Cabaran Aidilfitri : Beraya Rumah Kekasih


Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya kita berpeluang menyambut hari raya Aidilfitri sekali lagi dalam hidup, bermaksud Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk memohon maaf pada mereka yang pernah kita sakiti sama ada secara perbuatan dan perkataan. Sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Apa yang penting, selesai kita minta maaf, terpulanglah kepada si dia sama ada dia ingin memaafkan ataupun tidak. Tanggungjawab kita sudah selesai. Ini kerana meminta maaf itu lebih baik daripada berdiam diri dan setiap manusia itu pasti ada melakukan kesalahan.


Berbalik kepada tajuk asal, bagi pasangan yang bercinta sudah tentu raya nilah peluang terbaik untuk pergi rumah si dia. Mana taknya, bila lagi nak dapat peluang masuk ke rumah dia? Hari-hari biasa? Itupun kalau ada kenduri tak pun kalau ada perkara-perkara yang penting.

Tapi bukan semua berani untuk pergi beraya terutama yang masih baru bercinta. Bagi yang perempuan pasti akan lebih gementar. Belum lagi masuk rumah dah boleh tengok tangan bergetar je walaupun ada kawan-kawan yang teman. Lelaki? Lelaki pun sama je...Masing-masing mesti ada rasa gementar dan takut.

Tapi saya memang respect bagi lelaki yang sanggup pergi rumah awek dia tanpa berteman. Datang cool, balik pun cool. Kalau diajak berborak, steady je layan. Semua cerita daripada isu semasa sampailah ke ekonomi, semua dia boleh cerita (tapi tak digalakkan bercerita mengenai politik..). Lepas tu kalau ada budak-budak kecik yang datang nak main dengan dia pun, dia masih boleh 'handle'.

Well, lelaki macam ni dikategorikan sebagai lelaki fleksible kerana keadaan tak mengubah dia, tetapi dia yang mengubah persekitarannya. Lelaki macam nilah yang sentiasa jadi tumpuan ramai. Buat apa pun boleh. Bak kata orang putih, gentleman.

Tapi, saya sendiri tak faham apa yang perlu ditakutkan? Mungkinkah sebab:

  • Bapak dia ada misai & sideburn kapak. Muka kanibal makan orang walaupun muka anak sweet giler macam lisa surihani.
  • Bapak dia suka pandang-pandang, dengan penuh bernafsu, dengan pandangan tajam.
  • Mak dia suruh habiskan makanan. Selagi tak habis, selagi tu tak boleh balik.
  • Mak sendiri tak bagi pergi. Suruh duduk rumah layan tetamu dengan beli barang dapur.
  • Sebab anda apa pun tak boleh.. HAAAAAPE PUN TAK BLEH!


Guys, jangan fikir negatif sangat. Raya nilah sepatutnya digunakan untuk 'impress' si dia dan keluarga dia. Inilah masanya untuk tunjukkan bahawa anda seorang yang berkarisma. Seorang yang mampu fikir secara matang dan positif. Inilah masanya jugak untuk anda kasi 'up' sikit saham anda. Kalau tak, apa bezanya anda dengan awek anda?

Saya percaya keluarga dia juga akan cuba layan anda dengan sebaik mungkin. Lagipun hari baik bulan baik, takkan nak dicemarkan dengan marah-marahkan? Always think positive. Takkan kita datang dengan niat baik, dibalas dengan buruk pulak ye tak?

Akhir kata, saya juga nak gunakan peluang ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan minta maaf sekiranya selama saya berblog ada tersalah taip mahupun terkurang hajor. Assalamualaikum..


P/s: Biar muka tak hensem, yang penting gentleman. Kalau tak, takkanlah bangla boleh dapat awek Malaysia.

7 Komen:

Anies Anessa said...

terasa baca entry awak

boyfie saya kool la sbb sanggup datang beraya sorang2 kat rumah saya

Qaseh Qistina said...

em..kalau laki datang hantar pompuan balik camna lak ek..? dgn slumber je dia datang n sembang ngn famili..padahal baru first time datang umah...

AVE said...

@anies- alhamdulillah :)

AVE said...

@qaseh- sama jugak tu. jenis fleksible. :)

nuargto said...

Selamat Berhari raya di rumah kekasih.. untuk org2 yang masih bujang... ;)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan Batin.. dan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54.. ;)

AVE said...

hahaha....selamat hari raya, maaf zahir dan batin :D

mynn said...

yeahhh it's true! my bf juga sanggup dtg all the way frm kl to kedah semata2 nk beraya dgn my family..sy bersyukur sgt krn dia tau peranannya utk memenangi hati sy & family dan skrg sy benar2 yakin dgn kesungguhan yg dia tunjukkan..moga ada jodoh antara kami..amin.. :-)