Cuba Teka Apa Isi Artikel Ini... [Perempuan HARUS Baca]

Cuba anda bayangkan, suatu hari, ketika anda berjalan keseorangan lewat malam, di sebuah tempat awam, sama ada di taman, padang, pantai, atau juga melewati lorong-lorong kedai dengan niat untuk mengambil ketenangan. Mungkin juga anda pergi ke surau atau masjid yang berdekatan dengan niat yang sama. 

Kemudian, ketika anda memandang ke langit, anda kagum, melihat keindahan bintang-bintang yang bersinar terang sambil mengucapkan 'Allahuakbar'. Mungkin sebelum ini anda bukanlah seseorang yang biasa melafazkan nama pencipta anda, tapi entah kenapa waktu itu anda tergerak untuk melafazkannya..

Ketika anda berjalan pulang ke rumah, tiba-tiba anda terdengar satu bunyi yang aneh.. Anda tercari-cari datangnya bunyi tersebut, kemudian di satu sudut, anda terlihat satu objek. Dengan perasaan ingin tahu, anda mendekati objek tersebut, dan kemudian anda terlihat....



Seorang anak kecil yang sempurna fizikalnya sedang dibaluti kain putih.. Mukanya yang putih gebu serta montel dengan matanya yang masih lagi tidak mampu dibuka, sedang menangis teresak-esak kerana inginkan susu ibunya.. Anda menyentuh tangannya yang sudah mula kesejukan dan dahinya yang sudah mula panas. Apa yang akan anda buat??? Sanggupkah anda membiarkan anak kecil yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan hidup anda itu mati?

Sekiranya peristiwa itu berlaku terhadap anda dan anda menyelamatkan anak itu, tidak ada apa yang mampu aku ucapkan selain doa moga anda dimasukkan ke dalam golongan-golongan yang soleh dan ditempatkan bersama hamba-hambanya di syurga Allah. Apalah nasib bayi tersebut dibuang oleh ibu bapanya yang baghal macam unta padang pasir.

Petang tadi (jumaat 8/7/11) aku sempat menonton satu cerita di TV3 iaitu Jalan Taqwa mengenai 'anak singkong' bermaksud anak pelacur. Sebuah cerita yang menarik, seorang anak pelacur yang suka mengaji tetapi dibenci orang ramai hanya kerana dia seorang anak pelacur. Oh kesian.... Kadang-kadang aku amat marah dengan pasangan masa kini yang langsung tidak fikir panjang apabila buat sesuatu keputusan.

Sekali lagi cuba anda bayangkan.. Sekiranya anda seorang ibu yang telah 'berkahwin tetapi belum bernikah' yang cuba buang anak itu di longkang, di tangga surau mahupun flushnya kedalam mangkuk tandas, pandanglah mata anak tersebut. Apa agaknya anak kecil itu sedang fikir?


Mungkin anak itu sedang katakan kepada anda:

Ibu-ibu, nanti dah besar abang nak buat ibu bangga tau. Abang nak jaga ibu dan takkan buang ibu kat rumah orang tua. Nanti dah besar ibu duduk je kat rumah, abang kerja dapatkan banyak duit lepas tu nak belikan ibu rumah baru. Kalau ibu sakit, abang jaga ibu sampai sembuh. Kalau ibu dan nazak, abang janji abang akan bisikkan selawat di telinga ibu. Kalau ibu dah meninggal, abang akan sentiasa ziarah kubur ibu dan sentiasa doakan ibu senang di akhirat. Abang taknak ibu masuk neraka. Abang saaaaaaaaayang ibu! Ibu, terima kasih ea sebab dah lahirkan abg...

Bagaimanapula ketika anda ingin tinggalkan anak tersebut, tiba-tiba anak kecil itu berkata:
Mama......Mama....
Sambil tersenyum kepada anda dan cuba menyentuh muka anda.. Sanggupkah anda buang anak itu? 


Nasihat aku, seandainya perkara itu terjadi kepada anda, janganlah dibuang anak itu. Terima sajalah dia seadanya kerana setiap perkara itu ada hikmah. Biarlah anda dicerca sekarang kerana anda sememangnya layak dengan cercaan tersebut. Kemudian didiklah anak tersebut dengan baik dan menjadi insan yang berguna. Semoga suatu hari nanti dialah yang akan menjadi 'guardian angel' anda. Ambillah pengajaran daripada kisah Mariam dan Nabi Isa.


Assalamualaikum...

12 Komen:

aeda said...

artikel yg harus dibaca..

G said...

@cikgugu-thanks :)
@aeda-thanks :)

azs said...

Ya Allah, moga perbuatan itu tidak akn terjadi kepada diri kami semua.. Bila lihat baby kecil, comel sangat.. tak kira anak apa pun mereka, mereka masih suci.. kita yg akn mencorak mereka..

G said...

ye. I love babies :)

~wani~ said...

bila tgk muka baby..suma masalah hilang ;)

G said...

ye, sejuk je hati..

AmyZana said...

waloh waloh waloh
comey baby tu :) gebu! <3

Ailya Insyera said...

adoiiai comel gila baby tuu

G said...

:)

MinEs ErNa said...

sy sudah baca:)

safiah sokher said...

Sedih tengok bayi-bayi ni. :'(

G said...

nanti saya nak buat satu contest. photo contest untuk babies :)