidak wujud.

Malah, ‘isteri kedua’ itu rupa-rupanya pondan yang sering dijadikan teman tidur suaminya apabila kononnya tiba giliran bermalam di rumah isteri baru.

Hari Sabtu Hari Membatu? Lupakan Masalah, Santai.....

Jam tangan warna hitam menunjukkan pukul 11.59 pagi. Bebola hitam mata jawa ni tak boleh lari daripada terus pandang jarum saat bergerak..10 saat lagi nak pukul 12 tengah hari.. Mata makin terbeliak. Ketiak yang masih licin ni dah mula berpeluh sehingga terbentuk sungai peluh (ada ke?). 3...2....1...Kringgg.....Lonceng berbunyi tanda sekolah tamat untuk minggu tuh. Aku apa lagi, tunggu mr.mama datang nak ambik aku balik rumah.

Memori zaman kecik aku yang sampai sekarang kalau aku lalu depan sekolah rendah aku tu, mesti teringat benda ni. Sebab hujung minggukan syurga dunia. Kalau dulu asal hari sabtu, celik mata, dengan taik mata masin bergayut-gayut kat bulu mata tu terus tengok kartun kat tv. Lepak depan tv sampai pukul 12.30 tangah hari baru nak pergi mandi. Remote tv tu memang berulang kali dipicit-picit cari katun best..

Cara Daftar Maybank Cherry Card Untuk Shopping Online


Mesti ada sesetengah antara kita ni tertanya-tanya kenapa tak boleh guna kad cheri maybank dan macam mana nak gunakannya untuk shopping online walaupun kad tu dalam dompet dah lama dan nak patah dah tak guna-gunakan.......Krikk...Krik....(bunyi cengkerik) Yelah-yelah... Itu semua aku. Aku tak tahu tadi, tapi lepas aku godek-godek dan memandangkan tak ramai buat tutorial ni, aku akan tunjukkan caranya. Okeyh, ini entri serius dan proffesional!

Cara Mudah Nak Jadi Popular? Kena Ada STYLE Sendiri!

Nak popular...Nak berjaya....Nak jadi tumpuan ramai..Apa lagi? Nak disanjung tinggi setinggi Menara Petronas. Banyak giler Mesti semua orang pernah terfikir macam tu kan? Tipulah kalau tak pernah terfikir sekali pun.. Sedangkan gagak yang hitam tu nak jadi cantik, inikan pulak korang manusia yang berakal tak terfikir cenggitu? Dey..Appalam...Jangan tipu la..Paling kurang pun biasanya korang akan kata macam ni...


"Kalau boleh den nak ajo jadi berjayo macam dio ni hah, TAPI, siapalah den nih..."

Komik Mencari Harta Karun

Komik ni bersambung daripada komik sebelum ini, Gong Xi Fa Cai

Kiro Kucing Paling Cute Dalam Dunia?

Korang ingat lagi entri pasal kiro si kucing berbulu kuning? Kalau dulu aku tunjuk gambar je, jadi korang mesti tak tahu tahap kegebuan kucing ni kan? Kali ni aku tunjuk video beliau.

Korang Dalam Kategori TERsambut Valentine???

Nampak je tarikh 14 februari mesti semua orang akan mula bukak cerita pasal Valentine Day, sampai aku sendiri pun dah naik benci, bosan, muak, mual dan loya dengan isu yang sama je setiap tahun. Daripada surat khabar pergi ke facebook sampailah ke blog. Semuanya cerita pasal isu 'Jangan Sambut Valentine Day'. Apa yang buat aku  muak bukanlah sebab isu-isu yang melarang sambut hari tu. Memang patut pun isu-isu macam tu diingatkan setiap tahun, sebab manusia ni mudah lupa, bila orang cakap, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Hari ni cakap, esok dah lupa. Tak payah esok, sejam lepas tu lupalah.

Belajar Luar Negara atau Dalam Negara? Mana Lebih Baik?


Petang ni, 12.2.2011, kawan baik saya sejak sekolah menengah akan terbang ke New Zealand untuk sambung pelajaran dalam kos medik. Bebudak batch saya pun ramai je dah terbang pergi luar negara (saya bersekolah di SM Sains Seremban, sekarang dipanggil SM Sains Tuanku Munawir, ranking SBP no 1 waktu zaman saya.). Tinggallah saya dengan berapa kerat member lain belajar kat Malaysia ni. Walaupun dulu saya pun pernah dapat offer pergi Mesir untuk dentist, tapi sebab saya tau akan berlaku konspirasi tunjuk perasaan nak jatuhkan Husni Mubarak, jadi saya tak poielah..Eceh... Cover baik...

Aku, Shopping dan Ultraman

Sampai rumah, aku parking kereta kelisa merah, masuk rumah, say hello hello kat ibu ayah yang duduk kat dapur tengok tv, masuk bilik, bukak baju, pakai singlet apek aku,  melabuhkan bontot kat katil, baring.....Sambil baring-baring, tengok jam, pukul 10.30 malam, lepas tu pejam mata...


"Haduih...Tak larat kaki ni nak bangun berjalan dan mata ni bersengkang ngadap laptenok nak tulis entri untuk esok..."


Itulah terjadi malam semalam yang menyebabkan aku lambat update entri. Mana taknya, satu hari shopping kat Times Square yang 10 tingkat tu sebab member baik aku nak fly pergi New Zealand amik medik malam esok. Jadi sementara dia masih ada kat Malaysia ni, aku ajaklah dia pergi shopping sambil aku perkenalkan kepada cik awek aku. Nanti dia dah takde, rindu pulak kat dia. Nak tengok aku beli apa? Ini dia...

MEMORI ZAMAN SEKOLAH: Bestnya takde kelas!!!

Jaket coklat yang tergantung kat hanger aku sarungkan ke badan ketaq aku, tali kasut warna putih aku ikat comei-comei, lepas tu aku start motor suzuki smash revo merah aku.. Pom...pom..poooommmm..peh....Ekzos bocor....Ops...Spek hitam lupa pulak nak amik. Aku naik atas, amik spek hitam aku. Mana boleh tinggal, ini modal marketkan muka ni..Aku amik simpan dalam beg.


"Bok, buat apo laie tu? Copeklah hantar aku poie KTM, tak sabar nak balik nih!"

"Yolah, datang ler ni. Bising ler ko ni.. Tulah pasal, banyak makan tongkeng ayam.."

Gong Xi Fa Chai [Komik]

Aku dah lama tak buat komik tak bermakna aku dah berhenti buat komik. No way man... Aku sayang turtie aku!Layanzzz....

Segman Komen Mengomen AVE: Best ke blog ni?

Ini blog terakhir yang aku akan komen. Fuh.. Penat jugak 'ter'buat segmen nih. Tapi,best ke komen aku? Aku rasa biasa je. Biasalah, komen orang takde tauliah. Apapun, kebanyakan masalah blogger ialah bolog terlalu padat dengan widget, header kurang menonjol dan entri nampak kurang menyerlah sebab tersepit dengan widget. Jadi, untuk segmen terakhir ni, aku akan ulas 4 bolog ni. Jom tengok smart tak bolog diorang.

********************


Aku nak habiskan segmen komen-mengomen nih.

Ketika entri ni ditaip, jam menunjukkan 10.55 malam, hari ahad bermakna hari penamat kepada hujung minggu yang masyuk..Masuk hari isnin dah tak boleh main-main, blajarrrrr saja der...Untuk beberapa entri yang akan datang, korang akan tengok semuanya mengenai segmen komen mengomen aku. Aku nak habiskan semuanya secepat boleh sebab aku nak habiskan permainan segmen ni untuk beri tumpuan aku hasilkan entri yang terbaik dan buat aku rasa enjoy!


********************

Segman Komen Mengomen AVE:Ini Blog WAJIB PERGI!

Waaa......Aku tak sangka 3 blog yang bakal aku komen ngomen ni cantik wook! Aku tak tipu... Korang cuba pergi ketiga-tiga blog nih. Memang nice! Sedap je mata memandang, sampai mata 'akak' tak berkelip pun dik..Muahaha...Tapi orang kata, tak semua sempurna kan, mesti ada cacat cela jugak, dan aku berjaya jumpa cacat cela kat blog diorang walaupun cacat cela kat aku sendiri tak tertutup. Matilah korang aku komen carut-marut blog korang!


********************

Segman Komen Mengomen AVE: APO KONO EA JANG?

Sebelum aku memulakan segmen pot pet pot pet aku ni, aku nak bagitau yang aku dah tamatkan untuk menerima penunggu untuk segmen mengomen ni. Sebab apa? Sebab ramai sangat penunggu kat blog aku nih buat aku rasa macam tak selesa pulak. Ada yang bertanduk, ada yang takde mata, ada yang mendengus je..Brrr....Jadi, ketika aku menaip entri ni, awesalwa akan jadi bolog terakhir yang aku akan komen. Ok? Tapi takde hal lah, aku akan bukak segmen baru, cuma aku tak fikir segmen apa. Mungkin jugak aku akan bukak giveaway sebab aku teringin nak bagi teddy bear...Hm...


********************

Kita Boleh Berjaya Sebenarnya...

Hmm... Maalam-malam ni perut aku lapor pulak... Dah siap ada buat konsert battle of the band lagi dalam perut ni.. Krakkkkk...Kruuukkkk bunyinye....Tadi waktu dinner taknak pulak makan banyak-banyak.. Nak masak malas...Nak keluar lagilah malas, manalah tau kot-kot tetiba aku naik motor ni, sedap je kena angin malam, sekali ada pulak awek rebonding berbaju putih tumpang naik ikut balik rumah. Brr.... Baik aku baring sambil golek-golek..Hilang sikit lapor aku ni...


Cerita pasal malas, teringat pulak apa yang ustaz aku cakap waktu dalam kelas CTU pertama aku. Orang panggil dia ustaz, tapi tak nampak pun kopiah atau berjanggut...Ustaz rock kot....Tapi dia punya cerita memang best giler. Bila dia bercakap, pot..pet..pot.. pet... Memang layan, macam ceramah dah aku rasa. Aku rasa dalam kelas dia, aku sorang je yang fokus kat dia. Member-member aku dah terliuk-liuk tidur dalam kelas. Pergh...Siap boleh bercakap dalam tidur lagi...Hebat-hebat...

Segman Komen Mengomen AVE:Gua Hangin Dengan Blog Ni?

Hai, selamat datang ke program, 'APO KONO EA JANG???'. "Tetamu" kita kali ini ialah Ninapisang, Imaterimaje, dan Lalatembakbulan. Seperti biasa, jika anda ingin kami mengundang anda ke rancangan kami, sila buat satu entri kenapa bolog anda ingin dikomen (Aku update tiap2 hari misterlinky tu dan check blog, tak payah tipu okhey) dan lepas tu baru masuk dalam senarai penunggu kampung AVE..Err...baru bukak 3 bolog, kaki aku dah terhentak-hentak terikut lagu yang ada daripada bolog nih..Hm..Cam layan gak.Bolog siapakah itu? Jom terjah!

Sedikit kata
Komen-komen yang diberi hanyalah komen budak hingusan yang takde ijazah dalam fesyen kecantikan apatah lagi ijazah 'akak-akak'. Cuma mata aku mementingkan kekemasan dan kecantikan dalam sesebuah blog walaupun bolog sendiri tak terjaga. Dah lama nak buat maintainence tapi cari masa yang sesuai.Muahaha..

Penghulu, penghulu dah tak lukis komik lawak?

Senyap je malam ni. Bulan bintang yang selalu cerahkan langit tak nampak pulak malam ni. Argh....Kusut...Kusut...Aku rasa macam nak lari laju-laju langgar dinding depan muka aku ni je. Tapi lepas langgar sakit pulak. Dah lain hal pulak.. Tak patah hidung, patah tulang rusuk ada jugaklah kot. Hadoih.. Kusutlah aku! Err..Korang tahu ke kenapa aku kusut? Nak tau apa yang buat aku kusut? 



Aku kena buat perubahan.. Aku rasa aku dah lari daripada tujuan aku berblog. Waa.... Aku tak dapat rasakan keseronokan berblog disebabkan terikut-ikut dengan blogger lain yang sibuk dengan permainan SEO yang mengejar trafik diorang. Tapi sekarang, ketika diorang sedang beronok-ronok dengan permainan diorang, aku pulak teremo-emo kat sini. Kalau korang boleh nampak muka aku, muka dah macam orang nak berak dah.. Muka takda nafsu, kalau perempuan bogel lalu pun aku konpem tak pandang pun (jeling sikit-sikit adalah)..

Segman Komen Mengomen AVE: Lawa ke blog ni?

Petang yang panas tak berangin ni aku nak sambung segmen komen mengomen (bero...). Disebabkan ramai kampung AVE ni dah mula didatangi ramai penunggu, jadi aku akan buat sekali tiga bolog pulak. Bagi yang baru nak jadi penunggu, korang kena buat entri pasal kenapa korang nak aku komen bolog korang.Tak buat entri,aku tak komen. Sebab macam tak fair pulak aku je bagi backlink free kan. Tarak win-win situation disitu.. Dah buat entri baru masuk kat senarai penunggu kat sini.




Apa yang aku boleh katakan, BLOG YANG BEST! Opss....Jangan cepat sangat hepi. Ada satu benda yang spoilkan mood..Penggunaan lagu autoplay. Kebanyakan blogger tak suka blog ada lagu sebab kadang-kadang mengganggu emosi dan lagu yang dimainkan tak kena dengan entri. Contohnya entri pasal cerita sedih, tapi lagu bukan main happening macam baru menang bola. So kena take note kat situ. Header dah smart.Satu lagi mungkin boleh naikkan iklan tu kat atas jadi akan buat pelawat lebih nampak iklan tu dan siapa tahu, mungkin earnings akan naik 100% daripada sebelum ni. So, yang penting sekarang, terus hasilkan entri berkualiti!




Okey PU, header dah ok dan kalau ada masa, cuba cari idea untuk header yang lebih menarik sebab 1st impression bila masuk blog tu penting. Bilangan entri okeyh, loading blog pun okeyh. TETAPI, aku cakap jujurlah okhey, member-member kena nasihat...Blog nampak agak berserabut dengan widget sehingga mister linky sendiri dah jadi entri. Takpe-takpe, cool kejap amik angin.

Ok, kalau nak bolog kau nampak kemas, guna satu je chatbox.shoutmix atau chatroom. Kemudian alihkan atau buang widget personal macam mymood,feedjit,number of visitor online, survey nuffnang tu, dan kartun welcome tu. Dalam erti kata mudah, bagi pengunjung masuk je boleh nampak entri baru nampak widget.Kalau misterlinky tu masih nak guna, cuba letak kat bawah entri. Sebab masalah utamanya misterlinky tu.Ingat, entri tu nyawa blog.Rasanya PU kena buat horizontal main tab so akan lebih memudahkan pengunjung k. Macam mana nak buat main tab? Boleh tutorial tu kat sini.




Aku masih tertanya-tanya apakah yang buat blog kau melebihi loading  time yang ideal. 115kb... Sebab tengok blog dah kemas dan smart...Mungkin sebab penggunaan misterlinky tu, ataupun gambar-gambar.Selepas aku check untuk 1 page saja,  gambar dalam entri tu memberatkan. Biasanya kalau aku, aku akan tukar daripada format png ke jpeg dulu. Tapi bukan masalah sangat sebab blog smart. Cuma fikirkan feedjit & misterlinky tu guna lagi tak, okhey? 



Segala salah silap komen aku dalam entri ni harap dimaafkan sebab jari aku ni takde otak dan akal, menaip ikut sedap dia je...Aku tengok je apa yang jari aku tekan.

Segman Komen Mengomen AVE:Azizah & Nub

Seperti biasa, hari ni aku akan komen blog blogger lain. Tapi kali ni sekali 2 iaitu blog Nub dan Azizah. Bagi sesiapa yang rasa blognya nak dikomen oleh pengomen yang tak diktiraf ni, bolehlah masuk dalam senarai penunggu kampung AVE ni.


Nub, apa yang mampu aku lakukan, blog kau dah ok. Loading blog setelah aku timbang pun ok, 80.71 kb, jadi memudahkan pengguna broadband yang slow untuk masuk, tak perlu nak tunggu lama. Susunan blog pun kemas, cuma mungkin akan lebih kemas kalau nampak beza antara satu post dengan post yang lain.Keep it up!Nice blog!

Rahsia Disebalik Wang Kertas Malaysia Terbongkar!

Sebelum ni korang mesti guna je wang kertas malaysia tapi tak tahu rahsia wang malaysia ini kan? Hari ini AVE akan bocorkan! Eksklusif hanya daripada AVE!

Mula-mula korang ambil wang kertas Malaysia.Tak kisah, RM1,RM2, RM5, semua boleh.Sila ambil duit sekarang.Kalau tak, rahsia ni takkan menjadi.

Ok,dah amik, lepas tu korang lipatkan 3 seperti garis kat bawah ni.2 mengenai anak mata, 1 lagi tepat kena kat tengah mulut dia....

Dah nak nampak dah...Nampak dah....Ok, sekarang tengok macam kat bawah....

Segman Komen Mengomen AVE:DarkChocolate


Entri kali ini aku akan buat review mengenai blog blogger http://coklatakusuka.blogspot.com/ ini iaitu DarkChocolate(DC). Sebelum tu, aku mohon supaya kita berdoa keselamatan rakyat Malaysia di Mesir supaya selamat daripada kejadian buruk. Entah apalah cerita terbaru daripada Mesir sekarang ni....Moga mereka dijalan Allah menang..

Okhey, berbalik kepada cerita asal. Tuan blog hantar komen kepada aku:

"ave, komen sikit psl blog sy leh tak ? tk nk bace entri pun tkpe...just survey2 sikit psl bnde2 yg ade jer..."

Cinta dan Harapan...

"Harapan umpama sinar matahari yang menyuluh bumi. Adakalanya mendung kerana ditutupi sang awan, adakalanya cerah memberikan sang bumi keceriaan" 

Jika hari ini anda masih lagi termenung mengharap pada si dia, jika hari ini anda masih lagi ternanti-nanti si dia kembali kepada anda...Dengarlah suara hati saya berpesan..Baru-baru ini, ada seorang sahabat yang bertanya kepada saya:

"G, hari jadi bekas kekasih aku dah dekat, nak aku bagi dia hadiah ke tak?"

Saya sekadar membalas..

Kenapa trafik dan follower blog korang sikit?

Sebelum ni ada blogger yang bertanya kepada aku, kenapa kurang follower kat blog mereka. Jawapan aku senang je. Sebab kurang orang yang datang ke blog mereka.Tapi follower blog ramai best ke?Buat apa nak follower ramai kalau trafik boleh datang mencanak dengan FreeViral?

Hipotesis: Semakin kurang orang yang datang ke blog, semakin kurang orang yang click pada nuffnang dan butang follow, semakin serabut kepala.

Biasanya perkara macam ini akan berlaku kepada mereka yang masih baru dalam dunia blog. Yang dah lama tak ada masalah lagi sebab blogger dah kenal mereka.Tapi tak apa, aku akan cuba rungkai masalah korang. Nak tahu jawapan kepada persoalan diatas? Ini jawapannya...

Cara & Tips Check Blog Ada Malware Atau Tidak

Bagi yang biasa blogwalking, mesti perasan ada sesetengah blog bila korang masuk ada notice beritahu yang blog berkemungkinan ada malware. Gengblogger pun tak terlepas daripada diserang malware suatu ketika dulu.Jadi, entri ini akan bagi cara dan tips untuk scan dan buang malware pada blog dan pastikan blog korang bebas malware.

Biasanya malware ini berlaku disebabkan oleh hidden code yang diletak pada hacker bila hack blog korang dan juga kerana korang menggunakan script daripada sumber laman web yang disarangi malware. Jadi untuk check,korang klik pada link salah satu scanner dibawah: