Anda Mungkin Telah Dijangkiti Virus Cerai

Assalamualaikum.
Semalam (6/9/11) saya tergerak hati untuk membeli surat khabar sambil sarapan di kedai mamak. Lepas order roti canai telur satu, saya duduk sambil mencari berita menarik di surat khabar Berita Harian. Seperti biasa, tajuk hadapan masih lagi mengenai Mat Sabu dan kisah komunisnya selain berita wartawan Bernama yang meninggal, arwah Noramfaizul. Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya dan dimasukkan bersama golongan yang beriman. Masuk halaman kedua, ada sesuatu yang menarik perhatian saya...



********************
EKSKLUSIF: 200,000 daftar cerai
Pasangan kurang 6 tahun nikah paling ramai berpisah

statistik cerai 2011
********************

Apa yang peliknya, wanita lebih ramai memohon cerai daripada lelaki sedangkan jika dibandingkan pada peratus punca suami/isteri memohon cerai, suamilah yang patut lebih ramai memohon cerai. Kemudian saya kira punya kira punya kira, dimana hilangnya 18.01%? Wallahualam. 

Apa yang pasti, 200000 orang yang daftar cerai tu bukanlah angka yang kecil dan siapa tahu mungkin angka itu akan berlipat ganda 5 tahun akan datang. Contohnya mudah. Katakan dikampung anda ada seorang makcik yang baru bercerai, kemudian dia akan menjaja cerita kenapa dia bercerai. Cerita punya cerita punya cerita, satu kampung bersimpati. Maklumlah, dia orang pertama dalam kampung tu yang bercerai, lagipun orang kampung sendiri kan? Kemudian angkara seorang makcik ini punya cerita cerai, serba sedikit pasti akan mempengaruhi fikiran orang sekeliling bahawa cerai itu adalah cara terbaik bagi setiap permasalahan. 

Mula-mula dua orang je yang terpengaruh, kemudian bercambah dan akhirnya jadilah macam MLM. Lepas tu apa yang terjadi? Apabila sesuatu kawasan tu dah ramai orang bercerai, maka jadilah satu trend yang tak memalukan lagi. Cuba kalau tempat anda masih belum ada kes cerai berai, mau tak malu? Tapi kalau satu flat tu semua bercerai je, meriahlah gamaknye.. Jadi, apabila satu pasangan tu bergaduh, mulalah setan tu menghasut. 

 

Buat apa ko nak bersabar lagi dengan perangai dia? Cerai jelah, daripada jiwa ko terus terseksa. Lepas cerai, ko boleh cari yang lebih baik daripada dia. Entah-entah itu bukan jodoh ko dan jodoh sebenar ko masih setia menunggu di luar sana! Lagipun apa nak dimalukan? Sekarang bukan main ramai orang dah mintak cerai. Sebab apa? Sebab diorang tu pandai, diorang tau yang diorang dah tersilap pilih dan itu bukan jodoh diorang, bukan macam ko tolol! Aku percaya, semua orang akan bersimpati dengan ko apabila ko bercerai dan mereka tau ko tak bersalah. Jadi apa tunggu lagi????CERAIIIIII!!!!

Anda perlu sedar bahawa apabila anda bercerai, tidak kira anda daripada keluarga yang berlatarbelakang agama sekalipun, walaupun bapa anda imam masjid negara, anda tetap silap dan bersalah. Anda salah, dia pun salah. Kerana apabila anda mula mendengar bisikan jahat syaitan itu, dan membenarkannya didalam hati anda, ini bermakna anda telah menutup segala pintu rundingan anda daripada memberi peluang untuk sama-sama membaiki hubungan anda.Maka syaitan durjana pun bukan main bersorak dan berpesta apabila masjid yang dibina runtuh.

Bersambung...


"Menghargai itu adalah lebih baik daripada dihargai. Oleh itu,  hargailah nikmat yang telah diberi oleh Allah s.w.t. sebelum nikmat itu ditarik olehNya"

12 Komen:

mOoN said...

minta la dijauhkan dari perkataan cerai... :takut

AVE said...

insyaallah, kita dijauhkan daripadanya. Amin....

CT NoArIzAh ArIs said...

Kenapa nak bersambung..??
Teruskan aje citer ni kan lagi best!

AVE said...

Haha...Sebab tajuk cerai ni terlalu besar n perlu dikupas lagi. Contohnya:
-hukum dan apa yang membolehkan cerai
-cara2 mengelakkan cerai
-apa peranan kita sebagai luar
dan banyak lagi....

:)

~ Cik Azz ~ said...

Dah takde jodoh, nak buat cmner.. Daripada terus menerus menambah dosa, baik berpisah.. Takde la nak menanggung dosa seumur hidup...

Itu yang selalu kita dengar...

Secara personalnya, aii no komen laa... :D

AVE said...

Kalau gagal bercinta, kata takde jodoh...
Kalau gagal bersama, kata takda jodoh,
Kalau bercerai pun takde jodoh???

Kenapa semua tuding jari pada jodoh??? :D

Miela Tahril said...

g0od entry....sebab tu kne hdp mengikuti peraturan Allah agar Allah menjaga hdp kita....InsyaALLAH

AVE said...

insyaallah saya akan kupas lagi

alinac lover said...

alahai..tkut la cerai2 ni

AVE said...

never think of it! :)

abdul said...

Nabi saw pun pernah bagi tau salah seorang isterinya,

" Kalau kamu mahukan dunia ni (nak kayalah katakan)dari akhirat, maka aku boleh ceraikan kamu."

tapi isteri nabi saw lebih mahukan Nabi saw dari kehidupan dunia.

Maknanya cerai ni memang takdir macam mati dan rezeki. Ada yang pjg umur ada yg kaya................

diena said...

tak de org suka kawen cerai, kalau dh berlaku cerai mmg ada la sbb musababnye.cinta itu buta sebelum kawen, lepas kawen elok2 celik..