Cara Mengetahui Perempuan Dara, Lelaki Teruna


Dara, satu benda yang dianggap sensitif dikalangan orang melayu. Mana tidaknya, apabila kita tanyakan kepada seorang perempuan masih darakah dia, sudah pasti dia mengaku masih dara. Siapa sanggup membuka pekung didada sendiri? Silap haribulan pasti menjadi buruan lelaki hidung belang untuk dilacurkan. Namun respon yang sebaliknya diterima apabila kita berbicara mengenai terunanya seseorang lelaki itu. Maka si lelaki pasti dengan bangganya akan memberitahu dia sudah meragut dara gadis. Sebab apa? Sebab harga dara itu "mahal". Selepas tu mulalah lelaki tersebut berlagak sebagai playboy walaupun lemah batin.

Jadi, dengan tujuan untuk mengajar lelaki untuk lebih mengetahui tentang dara, saya buat satu entri mengenai fakta dan perkara yang perlu anda tahu mengenai dara. Sebab walaupun lelaki selalu dikaitkan dengan menonton video lucah, tapi memang rata-rata lelaki tidak tahu tentang organ wanita ini. Tak caya try tanya kat mana lubang kencing perempuan. Utara ka? Selatan ka? Hehe...


Kemudian  saya tergerak untuk berkongsi pula mengenai cara-cara mengetahui seseorang perempuan itu masih dara. Setelah selesai menulis entri tersebut, saya 'schedule'kan supaya entri  itu keluar pada keesokan harinya. Tetapi belum sempat entri tersebut dikeluarkan, saya mula serba salah. Persoalan utama yang bermain dikepala saya hanyalah:
"Perlu ke aku mengajar orang lain untuk membuka pekung didada orang lain?"
Jadi memikirkan dengan memberitahu cara-cara mengenalpasti seseorang itu masih dara atau tak itu lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan, saya terpaksa tarik balik dan 'delete' entri tersebut.

Cuba fikirkan. Ya, memang dengan tahu seseorang perempuan itu dara atau tak kita dapat pilih seorang perempuan yang insyaallah benar-benar mampu memberikan zuriat yang baik untuk kita. Seorang perempuan yang memang terbukti pandai menjaga dirinya daripada godaan syaitan dan hawa nafsunya sendiri. Tetapi tahukah anda ada sebab Allah sembunyikan sesuatu perkara itu daripada pengetahuan manusia. Sebab apabila kita tahu kebenaran itu, kemungkinan besar hidup kita tidak tenteram dan dihantui oleh perkara tersebut.

Ok, katakan kita tahu dia bukan lagi dara. Sudah tentu majoriti daripada kita akan terus menghukum tanpa bertanya. Sekiranya perempuan tersebut hilang dara kerana kebodohannya sendiri, tidak bermakna dia tidak boleh lagi diberikan peluang untuk membaiki kekhilafan dirinya. Jika dirinya pula dirogol, walaupun ramai yang akan bersimpati, tetapi sudah tentu masih lagi bukan menjadi pilihan isteri terbaik. Lagipun buat apa perlu membuka pekung didada orang lain sedangkan pekung didada sendiri belum tentu sebaik orang tersebut?

Akhir kata, sekiranya memang benar dia hilang dara kerana nafsunya sendiri, insyaallah suatu hari nanti apabila dia sendiri punyai kekuatan dan mula redha, tanpa perlu dipaksa, dia sendiri akan memberitahu bakal suami/ suami dia akan status dirinya sendiri. Begitu juga bagi mereka yang hilang tanpa rela.

Sejahat-jahat seorang perempuan itu, ternyata masih lagi ada kelembutan didalam dirinya. Carilah kelembutan itu, sentuhlah ia dan bentuklah dia sehingga menjadi bidadari syurga dan akhiratmu. Nescaya dialah yang akan membela nasibmu didunia dan akhirat sana.Wallahualam

18 Komen:

Tea Dno said...

ish3.. mana nak tahu lelaki teruna ni? perempuan saja..

tapi, terharu lah baca entry ni.. kita memang tak boleh menghukum manusia lain tanpa tahu sebab..

perempuan.. kena jaga diri baik-baik kan..

G said...

oklah, kalau betul nak entri tu, saya post nanti k :)

anyway, jangan salah guna :)

Cik Ila said...

terharu gile org perempuan baca entri mcm ni...
btul la tu..ape2 pun,peluang tu harus diberi..
kalau bkn kita yg nk betulkan golongan mcm tu,sape lg nk betulkan..
Lagikan Nabi pun ampunkan ummat..ni kan pulak manusia.. ;)

..cik gugu.. said...

nk jugak taw lelaku xde teruna cmne..

wahh suka la ayat last tuh ;)

safiah sokher said...

Ya betul.sangat annoying bila semua asyik nak cerita pasal "camne nak tgk perempuan tu dara".Ya,kekdg kebodohan masa lalu/dirogol tapi tak semestinya dorang tu tak baik.

G said...

yup, annoying giler..

"jangan cari masalah kalau xde masalah"

Miela Tahril said...

memg terharu...lagi2 quote yg kat bwah skali tuh...nak pinjam quote tuh eh...huhu

Clara said...

ada org kta, kite ley tahu lelkai tu ada teruna or tak... lupa cmne..

ada bce kat belog mne ntah..

DiriKu said...

tak selamanya seseorang itu akan berbuat kesilapan..

bLaCk | maWaR said...

quotes last tu buat mata bergenang~ :(

AVE said...

saya faham sebab saya berada dalam situasi itu...

Anonymous said...

bodoh punya admin..len kali xyah lah nak tunjuk baik..tulis title how nak tahu laki or pompuan tu dara ke x..las2 cakap xbaik nak tahu org dara ke x..bengong lah kau..
kalo korang nak tahu gurl tu dara ke x, ko tengok die punye punggung,,kalau punggung die jatuh, sah2 dah ilang dara..lagi, kalo die berjalan, korang tengok tumit kaki die time jalan..time diaorg angkat kaki, ko tengok samaada tumit dia merah balik atau kekal putih..kalau kekal puteh, sah2 xvirgin..n byk lagi actually

liyana punya cerite said...

ANonymous. .ngok tol ko ni. .lantak dye la. .dye kan admin. .suka aty dye la nak letak apa pon . .ni blog dya. .haha. .anonymous,kalo pmpuan tu gemok lak. .mcm ne nak tgok punggong dye. .ksmpulannya,pmpuan tu yg lbeh taw sama ada dya dara or x :)

AVE said...

Anonymous- Orang lain hidup nak jadi lebih baik, yang ko ni hidup nak kekal jahat, giler ke hape? haha..
lebih baik ko xyah tau pasal dara ni sbb kalau ko tau, sok2 makan diri balik. :)

Anonymous said...

mcm2 ah korang ny..
dew jew y x kne
pesal tau.... :)

Anonymous said...

Ape lah nak dikecohkan pasal dara..redha je la..x yah nak kecoh3 nak tau mcam mane..senang cite ko pegi try maen..tau la nanti..entry:yang baik akan bertemu baik bagi diri nye..yg jahat plak paham3 la ye..sesungguhnye Allah itu maha adil dan penyayang..

basir bin rurung said...

SENANG JE CARANYA KALAU NAK TAU PEREMPUAN TU MASIH DARA KAH TAK..

basir bin rurung said...

SENANG JE KALAU NAK TAU PEREMPUAN TU MASIH DARAH KAH TAK..