Tazkirah: Berlemah Lembutlah Ketika Nasihat Menasihati


Assalamualaikum.
Dalam hidup ini, kita perlu sentiasa berubah sama ada mengubah atau diubah. Perubahan yang saya maksudkan disini ialah berubah menjadi lebih baik pada setiap hari yang mendatang dan bukannya berubah menjadi lebih buruk sifatnya dan lebih jauh di sisi Allah. Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana untuk mengubah diri kita supaya kita lebih disayangi dan dihormati oleh orang disekeliling kita. Jangan kita menjadikan alasan tidak mahu, tidak mahu dan tidak minat sebagai alasan untuk berubah kerana kelak, diri sendiri yang akan rugi.


Jadi, baru-baru ini, ketika saya melihat diruangan komen, saya terbaca satu komen oleh hamba Allah ini yang membuat saya berfikir panjang. Apa ditulisnya ialah:

"sesungguhnya setiap mnusia diciptakan berbeza~beza wlaupun 1 perbezaan... tiada tip utk membeza kan manusia iaitu ciptaan Allah yang agung.. hanya manusia bodoh mempercayai tip sebergitu... jgan la ada diantara muslim dipengaruhi dgn rekaan ini.. ssungguhnya inilah apa yg disebarkan oleh org2 yg cuba memusnahkan islam..."

Saya tak salahkan dia sebab itu adalah pandangan dia dan dia cuba menasihatkan orang lain supaya jangan percaya 100% pada entri tersebut. Saya sendiri ada menyebut diawal entri tersebut bahawa saya sendiri tak pasti sama ada perkara tersebut benar atau tidak. Terpulang kepada setiap individu untuk memikirkan mana baik dan mana buruk.


Jadi, apa yang membuatkan saya berfikir panjang ialah, kerana adanya perkataan bodoh disitu. Bagi saya, perkataan bodoh tu mungkin agak kasar untuk digunakan ketika menasihat seseorang mahupun pemimpin. Ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih lagi masyhur:



الدين النصيحة قلنا لمن ؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم 
Maksudnya: “Agama itu adalah Nasihat”. Kami (Sahabt) bertanya: ‘Untuk siapa?’ Jawab baginda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan awam mereka”. [Muslim].



Dan sabda Nabi s.a.w:
أفضل الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر
Maksudnya: “Jihad yang Afdal adalah perkataan yang benar di sisi pemimpin yang zalim” [Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai, Ibn Majah, dan Ahmad dan hadisnya sahih].



Nasihat kepada pemimpin itu hendaklah dilakukan dengan bahasa yang paling baik dan paling lunak serta dalam keadaan yang terhormat serta haram mencela dan mengaibkan pemimpin depan khalayak ramai berdasarkan firman Allah s.w.t:




اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (43) فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (44)
Maksudnya: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. [Taha: 43&44].


Saya juga seperti anda, dan mungkin lebih teruk daripada anda, kerana saya juga manusia biasa yang masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari. Malahan saya sendiri adakalanya gagal mengawal emosi *pelatih saya tahu bagaimana ketika saya gagal kawal emosi* dan menyakiti orang lain.

Saya bukanlah malaikat, dan saya juga bukanlah seseorang yang seringkali menggunakan perkataan 'saya awak'  didunia sebenar sepertimana yang saya gunakan dalam penulisan saya, tetapi sekurang-kurangnya kita perlu belajar 'soft skill' terutama apabila kita cuba menasihati seseorang.

Jadi, apa yang perlu kita buat ialah mengubah perkataan kita supaya tidak menyakiti perasaan orang lain. Cuba lihat apabila saya ubah hanya SATU perkataan, ada beza tak agaknya?

Sebelum:
"sesungguhnya setiap mnusia diciptakan berbeza~beza wlaupun 1 perbezaan... tiada tip utk membeza kan manusia iaitu ciptaan Allah yang agung.. hanya manusia bodoh mempercayai tip sebergitu... jgan la ada diantara muslim dipengaruhi dgn rekaan ini.. ssungguhnya inilah apa yg disebarkan oleh org2 yg cuba memusnahkan islam..."


Selepas:
"sesungguhnya setiap mnusia diciptakan berbeza~beza wlaupun 1 perbezaan... tiada tip utk membeza kan manusia iaitu ciptaan Allah yang agung.. hanya manusia kurang bijak mempercayai tip sebergitu... jgan la ada diantara muslim dipengaruhi dgn rekaan ini.. ssungguhnya inilah apa yg disebarkan oleh org2 yg cuba memusnahkan islam..."
Lebih manis dibaca bukan? Jadi, marilah kita bersama-sama perbaiki diri kita. Assalamualaikum..


"Belajarlah mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w. yang berlemah lembut 
dalam segala perbuatan dan tingkah lakunya..."

5 Komen:

.::: mr IQ :::. said...

perkongsian yg amat berguna.... :)

AVE said...

Thanks :)

aniki said...

cayala kawan..terasa aku sebab aku selalu cakap lepas..1 peringatan yang syok..

AVE said...

aniki- aku xdelah ber 'saya awak' kat dunia betul nih, tapi atleast kena taulah jugak cara betul nasihat :)

Kang Helmy said...

Nasehat bijak