Assalamualaikum. Insyaallah dalam beberapa hari lagi, ramadan akan mula melabuhkan tirainya dan saya percaya ramai yang ternanti-nantikan hari raya Aidilfitri. Bagi si anak kecil sudah pasti mula berangan-angan untuk memasang matlamat mengumpulkan duit raya sebanyak mungkin manakala yang dewasa sudah tidak sabar bergaya di hari lebaran. Namun saya yakin tidak semua orang gembira untuk menyambut Aidilfitri.
Pernahkah anda terfikir bagaimana nasib mereka yang tidak berumah atau dipanggil gelandangan. Ketika orang ramai bersuka ria, mereka seperti biasa, mengutip tin-tin ditong sampah, di tepi-tepi jalan kemudian apabila malam mula menjelma, mereka mula mencari tempat untuk berteduh. Sejuk atau malu sudah tidak penting lagi, yang utama mereka selamat daripada dibasahi hujan.
Saya sendiri pernah mencuba merasa menjadi gelandangan, berfikir seperti mereka. Ketika itu saya diShah Alam. Saya cuba tidak menggunakan duit untuk beberapa hari, kemudian berjalan mencari tempat-tempat yang mampu memberikan saya makanan. Alhamdulillah, saya tidak menyangka saya jumpa hasil daripada maklumat kawan-kawan.
Sebuah restoran ada menyediakan makanan percuma, dengan syarat pinggan tersebut dicuci selepas makan. Restoran tersebut dipanggil Kedai Makan Percuma, terletak dihadapan 7eleven seksyen 16 Shah Alam. Ianya dibuka setiap hari kecuali ahad dan cuti umum daripada pukul 10.30pagi sehingga 6 petang.
Info Menu Pusat Makan Percuma.
ISNIN.
Nasi Lemak atau Nasi Berlauk (Ayam atau Ikan Kari Campur Sayuran).
SELASA.
Laksa, Mee Bandung atau Mee Goreng.
RABU.
Bihun Singapura atau Bubur Nasi Berlauk.
KHAMIS.
Nasi Berlauk (Ayam atau Ikan Masak Kicap Atau Sos Tiram).
JUMAAT.
Nasi Berlauk (Ayam Kurma Campur Sayuran).
SABTU.
Nasi dengan Sup Ayam atau Nasi Goreng Kampung.
-sumber tranungkite
Saya kemudian cuba untuk menyelidik siapa pemilik kedai tersebut. Ianya diasaskan oleh tokoh usahawan dan ahli perniagaan, Hj Mohamad Sauffi Hamzah bersama Puan Lieza Abdul Rahman. Syukurlah, masih ada insan yang berfikiran sebegini. Difahamkan juga mereka menyediakan kelas tuisyen secara percuma. Tempat ini juga pernah mendapat liputan akhbar dan televisyen.
Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah dibuat dialamat:
Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, Shah Alam, Darul Ehsan.Semoga mereka yang bersama-sama membantu tempat ini mendapat keredhaan dan syurgaNya.
P/s: Kesal apabila ada pihak cuba mempolitikkan restoran ni..

Posted in: 


4 Komen:
mulia nye pemilik kedai tersebut..semoga Allah melimpah kan rezeki kepada beliau sekeluarga supaye dapat terus memberi bantuan terhadap orang2 yang tidak berkemampuan ini..Amin ..terima kasih untuk entri ini =)
sama2 :)
aku dah tau lama....tempat ni dekat ngan tempat kerja abang aku.
aku benci bila ada org politikkan benda ni...
benda ni start lama dah. sebelum kerajaan selangor bertukar tangan lagi...
semoga owner restoren ni dirahmat Allah.
ye, aku pegi tempat ni pun taun lepas. sekarang dah xtau macam mana dah tempat ni.
Post a Comment