7 Tips & Cara Menjatuhkan Ego Lelaki


Nak memenangi hati ego lelaki? Sesungguhnya lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan. Telah menjadi lumrah alam, ciri maskulin ini pasti akan ada dalam diri setiap lelaki termasuk aku. Bukan sengaja dibuat-buat, tetapi memang telah ditanamkan dalam diri lelaki. Baru-baru ini aku dapat satu soalan daripada formspring aku, "boleh bagi cara nak jatuhkan ego lelaki?". Sudah tentu perempuan yang menghantarnya bukan?

Sebagai seorang lelaki, jawapan aku mudah saja. Hargailah lelaki dan sentuhilah dasar hatinya. Sudah pasti bukan mudah, terutama untuk menyentuh hati seorang lelaki yang pernah merendahkan egonya demi seorang perempuan yang disayangnya namun akhirnya berpaling daripadanya... Jika anda sebagai seorang fikir mampu mempermainkan maruah seorang lelaki dengan menjatuhkan ego lelaki, cubalah. Jangan pernah bermain dengan ego lelaki, terbakar diri nanti! Jadi, macam mana nak menyentuh dasar hati lelaki? Ikut langkah di bawah. *Kalau nak terus jatuhkan ego dia baca terus step 7*

1.BERSABAR
Untuk menjinakkan ego seorang lelaki perlukan kesabaran yang tinggi kerana lelaki juga sukar diduga. Anda perlu bersiap sedia untuk disakiti, dimalukan, apatah lagi diperbodoh apabila segala usaha anda tidak berhasil dan hanya sia-sia.


2. FAHAMI DIA
Fahami dia dalam erti kata lain ialah anda belajar menjadi stalker. Fahami dia adalah kunci kejayaan anda. Sedangkan dalam berperang, tentera juga perlu memahami strategi musuhnya untuk menang, jadi gunakan taktik yang sama! *Haish…Kuat berimiginasi aku nih…*  


3.HORMATI DIA 
Pertama sekali ialah belajar menghormati dia. Jika anda berharap si dia menghormati anda, anda perlu hormati dia dulu. Namun berbeza bagi setiap lelaki itu untuk belajar menerima apa yang anda cuba lakukan. Ada sesetengah lelaki akan beranggapan sudah menjadi lumrah alam perempuan tunduk dan patuh padanya. Malahan ada juga yang memahami dengan membalas kembali apa yang diberi. Apapun, menghormati itu adalah kunci kepada langkah yang seterusnya.
Arghhh...Apsal mulut ko busuk!!!

4.JANGAN BERTEKAK DENGAN DIA
Berhenti daripada mewujudkan suasana tegang antara anda. Jikalau anda rasakan dia tidak boleh menerima pendapat anda semata-mata untuk dia merasakan maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar dia saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, dia akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin dia akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Apa yang penting, jangan sentiasa berharap untuk menang dalam setiap perbalahan dengan lelaki. Kerana ada hanya akan meninggikan egonya.


5. HARGAI DIA
Tahukah anda, kita di Malaysia ini terlalu disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang terlalu kompleks sehinggakan terikut-ikut dengan cerita tersebut. Anda tak perlu bersusah payah terkejar-kejarkan si dia. Apa yang anda perlu ialah hargai dia. Jadikan tiap-tiap hari adalah hari untuk menghargai dia bukan hanya satu hari saja seperti yang dilakukan mereka yang menyambut Valentine’s. Ucapkan terima kasih sudah memadai. Penghargaan ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan!


 6.SAYANGI DIA
Cuba renungkan kembali kenapa anda ingin jatuhkan ego si dia.. Adakah kerana cinta? Atau adakah kerana anda telah tercinta si dia? Tanpa anda sedar, sebenarnya anda telah sayang pada dia. Ada sebabnya kenapa ego si dia diciptakan mempunyai ego, kerana si dia telah mewarnakan hidup anda. Jadi, anda mempunyai dua pilihan, jika anda ingin menjatuhkan ego dia semata-mata anda benci dia, baik anda menjauhkan diri anda daripada dia, kerana kelak apabila si dia sudah tiada, pasti anda akan teringat pada dia. Atau anda teruskan menyayangi si dia dengan menunjukkan kasih dan sayang anda pada si dia. Biarkan si dia tidak mengerti, lama kelamaan pasti si dia juga akan mula sayangkan anda. This is law of attraction! Apabila satu hati mencintai yang lain, satu lain tidak mencintai sebagaimana dia dicintai.


7. JANGAN MEMALUKAN DIA
Kalau anda benar-benar menjatuhkan ego dia, malukanlah dia dihadapan orang ramai. Ya, kemungkinan besar dia akan berlalu pergi daripada tempat itu malahan mungkin juga akan menangis. Mungkin itu yang anda ingin lihat sebagai seorang perempuan. Ops…Bukan perempuan, perempuan murahan. Kerana apabila anda menjatuhkan ego si dia apatah lagi menjatuhkan maruah dia di khalayak ramai, anda juga telah memalukan diri anda sendiri. Tetapi ingat, hidup anda tidak akan aman lagi kerana dibayangi oleh si dia yang pada bila-bila masa akan membalas kembali apa yang anda lakukan. Mungkin si dia akan kembali untuk meragut nyawa anda, atau mungkin orang yang anda sayangi. Siapa tahu, ego lelaki mampu bertindak lebih daripada  segalanya!*Ops...teremo ;p*

LELAKI MAMPU BUAT KERJA GILA!
P/S: Lelaki mampu jadi bidadara dunia anda mahupun iblis.

16 Komen:

amir aizat said...

interesting! thanks sharing,hehe

D`littleye said...

haa trima kasih ego laki sggup nk mlukan pmpuan ea..sian pmpuan..;)

G said...

sesama dan ty sebab sudi datang. nanti aku kupas lagi k.kepala berserabut.haha

anamizu said...

belajar menjadi stalker...hemmm =)


*ada info psl al-quran palsu..
jom singgah di blog cik ana

syud said...

hahha..ingat nk komen..tapi mcm..
hmm..
no komen hahhaha
sbb xjumpa la lagi laki yg btul2 ego tahap.. slalunya...
jenis yg cillek2 jer..huhu

juzMe said...

hermm...maaf la sy sbnarnye kurg stuju.sbb smua ni mybe akn mmbuatkan sesetengah lelaki naik lemak.mybe awk lelaki,awk bleh la ckp cmtu.tapi smpai bile pompuan nk kne thn sbr je ngn ego lelaki?

✿ gadis biasa ✿ said...

tersentap dgn no.7
huuuu :((

Ana Diera said...

so mean kite perempuan nak kene sanjung lah ego laki ni ye? kene tunduk je ikut cakap dia. aduhh susah la cmni. abes ego prempuan lak cmne?

Aziri Pauzi said...

Gua respect lu bro ! terbaek la entri ni..

gua suka !

pengakuan ikhlas dari orng yang dah merasa ego yang makan diri,

Mejah.

totallymejah.blogspot.com

sha my heart said...

Nak kena cuba la ni. terasa beratnya nak buat tapi terpaksa. Semoga saya akan berjaya.

Anonymous said...

apehal plak pmpn nak kena sanjung ego lelaki? bukan mati pun kalo lelaki tu nak rendah kan ego nya. perhubungan makin bahagia ada lah

vylz said...

npa La llki ada yg ego ada yg x..tp aq supp0rt lau hormat tu,.by the way..kita waspada je la.hehe

Anonymous said...

Kenapa perempuan je kene phm lelaki..semuanya bekisar ttg perempuan yg kene bsabar kene itula inilah..bkn ke kalau dlm rumahtangga atau becinta spttnya kene same2 menjaga hati spouse kt..kerana perempuan juga manusia yg ada perasaan..

Anonymous said...

Btol tu..knp pmpn yg harus tunduk ngn ego lelaki? Pmpn pon ada ego juga...kalo dia mara n malukan kt..dh tentu kt kena bls...kecuali dia adlh suami kt yg sah..kt harus tunduk..jgn bg llk jd naik lemak

Anonymous said...

Kita dah lakukan apa yg tertulis kt atas tu.. Lelaki tak boleh dimalukan.. Mknenye lelaki boleh malukan perempuan lah? Kalo perempuan malukan lelaki dipnggil perempuan murahan.. Kalau lelaki dipanggil apa pula bg yg malukan perempuan?? Bersabar mmg lah perlu dlm setiap perkara tapi xkan perempuan je nk sabar?? Lelaki xperlu sabar ke??

Pencinta said...

Betul tuw semua kne pompuan kha y mengalah. . .mentang2x laa org da syg giler kat dia. . .dia nk s'suka aty jaa nk tinggikn ego. .cian betul jdi pmpuan ney....snang2x jaa kne mngalah demi utk pertahankan perasaan lelaki y d cintainya...

SOOO SADDDDD :'(