Hadiah Istimewa & Kreatif Untuk Orang Tersayang

Hari jadi dia dah semakin dekat? Tak tahu nak bagi apa? Nak belikan hadiah tapi tak mahu yang mahal? Nak bagi hadiah yang kreatif dan menarik? Mungkin itulah yang sedang bermain difikiran anda apabila memikirkan hadiah untuk harijadi dia mahupun sempena ulangtahun anda bersama. Jadi, saya akan ajar anda untuk buat hadiah yang murah, mudah dan kreatif iaitu puzzle yang pasti mampu membuatkan si dia terharu dan suka!



STEP 1
Mula-mula, anda perlukan satu set puzzle sama ada yang sudah siap bergambar ataupun kosong. Biasanya untuk set puzzle yang kosong agak susah nak dicari, tapi saya kira beruntung sebab jumpa di kedai barang-barang jepun (Daiso Shop Japan). Apa yang saya tau setakat ni kedai tu ada di jaya jusco bukit tinggi dan One Utama (Damansara). 


STEP 2
Anda terbalikkan puzzle anda diatas sehelai kertas dengan permukaan yang akan diletakkan gambar menghadap ke luar. Tekap satu persatu puzzle tersebut. Untuk cara yang mudah, anda susun puzzle tersebut diatas kertas tersebut dan alihkan satu persatu puzzle setelah anda tekap puzzle tersebut.


STEP 3
Kemudian, anda perlukan satu gambar yang anda rasakan sweet-sweet gitu dan seelok-eloknya gambar yang bersaiz besar seperti 8MB ke atas untuk mengelakkan gambar itu nanti 'pecah'. Tak caya cuba besarkan gambar saiz 50KB, tengok pecah ke tak.


STEP 4
Kemudian, edit gambar tersebut dan masukkan perkataan yang sesuai dengan gambar tersebut menggunakan photoshop.

STEP 5
Selesai edit, masukkan file gambar tersebut ke dalam pendrive anda dan bawa ke kedai gambar untuk dicetak. Pastikan anda cetak mengikut saiz frame puzzle anda. Sebagai contoh, saiz puzzle saya adalah 11inch x 11inch. Jadi saya akan pastikan gambar yang dicetak nanti akan mempunyai saiz minimum 11inch sama ada pada bahagian lebar mahupun tinggi.


STEP 6
Selesai dicetak, gunakan kertas tekapan puzzle tersebut dan tekap pula dibelakang gambar tersebut ataupun tampal saja menggunakan gam. Sebelum gunting, pastikan gambar yang akan digunting itu nanti adalah sama dengan posisi puzzle diatas board. Selesai menggunting, tampal dahulu gambar pada bahagian border puzzle. Teruskan pada bahagian dalam puzzle dan tampal pada setiap puzzle tersebut.


STEP 7
Hasilnya, pastikan ia sama seperti puzzle yang dijual dikedai. Selamat mencuba! :)


P/s: Anda juga boleh tempah kat kedai puzzle, mereka boleh buat untuk anda. :)

12 Komen:

laskar pelangi said...

wahhhhh! sweetnyeee;)

AVE said...

thank you :)

Kaspa Yobel said...

nice post.. :)
ditunggu kunjungan baliknya :)

Eryati said...

erm mmg kreatip

Model Busana Muslim said...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

Anonymous said...

Assalamua'laikum akh, erm nice and creative idea! suka hee~ ;) tp cane nak tau printable pic tu same size dgn puzzle tu nnt?

Pojie said...

Biasanya pada puzzle tu ada bgtau berapa saiznye. Tapi skrang sesetengah kedai puzzle pun dah terima tempahan. :)

Anonymous said...

owh okie :) besok nak g tgk kat daiso..ade gak daiso branch kat harbour place, jalan menghala ke arah pandamaran/pelabuhan...hehe..sy duk kat klang ;) nice idea ni sungguh... mmg kna dgn keadaan tunang yg tgh merajuk ni hukhuk...doakan kami wokey kembali erk~ ;) hopefully incik tunang tu suka dgn gift nie...semoga Allah balasi kebaikan idea2 yg baik ni buat kamu ye mr.blogger ;) teruskan memberi manfaat pada yg mengikuti blog nie~ :)

Master Admin (M. Fauzi) said...

insyaallah, all is well.hehe. merajuk dibalas dengan kesabaran. sabar sajalah dengan kerenah si dia. :)

Anonymous said...

nak tanya .. u tampal guna gam biasa je ye ?? ke gam uhu ??

Admin AkalEmosi said...

saya pun lupalah. tapi kalau tak silap guna gam uhu yang jenis 'gesek' macam gam biasa. bukan yang jenis hujung tirus.