Minta maaf sebab aku terlalu sibuk akhir-akhir ni sehinggakan nak menulis entri pun aku tak sempat. Jadi, entri ni aku petik daripada forum halaqah untuk menjawab persoalan korang mengenai dara seperti apa itu selaput dara, macam mana bentuk selaput dara dan fakta mengenai selaput dara.

APA ITU SELAPUT DARA??
Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.
ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?
TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.
APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?
Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.
Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.
![]() |
| jenis-jenis selaput dara |
APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?
Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.
Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.
APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?
Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan jimak buat kali pertama.
Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan jimak buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.
Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan jimak untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.
Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

Posted in: 


36 Komen:
yup..byk sebab dara boleh hilang bukan pasal hubungan seks je..tapi maruah penting utk dijaga!
jijah ade buat entry pasal ni.
Apa itu selaput dara
:)
yang ni terbaik betol2 kadang2 melakukan sukan yang terlalu lasak pun boleyh menyebabkan kehilagan okeyh,, ni cikgu sekolah yang bagi tau dulu ;)
yg plg pntg xpernah terlanjur.. dara tetap penting dlm memilih calon isteri. jgn korg kena tpu idop2 suda..
yeah...bagi bukak sikit mata lelaki otak ciput nih...haish..tetiba emo XD
Singgah baca entry nie, he3...
membaca..
first time tgok jenis2 selaput..
Bawak motor pn boleh jugak memecahkan...
kepercayaan itu penting..percaya pada bakal atau isteri.insyaAllah dapat mengelakkan tanggapan yg bukan2 :)
betol3
tq for the information.tapi...tak sangka lak ada yg lahir mmg takde selaput dara
betul tu zi, kepercayaan adalah segala2nya.. :)
ye betol tu setuju..selaput dara boleh pecah ketika melalukan aktiviti lasak.
tq for that info
nak bertanye.,.
semasa bersetubuh lelaki ini telah mngeluar kan air mani nye dan pada masa yg same ade darah yg kelauar dari kemaluan wanita (darah dara kot),.sye ingit bertanya adekah air mani itu akan keluar bersama2 darah tersebut.,dan ade kah proses kehamilan tidak akan berlaku??
Jawapannya ya dan tidak. ya, air mani yang dilepaskan didalam faraj akan mengalir keluar tetapi tidak kesemuanya. Ianya umpama mitos membersihkan air mani yang terdapat didalam faraj menggunakan air. Apabila berlaku ejakulasi yang menyebabkan pancutan air mani didalam faraj, maka peratus untuk kehamilan agak tinggi.
nk tnye .. darah dara tu hnya akn kluar sekali je ke ?
setahu saya hanya sekali. sebab darah itu terjadi daripada selaput dara yang koyak. Tapi taktahulah kalau menggunakan produk kesihatan/ jamu mampu mengembalikan selaput dara tu.
Selaput dara tu penting tapi rasanya cinta itu melebihi segalanya..ramai juga lelaki yang tak kisah sangat pun pasal dara ni jika dah suka seseorang tu..selagi wanita itu jujur
Sekadar pandangan picisan..
org melayu suka benar memberatkan dara sampai mudah benar buruk sngka kalau takde darah etc.
katakanlah permpuan tu penah jimak sekalipun dan lepas tu bertaubat n menyesal, tak pun kena rogol, jadi takde nilai la? jgn terlalu cetek pemikiran. jgn nilai org tu pada masa lepas dia. ada yg diberikan hidayah n jadi lebih baik dari org yg jaga dara dia tapi agama entah ke mana. pkiran tu jgn cetek sgt la.
ikhlas dari gadis yg masih ada dara
yup, sebab tu saya buat entri lanjutan kerana kebanyakan daripada kita terlalu mudah untuk menghukum seseorang tanpa memahami dia.
http://www.akalemosi.com/2011/08/cara-mengetahui-perempuan-dara-lelaki.html
adaker suami hisap dara isteri?
Sya mangsa rogol tetapi lelaki trsebut bhenti saat darah sya kluar..kjadian tu swaktu sya dlm tempoh hujung haid..sya nak pastikn adakah darah yg kluar itu darah haid atau dara? Darah saya yg keluar tu sedikit kental.
ada beza kew dara dengan selaput dara....
tp mcm mne nk tahu kte di tahap mne?
kdg2 mgkn x prasan yg mende tu da x de?
aku suka pecahkan kepala org je,dara x main.dosa.
aku suka pecahkan kepala org je,dara x main.dosa.
Alahai, ape susah & rumit sgt ni? DOSA ttp DOSA. HARAM ttp HARAM & ZINA ttp ZINA. Bt per pk bbelit-belit.
picture kat atas 2 x bape nk jelas la... yg jenis2 slaput dara..
Saya baru berkahwin dan melakukan hubungan kelamin dengan suami. Semasa melakuka ada darah keluar dari faraj. Adakah itu darah dara?
Ada pndangan mengatakn kali prtama melakukan seks...kmaluan wanita akan sdikit skit krn tusukan drpd zkar lelaki..apbila kepala zakar mmbuat tusukan pd lubang faraj dan trkena selaput dara maka tekanan zakar pd slaput dara dgn kuat dpt memecahkn dara supaya zakar dpt disalurkn smpai ke dasar faraj..dan ketika itu wanita ada berasa skit pd kmaluannya...brgntung pd bentuk faraj dan dara...jika kcil maka zakar nk ditusuk ke faraj agak susah la tambahan pulu jika kemutan faraj dilakukan oleh wanita...jdi, bila hubngan seks suami isteri hndak dilakukan maka ia memerlukan krjasama dan sling memahami..agar hbngan seks yg dibuat mndpt kepuasan brsama...dan kepada wanita jgalah dara elok2...agar dpt mnkmati kpuasan dan kebhagian brsama suami pd mlm prtama....ok, peace yaw!
melancap blh hilang dara gak ke...?
mcm mane nk tahu pompuan tu dh penah brsetbuh bnyak kali pula?
MACAM MANA PULA DENGAN PEREMPUAN YANG BERONANI SEHINGGA PECAH DARA ? WALAUPUN DIA TIDAK PERNAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS ?
i lost my virgin while 'onani', and i never have sex before.. hey guys! don't you wanna marry me just because i don't have "THE VIRGIN" ? :'(
Post a Comment