Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?
Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.
Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.
Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”
Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.
Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Posted in: 


30 Komen:
ahaa setuju....! =p thnx!
no problem :)
uhh.. uhhh.. tacing ni.. yeah, it's true though~ :D
"Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..."
saya setuju dgn ayat kat atas ni coz pernah alaminya..
@daun-thanks :)
@aeda-me too
perempuan menangis bukan kerana lemah dan simpati.suka statement tuh.wake up guys learn more about girl's heart.
aku bukanlah nyah sampai nak jaga hati perempuan, tapi aku tak suka tengok perempuan menangis.
ana setuju 100%
perempuan memang mudah menangis kerana lelaki..cuma sebahagian lelaki ini terlalu ego untuk melihat kesilapan
betul tu....
n menangis ni act satu terapi.. tgk cerita lepas tu nangis, mood leh jd hapi tetibe lepas tu..so jgn anggap kami lemah sebab nangis k
huu touching kot baca entri ni :')
ok sedih ..:)
nice entry ! love it ! ^_^
nice one. :')
nicee..betoll...
perempuan juga ada ego...hmmm
tak sanggup kena tinggall..huhu
wahhh setuju dengan ini ;)
nak pinjam ayat sikit ea :)
nk share ye . :)
share je k :)
love it....
:)
aku kekadang buat gak wifey aku nangis..hehehe..
tapi yang penting kena tau pujuk balik je..tak elok woo buat pompuan nangis lama lama..
sedey...rase nak nanges plak. hehehe...
betol tu..rase sedey la palk..huhu..tp hawiz xwat jahat kt saper2 tau..
info tentang menangis di SIHAT SELALU - Kenapa Perempuan Lebih Banyak Menangis
sya stju sgt2...mmg kna btg idung sndri ni..like3..:p
betoii ! nangis sebab dah x tahan nak nangis dalam hati
nak mintak izin share entry ni ye :)
waaaaaaa!!! tgh sedih!!
serious!!!
aaaaaaaarrh!! sgt setuju dgn entry nie!!!
huhuhuhuh
;-)
terharu bub ade yg pham...nk copy then ltak link u bole x??
copy je k.boleh2
Post a Comment