Macam Mana Mengetahui Dan Merawat Gastrik?

3 minggu yang lalu, sejurus selepas saya balik dari perkhemahan di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang, saya mengalami diarrhoe a.k.a. cirit birit yang teruk. Pada mulanya saya menyangka ianya hanyalah sesuatu yang biasa dan akan pulih. Pada awalnya doktor hanya mengatakan ia hanya cirit birit yang biasa. Tetapi apabila ianya berlarutan sehingga seminggu dan 2 doktor telah saya jumpa, keadaan jadi semakin teruk.

Badan saya semakin lemah dan mula muntah. Jadi, sekali lagi saya berjumpa dengan doktor setelah genap seminggu. Rupa-rupanya cirit-birit yang saya alami berpunca daripada gastrik. Ianya berlaku apabila asid hidroklorik (pH 1~2) yang dirembes untuk mencerna makanan didalam perut kita terlalu banyak daripada kebiasaannya. 

Jadi, sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti dibawah, anda kemungkinan menghidap gastrik dan perlu segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
  • Hilang selera makan
  • Pedih dan sakit perut 
  • Cirit birit yang teruk melebihi 3 hari
  • Senak, rasa berangin dan tidak selesa pada kawasan perut
  • Perut kembung, kerap sendawa dan buang angin (kentut) selepas makan
  • Perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat
  • Rasa loya seolah-olah ada makanan di tekak anda
  • Muntah (akibat tolakan gas daripada perut)
  • Berat badan susut

Ketika saya diberitahu doktor bahawa saya menghidap gastrik, saya terpinga-pinga tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana saya tidak tahu punca berlakunya gastrik ini dan juga cara untuk menjaga makan selepas menghidap gastrik. Mujurlah doktor banyak membantu saya. 

Gastrik ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa kerana gaya hidup kita pada masa kini yang kurang sihat. Jadi sekiranya anda baru pertama kali menghidap gastrik dan tidak tahu apa yang perlu dibuat, anda perlu elakkan:

Makanan Bercili
Ketika menghidap gastrik, anda adalah sama sekali dilarang makan makanan yang pedas/ menggunakan cili walaupun ianya hanyalah sos cili apatah lagi sambal belacan. Bak kata doktor, apa yang dirasa di perut, tak dirasa di mulut.


Makanan Masam
Selain makanan yang pedas, anda juga perlu berpantang daripada makan makanan yang masam seperti jeruk dan juga keju. Ya, anda tidak boleh makan pizza dan juga burger ber 'cheese'.

Kopi
Kebiasaannya zaman belajar memang tak boleh lari daripada kopi. Jadi, elakkan minum kopi kerana ianya mengandungi kaffein yang menghakis perut anda.

Minuman Bergas & Makanan Berangin
Elakkan minum minuman bergas dan makanan berangin kerana ianya akan membuatkan perut anda berangin

Gas asid hidroklorik + gas karbonat = Cirit birit/ muntah/ perut lebih sakit

Merokok
Apa lagi perlu dikatakan, merokok banyak mendatangkan kemudaratan. Berhenti sajalah.


Anda digalakkan untuk melebihkan minum susu dan juga makan dalam kuantiti yang sederhana tetapi kerap kerana asid yang dihasilkan perut itu akan membuatkan anda kerap lapar daripada biasa.


Untuk keterangan yang lebih lanjut, adalah wajar anda berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada doktor. Biasanya apabila anda menghidap gastrik, anda perlu mengambil ubat yang diberi sekitar 2 hingga 8 minggu. Sekiranya tempoh 8 minggu itu anda masih belum pulih, mungkin anda terpaksa perlu membenarkan doktor memasukkan kamera kedalam perut anda untuk melihat suasana dalam perut anda.

Bagaimana pula nak tahu kalau anda sudah pulih daripada gastrik?
Jika anda rasakan badan anda sudah kembali 'fit' dan mampu melakukan tugasan tanpa rasa sakit perut dan tiada lagi tanda-tanda di atas. Selain itu, anda juga boleh melihat pada warna najis anda. Sekiranya najis anda berwarna hitam, itu bermakna anda masih lagi belum sihat.

36 Komen:

~ Cik Azz ~ said...

Akak dah pernah alami gastrik ni.. Tapi takde la sampai cirit-birit..

Masa kena tu dunia seakan berpusing.. Lepas tu muntah diikuti dgn pembuangan air kecil yg keluar serentak dgn muntah tu... Memang sakit sangat... Mujur tak kena tahan kat wad...

Skang ni kurang dah makan pedas.. Cuma yg masam spt limau dan mangga tu kadang2 termakan jugak... huhuhu..

AVE said...

Owh, ye ke? Maybe keadaan saya lebih teruk sebab kalau makan pedas, dia akan cirit birit yang menarik tulang belakang.huhu...

Skang ni pun saya masih mengambil dos untuk minggu yang ke 4

farahaminudin said...

saya juga merupakan penghidap gastrik yang 'tegar' hehehe...keadaan saya klu diserang gastrik smpai time gosok gigi pun boleh muntah...
mmg kena kurangkan mknn pedas, masam dan bergas...tp mslhnya sume tu mknn faveret..huhu

harap2 cepat sihat, jgn smpai jadi mcm saya..smpi kena wat endoscopy..

AVE said...

thanks fara. :)

Anonymous said...

Saye tengah mengalami simptom2 di atas. Penat makan ubat tapi x juga baik2. Sampai da pergi amek injection pn x hilang.

AVE said...

Try pergi jumpa pakar k kalau berlarutan.

Anonymous said...

Sama la sy start kena gastrik dr form2, dan skrang gastrik makin teruk.sedang mangalaminya...perut asyik berbunyi...huhu

Anonymous said...

salam 1 Malaysia..
baru2 ni sy ditahan slama 3hr 2mlm di wad krn sakit dada n tekak seolah ada benda yg mnumpang duduk disitu.. sy sukar nk bnafas n dlm masa yg sama sy xsendawa, xbuang angin n xbuang air besar.. doktor kata sy gastrik.. tp smpai hari ni sy msih lagi sakit dada n tekak.. nk mkn pn susah.. nk telan cam ada yg tlekat, nk bnyawa pn susah.. apetah lg wktu nk tidor.. posisi tdor pn menelentang ke ats shj.. xbleh pusing kiri n akan klu x sy rs sukar utk bnafas.. ape sbnarnya mslah sy ni.. hrp boleh mbantu... tQ..

Pojie said...

Salam.
Tuan/puan, saya mencadangkan agar terus berjumpa segera dengan doktor kerana ianya melibatkan aliran pernafasan.

Secara teorinya gastrik akan menghasilkan tekanan udara keluar daripada tubuh akibat daripada tindakan gas yang terhasil. memandangkan tuan/puan mengatakan xsendawa xbuang angin, adalah lebih baik berjumpa dengan doktor.

Anonymous said...

en. pojie..
lps kluar dr hosp alhamdulillah sendawa, buang angin 2 dh ok.. tp sakit dada n tekak ni masih lg trasa sakit.. trutama pd dada. masa di hosp dok ada buat xray abdomen, katanya ok.. ujian drh pn dh buat n sah sy gastrik.. tp knp sakit dada sy ni xhilang2..

Pojie said...

mungkin disebabkan tolakan gas tersebut. cuba kurangkan makanan pedas/berangin/bergas sekurang-kurangnya 3 hari ye dan pantau dari semasa ke semasa.kerapkan juga makan makan seperti roti. mungkin kerana kadar rembesan asid perut tuan/puan lebih daripada biasa. oh ya, mungkin sakit dada itu adalah kesan sampingan daripada asid tersebut.

Mulut kita mungkin tahan pedas, tetapi tidak perut kita.

Anonymous said...

En.anon,adakah sakit dada itu yg anda maksudkan sakit ulu hati? Sya jga pnghidap gastrik dan sya fki kronik jga la,sbb sblm ni x pnah kna gastrik.apa yg sya alami bila angin tu da bnyk sngt kt perut dia akn menekan ke atas dan seolah2 kita rsa semacam ada msalah pernafasan. Bla da mcm tu mmg rsa blk2 nk sendawa tp x de apa2 yg kuar.bila da jmpa doktor dan mncari sndri apa sbnrnya gastrik ni alhamdulillah skng da kurang skit.doktor cuma beri ranitidin+mmt(magnesium) susu putih ke apa tu yg kelat, dan plng penting diet kna jga dan tepat waktu makan.selain itu amalkan bersenam setiap hari sbb dia melancarkan@mmbantu dlm sistem pnghadaman kta.tp itu smua kuasa Allah,klu da dtg hanya allah sje yg tau....mcm2 la kuar prasaan ni hihi....

Anonymous said...

Bagi yg terok sampai sukar bernafas masa tido letak kan kepala lebih tinggi dr perut insyallah, kenudiam amal kan makan enzyme . Enzyme bertindak untuk menutral kan acid dalam perut amalkan sebulan insyallah akan hilang

Anonymous said...

Enzyme apa mksd d atas tu? D mana mau bli?

Anonymous said...

Salam 1 msia semua...pada 17/8/12 adalah hari paling bersejarah dalam hidup sya...hampir dua tahun sya menderita penyakit ini, sampai tahap stress dan kemurungan pun ada..beribu dah habis untuk buat rawatan seperti jantung, scan kepala, scan badan tak juga dapat kesan penyakit ni... Klu buat ECG tu puluhan kali dah...satu hari tu sya ke hospital pantai nak buat underscope, nasib baik la doktor tu bgus dia tak nak makan duit sya, sbab kos untuk buat tu paling murah dlm rm2k...doktor tu recomentkan sya jumpa doktor ooi ee thiam pakar gastro di hkl..keesokannya sya trus jumpa doktor ooi, lalu sya kena underscope..mula2 tu rasa nervouse jga la, tapi sya kuatkan semangat jga...dalam masa 5 minit je rawatan siap...doktor kata positif gastrik iaitu terdapat bakteri h.phlory...skrg ni sedang makan ubat la..rasa badan kurang selesa dah beransur pulih... Terima kasih la kepada doktor ooi ee thiam dan doktor ganesanathan...pesanan untuk pesakit, jika anda rasa badan tidak selesa trus je buat underscop k...

Anonymous said...

Sy terkena simptom yg dinyatakan. Pegi klinik, tengok doktor cam tak serius je layan. Macam tak bahaya je penyakit ni.

Anonymous said...

gastrik...sgt2 le familiar dgn diri sy...selama sy hidap skt ni dlm masa sama sy peminum susu tegar..hehehehe susu..yogurt..xkira segar or yg telah siap proses...baru2 ni ade gak yg kata susu xblh minum...pelik kn???so sy cr...dn sy jumpe secbis komen ini...Mokcik pun pernah dengar seorang kawan yang kena gastrik dilarang oleh doktor untuk minum susu waktu tengah sakit gastrik.

Sama juga dengan milo. yang ini doktor sendiri yg advise pada mokcik. masa tengah sakit gastrik, jgn minum milo katanya.

Better minum madu kot masa gastrik dan minum susu n milo lepas dah ok utk mengelakkan serangan gastrik

March 24, 2011 2:53 PM

http://sanyaleeya.blogspot.com/2011/03/ye-ke-tak-boleh.html

ertinya susu tdk blh di ambil semasa kita tengah di serang gastrik....

Rizal Jaafar said...

Sy skit perut sgt smpai brbunyi kuat tp bile sy cba buang air besar xbleh plk, knapa erk?

Anonymous said...

Assalam...saya pun alami gastrik atau medu n uluran dlm istilah kg..sakit tu mmg teruk...sesak nafas..cirit birit tiap2 hari...sakit dada..sakit kepala..lenguh2 badan..sukar tido...mmg rasa tak selesa sangat2..blh dikatakan setiap hari kena pergi klinik utk injek...tp alhamdulillah sejak seminggu lpas saya pergi kt perubatan tradisional di besut..pakcik ni seorang yg mengajar al-quran di kg...sya diurut n dibacakan ayat2 al-quran..diberi air tawar...n ubat2 herba..alhamdulillah setlah 3 kali proses berurut kini saya dah tak sakit dada...sesak nafas..kembung perut..cuma saya dinasihatkan jgn makan pedas..berkari..buah2 sperti pisang..nangka..sayur terung..timun btg..ubi2 sehingga betul2 sembuh...kpd teman2 yg dh makan ubat klinik tp masih tak sembuh2 sya cadangkan supaya mencuba cara kg...insyallah...kpd teman2 yg nk jumpa pakcik ni boleh hubungi saya n saya sedia tolong anda sbb saya tahu azab sakit gastrik ni...no sya 013-9432949 (ajie).tk

Anonymous said...

Sy mngalami simptom seperti di atas. Dah berbulan sy sendawa, tp sy anggap itu perkara biase je. Bila dah teruk, baru sy tau sy kena gastrik. Check blood pressure, tinggi pla..dah 3 mnggu cam ne, jmpa doktor dah 3kali. Mereka cuma tau kasi ubat je, tp smpai skng msi blom baik. Doktor mmg suka ambik mudah thdap sakit sy ne..tiap2 mlm sy tbngun, kerana tak rasa selesa, malah pndai gemuruh..teruknya sakit gastrik.

Anonymous said...

Sy pon crit brit n slepas mkn msti nk buang air situasi ni da brlarutan hmpir sbln...tp sy tkot nk jmpa doktor..kalo mkn trlalu bnyk perot akn skit n brbunyi2 sy x tau btl k ni..gastrik atau pnyakit len

wirabayu said...

Kawan memula kena sakit ni, abis ubat di makannya, dah smpi tahap tdo menonggeng jer, baring jer sakit pinggang, meniarap sakit perut. Muntah2 angin tu selalu sgt. Last2 makan ubat histac yg soluble reda la kejap. Balik kampong bapak mertua kawan ambik rumput segenggam , blender dan minum. Tgk rupanya cam air tebu, tapi rasanya huhuguhu, 7x kawan muntah. Tp 3x minum dlm 3 ari terus baik. Tp selepas 4 taun sakit ni dtg balik la pulak. Makin ari makin teruk nih, esok kena cari rumput ler

shahid ishak said...

salam..ada 2 tau x pakar gastrik kt sungai petani kedah..0125377743..shahid

shahid ishak said...

salam..ada sapa2 tau x klinik gastti kt sungai petani.kedah..atau tempat traditional ka.....shahid. ..012-5377743.....

Nur Adelia Afaf said...

As salam..sy skrg ni tgh mengidap sakit gastrik..rs mmg x selesa..rs nk muntah ada, rs pening (rs mcm terhuyung hayang)..rs seram sejuk pun ada..asal jer rs cam gemuruh dtg..mesti nk b.o. .normal ke tu..ada sp2 yg tau rawatan tradisional area kota kinabalu..soo sad..

Anonymous said...

Sy rasa perut ada gas penuh angin pedih ulu hati n kembung kerap sendawa dan kentut kerap letih dn tk bermaya n tk boleh mkn pedas walaupon sikit kadag2 cirit birit pastu tkde selera makan kalo dh start mkn pedas tggu la 3 hari baru ok blik teruk nya gastrik ni kn

Anonymous said...

Tk boleh lgsung makan pedas

reen said...

sya juga disahkan menghidap gastrik...tapi sya x sakit perut sgt...cuma bila silap mkn sya akan sendawa n kentut byk kali...bila dah angin byk dlm perut mcm2 yg efek....seluruh badan terutama tang otak nih...mcm2 la fikir yg bukan2 bila diserang gastric nih...sya paling pantang sekali, sya x boleh minum minumam yg ada susu pekat. Ada sekali tu mkn cendol...lps tu gastric menyerang..huhuhu...rupa-rupanya cendol tu guna santan mentah...serik...sekarang badan dah slim sikit sbb mkn bercatu dan tak berani mkn yg berlemak2 sgt...

Anonymous said...

Thks for info.. Sy tgh pregnent dan mgalami gastrik.. Cirit yg berpanjangan dan perut bising.. X selesa. Bleh cuba tips2 di atas..

Ibni_lockbonu said...

Masa tengah tulis ni sy tengah berperqng ngan gastrik, sesak nafas sbb payah nak sendawa rasa gemuruh gelisah semuada rasa cam nak g hospital tengah2 mlm ni pun ada..paling mencemaskn bila kita rasa sempit di dada n sukar utk bnafas..mcm2 doa keluar..p teguk segelas air halia td baru la dpt sendawa tp bunyik gastrik meragam dlm perut still ada..Allahuakbar ampunkan la dosa ku..

Ibni_lockbonu said...

Masa tengah tulis ni sy sdg berperang ngan gastrik, sesak nafas sbb x leh nak sendawa..mcm2 perasaan dtg gemuruh,gelisah, panik semcm rasa cam nak g hospital tgh2 mlm buta ni pun ada.yg paling mempanikan bila dada jadi sempit n sukar bernafas.Mcm2 doa keluar.Pegi teguk segelas air halia td baru la ada lega sikit sbb dah dpt sendawa tp bunyik mcm beperang dlm perut n rasa pedih2 tak ilang lagi..Allahuakbar ampunkan la dosa2 ku..

Ibni_lockbonu said...

Camner nak berjumpa ngan doktor ooi ee thiam? Boleh pergi terus atau perlu ada rekomen dr klinik kesihatan?

Anonymous said...

Camner nak jumpa ngan dktr ooi ee thiam? Boleh pegi terus atau perlu ada rekomen dari klinik kesihatan?

Anonymous said...

Assalam. Sy personal wellness coach. Sy bantu orang2 yg mempunyai masalah2 di atas, insyaAllah. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya 0196136605.

Anonymous said...

Saya dh lama kena pedih ulu hati,ada la dlm 2 thn tp lps mkn gaviscon plahan2 ok..tp baru2 ni sy pedih time tgh tido,bl bangun dlm sakit,sedar2 sy terbaring kt dapur..ntah bl pengsan ke,pitam ke xsedar..g klinik trus d anta ke hospital..mula2 suspek jantung,dh duk jalani rawatan slama 3 hr dia ckp gastrik.lps kua wad slalu gek sy kn,sy jg d bekalkan ubt gtn utk kawal jantung jk di serg lg..skang ht slalu x tenang,takut,mcm2 fkr...

aayzack said...

sy dah hampir dua minggu sakit perut ni...dah pi mengadap 2 or dr dah...hasilnya sy diberi ubat angin dan ubat gastrik...simptonnya agak teruk, malah sewaktu menulis ni pun perut bagai dihiris...ubat hampir habis..tp ubat tu pun bertahan untuk 1/2 jam je lepas tu sakit balik..suntik pun dah...sy pun cnfuse ada yang kata boleh minum susu dan ada yg kata tak boleh...mana satu yang betul...puncanya sy pun tak tahu...nak kata makan pedas sangat tak de la pulok...sy makan nasi lemak pun tanpa sambal...memang pantang habis lah...bab paling risau klu dah sampai terpaksa masuk kamera pulok...klu ada rakan2 yang tahu ttg klinik berkenaan, atau tradisonal ke bolehlah tolong poskan...sy area Nibong Tebal, Penang.