Acapkali apabila bercerita mengenai jodoh, mengenai siapakah bakal suami/ isteri yang bakal bertakhta di hati, pasti akan membuatkan sesiapa sahaja termenung jauh memikirkan hal ini. Tidak kira kaum adam mahupun hawa, pasti pernah terlintas difikiran tertanya-tanya siapakah si dia yang telah ditentukan jodoh kita oleh Allah s.w.t.. Jadi, baru-baru ini, saya telah ditanya mengenai soal jodoh ini di facebook.
Assalamualaikum, nak tanye, macam mana kita nak jumpa jodoh kita sedangkan dia masih belum lagi dijodohkan (nikah) dengan kita?
Soalan ini membuatkan saya teringat kembali soalan yang sama pernah saya dengar ketika zaman belajar saya. Soalan yang ditujukan oleh seorang rakan kepada seorang ustaz. Jadi, jawapan saya begini.
Dalam kehidupan seharian kita, kita leka kerana mengejar kekayaan dan kemewahan didunia. Jika tidak mengejar kekayaan, mungkin juga leka kerana mengejar pujian dan kata-kata manis daripada mulut seseorang. Oleh kerana itulah, apabila kita bercerita mengenai siapa jodoh sebenar kita, kita terpinga-pinga dan terlupa sesuatu.
Kita terlupa bahawa kita ni telah diciptakan oleh Allah s.w.t.. Jika benar kita ingat kepada dia, kenapa kita perlu menilik nasib untuk mengetahui siapa jodoh kita? Mengapa kita perlu baling duit ke dalam 'wishing well' apatah lagi mengikat tali jodoh di pokok?
Maka sedarlah pembaca yang saya hormati. Dialah yang telah mencipta kita, maka kepada Dia jugalah kita memohon pengharapan dan doa. Oleh sebab itulah adanya solat istikharah.
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.
Tidak kira apa saja benda yang memerlukan anda membuat keputusan yang tepat, maka buatlah solat istikharah mohon supaya diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t..
********************
- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Niat Solat Istikharah
- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
Doa Solat Istikharah
Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.
Yang di bawah boleh anda baca jika mempunyai waktu kelapangan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fadhilat Solat Istikharah ini.
********************
Kisah-6 (petikan Oh! Islam)
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.
Rujukan:


Posted in: 


7 Komen:
assalamualaikum... salah satu jawapan dari solat istikharah adalah mimpi.. bagaimana nak bezakan mmpi tersebut memang petunjuk dari Allah atau pon gangguan syaitan (mainan tidur)?
Assalamualaikum. Mimpi yang bersandarkan pada hawa nafsu adalah permainan syaitan manakala mimpi yang memberikan berita adalah sebaliknya. :)
Bila kita sibuk bercerita mengenai jodoh,pelbagai persepsi dan andaian yang boleh di buat oleh orang2 di persekitaran kita.lebih2 lagi dari keluarga kita sendiri.Nice entri admin
Entri Terbaru Saya:
Jodoh Ada Di Tempat Kaki Kita Berdiri
Saya keliru... Saye baru putos tunang sudah masok setahun...mase saye bertunang lagik 4 bln nl bernikha semua beruba... Hati saye tak sedap tak tenang maka saye mintak nasihat dari ustazah saye.. Dier menyuruh saye solat istikhara.. Tapi yg pelik asl saye niat nk solat saye tidur sekejap tak pernah dpt nk solat.. Asl saye sadar lepas suboh.. Bile tu saye doa seblum tido.. Mimpi dtg tiga hari berturot yg same.. Maka saye dpt berita same mcm mimpi saye.. Setelah sume dah belalu... Saye mohon dn berdoa jauhi la org2 yg hendak aniaye saye dn beri la org yg betol ikhlas utk menjadi kan saye isteri dn hargai saye dn jugak membimbing saye... 6bln kemudian saye tak prasan yg sebenar nye jodo saye di dpn mate tapi saye mencari nye..saye bersyukur yg beliau nie hati suci dn ikhlas saye dpt rasekan.. Beliau org petame yg menanye saye dan mahu menikahi saye.. Bekas tunang saye tk pernah betanye sedemiakian.. Adakah ini org yg akan hidop bersame saye hingga ke akhirat?? Tapi hati ini dgn spontan menerime nye.. Tetapi akhir2 ini beliau belainan sedikit.. Saye akui saye ade kesilapan tetapi tk bermakne saye curang dgn nye.. Saye tak penah pon Sekali ade niat burok atau berbohong dgn nye.. Saye ihklas ngan nye.. Yg saye pelik dier teros tk nk jumpe saye.. Bile saye nk jumpe dier dier selalu beri alasan semcm pnt.. Tetapi beliau selalu mengungkit kisah silam saye.. Padahal saye dh tkde kene mengena pon dgn bekas tunang..kenape?? Adekah ia ego?? Beliau selalu cakap dn menyuruh saye carik org lain.. Beliau jgk suke cakap benda yg menyakit kan hati nye sendiri..Setiap ari saye doa hati saye makin dekat nye.. Ade sesuatu yg berbisik jgn putus asa kepade saye.. Selepas saye solat istikhara nie baru saye dpt jumpe bersame nye.. Bile beliau jumpe ngan saye ia mcm biase, same mcm beliau pertame kali saye kenali.. Tetapi bile dier tk bersame saye beliau beruba.. Suke mara cakap bukan2.. Kadang saye cuba berlembut tapi dimaki hamun nye.. Saye cukup kenal dier.. Lau die mara je mesti dier ngantok tak pon lapar tk pon dier bermasaala.. Stiap kali dier mesti cakap ngan saye "ko jgn ganggu hidop aku lagi.." kadang saye sede.. Baru2 nie die brenti keje.. Saye cuba kasi motivasi ngan dier.. Yakin kan dier yg saye bkn wanita yg dier pernah alami.. Dier slalu cakap saye same seperti wanita yg nk hancurkan dier.. Bagaimana nie tolong saye.? Bile ati saye tak sedap je slalu saye teke mesti tepat..adakah ini jawapan dier?? Setelah saye solat istikhara.. Bile saye doa makin hari makin payah dn bertambah masalah dugaan saye untuk hadapi nye makin besar.. Ape tanda nie sume?? Bole saye dapat kan nasihat.. Saye penah nekad ngan diri.. Kalau ini yg allah temu kan saye dgn dier, dgn tidak saye ketahui,saye akan hargai nye dan hanya dier yg pertame dan terakhir.. Dn jikalau ini tidak kekal hingga akhir hayat saye tak akan mahu melukakan ati sendiri kerna saye dah penay dn malas utk mula dari bawah.. Biar beliau org yg terakhir uat saye.. Adekah itu satu jawapan utk ini semua?? Ape harus saye lakukan?? Solat istikhara lagik??
Assalamualaikum ustaz...anak saudara saya keliru kerana dilamar oleh dua jejaka iatu jejaka 2 dan 3. Sebelum ini dia putus cinta dengan kekasih pertamanya. Bekas kekasihnya meminta dia memilih jejaka 2 sebab beliau mengenali jejaka dan keluarga jejaka 2. Seluruh keluarga si gadis juga merestui hubungannya dengan jejaka 2 tadi tetapi si gadis menyukai jejaka 3 dan kasihan serta menyayangi jejaka 2 yang di rasai baik padanya. Saya memintanya untuk sembahyang sunat agar Allah memberi petunjuk padanya. Malam pertama dia bermimpi bertemu dan bercakap dengan bekas kekasihnya yang pertama. Malam kedua dia bermimpi bercakap dengan ibu saudara jejaka 2. Boleh ustaz beri kesimpulan mengenai perkara ini kerana anak saudara saya masih keliru dan mengatakan dia takut menolak pinangan jejaka 3 kerana jejaka tersebut selalu mengertaknya dan memaksa utk memilih dirinya.
assalamualaikum..
nk tanya..
ada kaitan ke dengan apa yg kita mimpi n apa yg kita pikirkn sblom tidur??
Assalammualikum ustaz..
baru2 ni sy b'jumpa kembali kawan lama. kami b'gurau dan menyatakan ingin berkahwin. Kami sama2 membuat keputusan utk melakukan solat istkharah namun kami tidak bercinta. pada hari khamis yg lalu sy bangun utk sahur puasa sunat khamis.tiba2 sy terlalu mngingati jejaka t'sebut dan ada 1 prasaan yg tetap & yakin. adakah ini 1 ptnjuk walaupon kami bukanlh saling m'cintai???
Post a Comment