Saya Suka Download Cerita Korea, Anda Suka?

Fuh.....Akhirnya sampai jugak aku ke kampung halaman aku,Port Dickson setelah bertolak dari Shah Alam pukul 9 pagi tadi dengan keadaan cuaca yang mendung dan gerimis. Tak nak aku duduk Shah Alam lama-lama, bandar dah berhantu bila budak-budak U balik.Member-member aku yang lain dah balik bercuti hari khamis yang lepas, aku pulak baru nak balik hari ni. Ini semua gara-gara gathering Sahabat Blogger.

Okey, kita lupakan pasal gathering sebab aku tak nak korang muak dengan cerita gathering. Jadi, cuti ni korang buat apa?Aku ingat lepas habis je aku taip entri ni aku nak layan terus cerita korea dan jepun.Haa...Kalau nak tau, aku layan jugak cerita-cerita korea, cuma tak sefanatik koranglah. Cerita-cerita ni pun kawan aku yang downloadkan. Aku tumpang cucuk pendrive je. Hehe...

Rahsia Disebalik Kejayaan Orang Yang Tak Sembahyang

Sedikit tazkirah,aku ngaku kekadang aku jahat,tapi mesti ada masa baikkan...Ok,ni ambil daripada FB,tak tahu sapa yang tulis,tapi semoga dia murah rezeki dunia akhirat ah!Kalau tau tuan punya blog,sila bagitau k.Nanti aku bagi backlink.
**********

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Tips Dan Cara Mudah Update Blog Setiap Hari

PERHATIAN: 
ENTRI NI MEMBONGKARKAN RAHSIA BLOG AVE!

Ramai yang beranggapan terlalu susah untuk update blog tiap-tiap hari terutamanya blogger baru yang umur blognya tak sampai pun sebulan. Kalau update pun kadang-kadang entri yang terhasil tu mesti kurang berkualiti. Tapi jangan risau, hari ni aku akan ajar cara mudah untuk pastikan korang dapat update blog tiap-tiap hari.
  1. Idea datang bila-bila masa. Bila dapat idea tu, tulislah kat kertas atau terus draftkan cerita tu kat blogger. Yang penting banyakkan berjalan.

Tak Seindah Rupa...

Lelaki Idaman Wanita Malaysia?[Boleh Menitiskan Airmata]

Tiba-tiba emosi menguasai aku bila aku tengok video ni. Bukan semua lelaki sanggup setia seperti ini...Terima kasih kepada Fara Azmi untuk video ini.



Jangan Buang Rasa Cinta Itu..[Kisah Benar]

Kisah Benar Hidup Aku 

Semua orang mengharapkan cinta yang sempurna, cinta yang akan dibawa ke jinjang pelamin dan bersama sehingga ke akhir hayat. Seperti dalam drama Korea, akhirnya bahagia bersama. Namun bukan semua orang bernasib baik dapat merasakan cinta sebegitu kerana cinta itu tak boleh dipaksa dan cinta itu perlukan kesefahaman.



Aku antara insan terpilih yang tidak bernasib baik itu. Aku mula berjinak-jinak dengan cinta sejak aku tingkatan 3. Mungkin aku kurang faham apa itu cinta pada usia sebegitu, tapi aku faham apa itu SETIA. Tapi aku bukanlah insan sempurna. Hubungan kami tak lama, aku diputuskan si dia dengan alasan tidak mampu hidup berjauhan walaupun aku telah cuba menjadi yang terbaik untuk dia. Sejak itu juga aku kenal erti putus cinta, hidup aku seolah-olah tamat disitu.

AKU PERLUKAN PEREMPUAN DISEKELILING AKU!!!

PERHATIAN:
INI LUAHAN PELAJAR LELAKI MEKANIKAL

Fuh...Baru balik daripada kuliah...Kadang-kadang bila ikutkan perasaan ni, aku rasa malas je nak pergi kelas. Eh, bukan aku je, asal nama pelajar je mesti malas nak balik kelas yek.... Boleh main farmville, layan cerita korea, apatah lagi tidur kat bantal yang empuk dan pejal..Pergh...Hidup ni memang sempurnalah kalau tiap-tiap hari kelas batal.Ops...Cikgu-cikgu jangan marah ye....

Bukannya apa,aku malas pergi kelas sebab persekitaran aku. Aku dibesarkan daripada sekolah menengah hinggalah ke alam universiti dengan kelas yang perempuannya 1/4 daripada lelaki.Daripada SM Sains Seremban a.k.a. SASER iaitu sekolah semua budak laki (Zackzukhairi dengan Nazirul Hazwan pun sekolah sini) masuk ke Matrikulasi Johor (masuk sains fizikal,kelas pompuan kurang) sampailah ke UiTM Shah Alam. Asyik berkepit dengan lelaki je.Entah-entah bila aku jadi jurutera mekanikal pun asyik dengan lelaki je...Wah.....Aku perlukan penyeri dunia!Perempuan! Mana aci gini!

Follower Blog Ramai, Best Ke?

Aku percaya semua orang nak follower blog ramai sampai ada yang tercari-cari kat google cara cepat dan mudah untuk menaikkan follower blog. Kenapa korang nak follower ramai? Aku tak menghalang kalau korang nak follower ramai, itu hak korang.
Tapi aku selalu tertanya-tanya..Korang pernah tak nampak dunia korang selepas ramai follower blog? Apa yang akan menanti korang? Korang akan rasa seperti artis sehinggakan kalau korang letak link facebook korang pun mesti akan penuh sebab semua orang nak kawan dengan blogger terkenal.Eh,apa itu blogger terkenal?Bagi aku mudah je, blogger terkenal tu mestilah blogger yang ramai follower selain daripada selebriti yang buat blog.. Kalau selebriti punya blog konpem cepat je naik follower.

Kejadian histeria terburuk disekolah 2011?

Sekarang ni baca suratkhabar dah mula banyak cerita pasal histeria...Pagi ni buka Utusan terbaca kisah ni.Apa yang berlaku???

"TELUK INTAN 25 Jan. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ranggam di sini kecoh apabila beberapa pelajarnya diserang histeria sehingga cuba mengancam nyawa guru serta pelajar lain.
Selain cuba membaling guru dengan cermin tingkap, ada juga pelajar yang diserang histeria itu mengeluarkan pisau cuba mencederakan pelajar lain sebelum berlari ke arah jalan besar.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru sekolah berkenaan, Baalozaman Mohd. Noor yang berada di tempat kejadian berkata, serangan histeria itu bermula pukul 8 pagi ketika pelajar baru hendak memulakan sesi persekolahan.

"Tiba-tiba seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga menjerit-jerit lalu memecahkan cermin tingkap dan membaling ke arah guru tetapi berjaya dielak oleh guru berkenaan.

Apa itu cinta?Mengapa aku harus bercinta?

PERHATIAN:
DENGARLAH KAUM WANITA YANG AKU HORMATI,
 LUAHAN HATI SEORANG LELAKI INI JIKA MASIH TERCARI CINTA PERTAMA

Apa itu cinta?Mengapa aku harus bercinta?Perlu ke aku bercinta? Cinta itu terlalu banyak maksud. tapi bagi aku, cinta itu adalah satu perasaan sayang terhadap insan yang dikasihi ,ingin melindungi dia dan cinta itu satu tanggungjawab.
Wahai kaum wanita yang aku hormati,bagi korang yang masih belum bercinta terutama remaja, lebih baik korang fikir masak-masak untuk bercinta. Sanggupkah korang habiskan masa remaja korang dengan bercinta? Aku nasihatkan enjoylah dulu dunia bersama kawan-kawan karib.

Cara Nak Center Gambar Header Blog

Sebelum ni ada yang pernah bertanya pada aku, macam mana nak centerkan header image blog, aku terlupa pulak nak buat entri. Bila jenjalan tengok peserta yang join segmen header Ben Ashaari baru teringat sebab ternampak ada blogger yang ada header tak center.Maaflah sesangat ye,aku ni dah tua...Hehehe...

Ok,caranya senang:

Step 1
Pergi ke Dashboard>Design>Template Designer>Advanced>Add CSS

Download Gambar Seks Dan Lucah Artis Malaysia

Korang nak tengok dan download gambar panas artis-artis Malaysia berbogel???



TAHNIAH!
KORANG TERPILIH UNTUK MENYUMBANG BILANGAN PELAWAT YANG SUKA MELIHAT BENDA-BENDA LUCAH!
BILALAH NAK TAUBAT NIH.....
blog counter
blog counter

Video Paling Popular Dan Menarik Di Youtube[Mesti Tonton]

Korang ada terfikir tak apa video yang paling best dan mesti ditonton ramai kat youtube?Kalau boleh tonton dan download video seks kat youtube memang itu jelah video paling best kat youtube. Tapi nasib baik youtube block video macam tu,buat rosak akhlak je.
Antara video top di Youtube ialah Charlie bit my finger - again !.Memang best video ni,cute je.hahaha...Tapi kalau korang tanya apa video kesukaan aku,aku suka video daripada MysteryGuitarMan!Dia ni memang kreatif dan pandai guna barang sekeliling dia untuk hasilkan muzik paling best bagi aku!

Nak tengok videonya,ini videonya:

Luahan Hati Seorang Sahabat

PERHATIAN
SILA BACA ENTRI INI
 DAN MUHASABAH DIRI KORANG!
Dalam hidup ini akan ada dua perkara yang tak boleh lari daripada minda dan fikiran kita, iaitu keluarga dan kawan. Di situlah kebanyakan punca masalah korang berlaku. Bertekak dengan keluarga sehingga lari daripada rumah, bertekak dengan kawan-kawan sehingga bergaduh, bertumbuk. Tapi perkara-perkara inilah yang akan menyebabkan korang ingat sehingga hujung nyawa.

Kawan.Semua orang ada kawan dan aku percaya, ramai (termasuk aku) yang masih tercari-cari kawan yang benar-benar korang sayang atau bahasa mudahnya, kawan karib. Bukan mudah untuk mencari seorang kawan yang benar-benar boleh dipercayai kerana bukan semua orang ikhlas untuk berkawan. Ada sesetengah manusia ini hanya mahu berkawan kerana kepentingan mereka.

Cara Untuk Mendapatkan Buffered Earnings Nuffnang

Kenapa susah nak dapat dan kenapa masih tak dapat Buffered Earnings(BE) Nuffnang? Perkara inilah yang selalu bermain difikiran aku waktu awal-awal berblogging. Pernah aku tersilap antara campaign dan BE. Aku tercari-cari mana salah silap aku sehingga susah nak dapat BE Nuffnang. Selidik punya selidik, akhirnya aku faham jugak dan dapat BE setelah aku buat beberapa perubahan.
Jadi, aku buat entri ni nak kongsi dengan mereka yang masih tertanya-tanya macam mana nak dapat Buffered Earnings (BE) Nuffnang. Siapa tahu,mungkin suatu hari nanti korang mampu menjana RM10000 dengan blog. Jadi,cara-caranya ialah:

JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI


Dah lama rasanya aku tak join segmen Ben Ashaari ni.Jadi hari ni aku nak join segmen header. Korang pun boleh tau serba sedikit tentang header aku nih.


  1. Sapa yang buat header AVE- Aku buat bersama-sama turtie aku.Aku lukis lepas tu kalau tak lawa turtie aku suruh buat balik(kalau tak suka dia masukkan kepala dalam cengkerang).Hehe...
  2. Perisian yang digunakan-Paint,photoshop dan microsoft office.
  3. Maksud header tersebut-Haa..ini yang aku nak ulas sikit...Ingat lagi header lama ni?

Membogelkan Turtie Betina (18sx)

Korang dah tengok turtie jantan dibogelkan???Sekarang giliran turtie bertina pulak..Ngeh..Ngeh..Ngeh....

Perkara Yang Perlu Seorang Blogger Tahu! (pt.1)

PERHATIAN:
INI HANYALAH PENDAPAT AKU,
JADI MESTI AKAN ADA KEKURANGAN
Macam-macam berlaku sekarang kat dunia blog Malaysia ni.Yang terbaru pasal isu auto blogwalking.Aku malas nak masuk campur benda ni disebabkan keadaan aku yang tak berapa sihat akhir-akhir ni dan juga kerana banyak lagi benda yang lebih penting nak difikirkan.Lebih baik aku buat komik bagi pembaca AVE terhibur...

Jadi,entri kali ini aku nak cerita tentang perkara yang blogger perlu tahu kalau nak nyawa blog anda lebih panjang!Photobucket


Membogelkan turtie (18sx)

Jom kita tengok apa disebalik cengkerang turtie pulak!Kita buka satu-satu!
Ini yang biasa korang tengok.

Macam mana nak dapat iklan nuffnang?

Macam mana nak dapat iklan nuffnang dan duit beratus-ratus dengan nuffnang?Mestilah kena daftar dulu kan..Kalau dah daftar,baru boleh tahu macam mana nak dapatkan BE nuffnang.Ok, hari ni aku akan buat satu entri khas untuk mereka yang nak baru dalam dunia blog ni.Aku mampu buat entri ringan-ringan je sebab demam.Entri tentang cara-cara nak daftar bersama Nuffnang kesayangan blogger(dan turtie aku...hehe...).Mungkin ada yang rasa benda ni remeh temeh je,tapi benda remeh temeh inilah yang buat blogger baru pening.

Mula-mula, masuk ke laman web http://www.nuffnang.com.my/. Kemudian,korang akan jumpa pilihan bahasa.

Oh Blogger...Kenapa perangai macam ni...

Bosan..Itu yang mampu aku cakap dengan perangai sesetengah blogger ni. Blogger yang aku maksudkan ini ialah blogger yang suka menaikkan darah blogger lain, suka cari pasal menjatuhkan blogger lain dan lebih-lebih lagi blogger yang jadikan blog ni tempat tunjuk kuat.
Cukup-cukuplah dekat facebook tu penuh dengah status bergaduh, takkan kat sini pun nak tunjuk kuat.Aku buat entri macam ni sebab kesian ada sesetengah blogger terpaksa tutup blog kerana benda-benda macam ni.Aku tak salahkan blogger yang cuba tegakkan benang yang basah dengan cara makian, cuma kan lebih manis kalau guna cara yang lebih profesional.Tak perlu nak carut marut dalam blog!Photobucket

Mana fishball???

Sorilah tak dapat buat video cintan buat masa terdekat ni,masih kelam kabut.Nak buat komik 4 kerat ni pun kena curi masa. Cuti tahun baru cina aku buat okhey.

Cara Buat Perkataan Bergerak Pada Menu Bar

Semalam ada seorang blogger,Aind yang bertanya:
Lawakan blog dia.Jom pigi blog dia!


 camne nak wat title gerak2 macam kt ats 2 ek? hope blh bantu

Jadi,hari ni tok penghulu akan ajar macam mana nak buat ye.Bagi yang nak tukar logo pulak klik link ni.Sila baca dengan penuh tawaduk!Photobucket

STEP 1:
Pergi ke dashboard>design>edit html>tick expand widget templates

AVE Blog Loading Challenge!Berani terima cabaran ni?

Kalau korang masih ingat entri aku yang dulu mengenai timbang berat blog korang, aku pernah beritahu antara faktor yang mempengaruhi jumlah pelawat yang datang ke blog korang adalah dengan mengurangkan masa loading blog.

Jadi beberapa hari lepas aku terjumpa satu web yang membolehkan korang gunakan untuk dijadikan alat benchmark untuk korang turunkan loading blog korang. Jadi aku nak buat satu cabaran. Sapa boleh kalahkan blog AVE, loading blog dia dah ok. Selain itu,korang jugak boleh tahu data tentang loading blog korang.

Tak boleh upload gambar ke posting blogger?

Korang pernah tak alami situasi dimana ketika korang cuba nak upload gambar waktu tulis entri, tiba-tiba keluar error kata tak boleh upload gambar ke google cloud picker?AVE waktu memula kena gelabah jugak.Yelah,macam mana nak upload gambar untuk komik..
Antara sebab perkara ni berlaku ialah kerana album yang sedia ada telah penuh dan kerana masalah teknikal.Untuk selesaikan masalah ni,ada orang kata kena upload gambar ke photobucket dan macam-macam lagi.Tapi sebenarnya ramai yang tak tahu ada cara yang lebih senang.Jadi,ini caranya:Photobucket

Sahabat Blogger Gathering

Tetiba tergerak pulak hati ni nak join.Orang kata kalau rasa nak join tu join je.Lagipun 30hb tu aku tak ada program.Jadi,inilah first gathering yang aku nak join.C u there =)


"Perhimpunan pertama SB. harap semua dapat join. sapa yang confirm boleh anta msg kat no hp yang tertera di flyers atau no phone Naim Noor Alim = 0192080447 untuk memudahkan urusan pengiraan ahli yang join. kalau takde sekurang-kurangnya 10 orang pada 26hb Januari 2011, event ini akan terbatal secara automatik. kehadiran selain dari SB jugak adalah amat di alu-alukan. ajaklah kengkawan korang kalau malu. takde hal admin jugak mungkin akan menjemput wartawan dari Majalah Remaja untuk perjumpaan kita kali ni.kalau dapat la & kalau kawan kitaorang tu free. 

Cara kurangkan bounce rate korang!

Ingat lagi entri mengenai cara nak popularkan blog anda?Entri itu akan menyebabkan korang ada dalam list pencarian google.Tapi macam mana nak dapatkan top10 dalam pencarian google(SEO)?Banyak caranya,antaranya dengan menjaga bounce rate korang.Macam aku cakap sebelum ni,bounce rate boleh  dikaji menggunakan google analytics.
google

Bounce rate dalam kata mudahnya ialah jumlah peratusan pelawat blog korang yang hanya melawat hanya 1 page blog korang.Kalau tanya aku kenapa orang lawat 1 page kat blog korang,ini kerana:

Terjunan terjunam [komik]

Ramai yang tertanya macam mana nak upkan follower+komen. Serius aku cakap aku akan bagitahu okhey.Dalam seminggu ni aku akan bagitau semua.Sebab apa,sebab aku pun pernah rasa apa yang korang rasa.Lagipun ilmu itu cahaya,makin dikongsi,makin banyak ilmu yang kita dapat.Ok,layan komik~~~

P/s:Aku hanyalah manusia yang semakin tinggi aku terbang kelangit,semakin aku ingat akan tanah....Kerana aku sedar disitu aku bermula...

AKU NAK BERHENTI BERBLOGGING

Aku nak berhenti blogging..Aku nak lepak-lepak je kat rumah,layan movie lagi best....Ini hari-hari kena update blog,entah sampai bila aku kena bertahan menulis blog.Kena blogwalkinglah....Hm...Malaslah....

Itulah antara benda yang selalu bermain difikiran aku.Waktu tu aku mula-mula buat blog aku yang pertama sehingga aku tutup blog aku yang dulu awal tahun 2008.Waktu tu aku mengaku aku menulis bukan kerana minat,tetapi sebab nak seseorang itu membaca entri aku(ngurat ler...).

Tapi sekarang,alhamdulillah,aku menulis dan melukis kerana minat.VIP AVE sekarang pun dah cecah 1000 orang.Aku nak mengucapkan terima kasih pada korang yang follow blog yang tak seberapa ni.Untuk mencapai angka 1000 ni aku mengaku memang susah.Susah yang aku maksudkan ialah susah untuk mencapai 1000 VIP dalam 3 bulan.Kalau boleh aku nak bagi 1000 orang follower aku yang pertama ni semua hadiah,nak tunjukkan yang untuk capai 1000 tu bukan hanya bergantung pada no 1000 sahaja..

Korang nak tahu antara taktik aku  sebelum blogging balik?

Jom guna Google Analytics!(update)

Mesti korang selalu tengok stats kat dashboard tu kan?Tapi itu baru sikit.Korang pernah terfikir tak nak tahu berapa ramai pembaca setia blog korang?Berapa page pembaca setia korang geledah page korang?Itu semua terjawab bila korang menggunakan google analytics.Belum buat lagi?Jadi,apa tunggu lagi?Jom guna google analytics sekarang!


Untuk pergi ke laman google analytics,click link ini:http://www.google.com/analytics/

Cara Popularkan Blog Anda!

AMARAN:
ENTRI INI AKAN BUAT BLOG ANDA LEBIH DIKENALI,
SILA BACA DENGAN TENANG DAN TAWADUK.


Macam-macam cara korang boleh lakukan untuk popularkan blog korang.Antaranya dengan submit blog korang ke google.Mesti korang pelik walaupun dah ping blog korang,tapi bila search sebijik nama blog korang pun masih tak ada dalam senarai google.Jadi kawan-kawan,hari ini aku nak ajarkan caranya..


Langkah 1
Korang pergi ke http://www.google.com/addurl/ dan submit blog korang.
URL=Blog korang
Comment=Korang tag lah benda yang berkaitan dengan blog korang.Macam dalam gambar tu.

Lepas tu masukkan huruf security dan submit.

Tiru macam saya 1

Hasil tangkapan tikus aku....

Korang mesti tertanya-tanya aku yang aku dapat hari tu kan???Banyak ke tikus yang aku dapat???Haaa.....Aku memang dapat.Tapi korang jangan terkejut bila aku tunjuk hasil tangkapan aku.

Bagi yang nak tengok cara aku nak pasang perangkap tikus tu,tengok >>>SINI<<<
Ok,ini dia hasil tangkapan aku.Jangan terkejut yek....

Betul ke korang dapat Buffered Earnings Nuffnang???

KORANG YAKIN KE YANG KORANG DAPAT TU BUFFERED EARNINGS NUFFNANG???

Ramai yang ingat BE tu adalah macam kat bawah ni.Bukan ye kengkawan....


BE yang sebenar macam yang kat bawah ni..

Awak jangan cari saya!

SELEPAS NI ENTRI AKAN KELUAR PUKUL 6 AM BUKAN 12 AM LAGI. 

Cara Tangkap Tikus Berkesan Baik Punya!!!

Sebelum ni korang mesti tengok orang tangkap tikus guna perangkap besi tu kan,sekarang aku tunjuk cara tangkap tikus guna gam versi kejam aku.Kejam ke?Tet.....
Ok,alat-alat yang korang perlukan ialah:

Gam tikuih 450cen je

Cara-cara dan tips untuk melancap

free counter
Bilangan yang mencari perkara ini setakat ini

Wah,,ini macam tajuk giler….Hehe...Sebenarnya aku nak cerita pasal cara dan tips mengelakkan dan mengurangkan melancap.Dalam kata lain,cara berhenti melancap.Tak payah nak malu-malukan…Melancap.Tak payah citerlah.Tunjuk video teruslah nak?Huhu…Benda ni tak payah ler nak tuding jari laki banyak buat.Laki perempuan sama jer.Asal manusia mesti buat.Sebab aku tak pernah nampak binatang buat.Kura-kura ada melancap tak?
Melancap ni sebenarnya macam KFC,sekali dah buat,rasa nak lagi jek!So nak berhenti tu memang susah.Tak nak cerita banyak sebab jari aku dah menggelatar ni..Aku bagi terus cara nak stop: