Tahukah anda bahawa personaliti calon isteri/ suami anda boleh diketahui hanya dengan melihat sisa makanan si dia di pinggan setelah selesai makan. Tetapi anda juga perlu lihat kepada faktor sama ada itu makanan kegemaran si dia dan tabiat dia. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak, apa yang pasti baik buruk seseorang itu boleh diubah oleh orang yang disayangnya.
Sisa masih banyak
Jika dia selalu atau kebiasaannya makan tak habis, ini bermakna dia seorang yang pemalas. Apabila disuruh buat kerja, kena suruh berulang kali baru nak pergi buat. Jangan terkejut kalau suatu hari nanti apabila sudah bergelar suami isteri, anda terpaksa makan hati terhadap perangai si dia yang selalu bertangguh sehingga terpaksa mengambil orang gaji untuk melancarkan kehidupan kamu.
Sisa berselerakan
Si dia yang makan tetapi tidak meninggalkan sisa yang banyak tetapi meninggalkan sisa yang berselerakan merupakan seorang yang berubah-ubah mengikut mood. Ada masanya si dia malas namun ada masanya pula dia rajin. Tetapi apabila disuruh buat kerja, kerjanya tidak bergitu sempurna. Pasti ada cacat celanya.
Pinggan licin
Sama ada dia memang seorang yang kuat makan tahap kebulur ataupun memang sifat semulajadi dia, dia adalah seorang yang memastikan kesempurnaan dalam segala yang dibuatnya. Dia juga kemungkinan besar seorang yang rajin dan ringan tulang. Apabila disuruh buat kerja, insyaallah hasilnya kemas dan sempurna.
P/S: Pasangan yang terbaik ialah pasangan yang mampu membimbing antara satu sama lain menjadi lebih baik.


Posted in: 


12 Komen:
schaze ikut mood.
kadang2 abis licin, kadang2 tak abis pulak..
so kategori mana tu? hihi xP
hehe...ikut tengah2.
actually benda ni banyak bergantung kepada individu jugak.:)
Uppps-_-"
BTW,jemput join segmen Lagu MERDEKA Pilihan.
best ouw...
baru taw yg dr cara kite mkn....
malu nyeeeeeeee
tpkan..xcmuenye btol taw...
eheheh
aku makan licin
tapi kalau ada sayur pahit
aku tinggal tepi
err cemana tu ?
=.=
licin..........
farah awang- sama macam gambar yang last tu. still kira licin kalau nasi dalam pinggan tu tak berselerak. :)
dia yang bawah sekali! hahaha
semoga dia kekal macam tuh! :)
cek makan licin ..tp kalau makan nasi goreng jd x licin huhu nice entry
wooo
dia mkn licin la...suka suka
kitorang dua2 kategori yang kedua.. hurmm.. Insyaallah..
lagipun tinggal sisa makanan tu memang membazir lah.. sakit mata tengok..
Post a Comment