Tuhan Berikanlah Aku Cinta!!!

Umpama seorang pemancing yang melepaskan kembali ikan yang ditangkap, tanpa mempedulikan kesakitan yang dialami oleh ikan tersebut....Kesakitan kerana cedera dimulutnya gara-gara terpedaya dengan umpan yang terlekat pada mata kail yang tajam, kerana sangkanya, umpan itu akan memberi kekenyangan padanya untuk meneruskan hidup...Kenapa tidak disimpan saja ikan itu untuk dibuat masak tetapi membiarkan ikan itu hidup dengan parut derita? Mungkin juga salah ikan itu, kerana terlalu lalai sehingga lupa untuk membezakan antara derita dan bahagia.

Begitulah juga seperti manusia. Kadang-kala ketika hati berkeras untuk mempertahankan cinta yang masih belum  menjadi milik sesiapa dihati, tetapi oleh kerana sifat manusia itu sendiri pada awalnya diciptakan dengan hati yang lemah lembut, telah membuatkan cinta itu ditawan sedikit demi sedikit. Daripada sebuah perhubungan yang hanya berdiri diatas jalan yang bernama kawan, kemudian sehari demi sehari mula mengorak langkah setelah harapan diberi, sehinggalah jalan itu berakhir dengan simpang. Di simpang itulah yang telah mengubah hidup kau. Kerana disitulah kau bertemu dengan pembunuh cinta kau. Cinta yang diharapkan supaya menjadi cinta pertama dan terakhir, hancur hanya kerana seorang insan yang tak tahu makna cinta dan mahalnya harga cinta pertama tu.

Jika kau masih terluka kerana cinta, bersabarlah.. Semakin lama kau bersama dengan si dia, semakin sukar untuk kau melupakan si dia. Mengharapkan hilangnya parut dihati umpama mengharapkan bulan jatuh ke riba. Semakin kau lari meninggalkan kisah silam cinta yang menjerut leher kau, semakin kuat jerutan itu.Kau kena mula belajar untuk menerima kenyataan. Kau kena mula berfikiran positif bahawa kau patut bersyukur kerana tuhan telah menunjukkan kau ke jalan yang benar. Kau telah diberi peluang mencari cinta sebenar kau. Mencari teman hidup yang benar-benar mampu menghargai diri kau seadanya. Yang mampu mengelap tangis ketika kau bersedih, yang mampu membuat hari-hari kelam kau cerah kembali, yang tak akan tinggalkan kau walau sesusah mana halangannya dan yang paling penting, yang mampu menjadikan kau seseorang yang lebih baik.

Jika kau rasa tidak ada seorang pun yang mampu untuk membantu kau, maka disitulah DIA ingin kau kembali padaNYA. Mulalah menadah tangan kelangit dan bermohon kepada DIA yang telah memberi peluang kepada kau untuk hidup di dunia. DIA yang telah menyatukan nyawa dan jasad kau sehingga bersatu menjadi makhluk yang dicemburui oleh para malaikat dan iblis. Jika hari ini kau berdoa, dan esok masih tiada jawapan, teruskanlah berdoa. Berdoalah moga diberikan kekuatan dan pertemukanlah jodoh kau semoga kau menjadi hambanya yang kembali taat. Seperti mana yang kau lafazkan dulu kepada NYA sebelum kau dilahirkan ke dunia, sebelum nyawa dan jasad bersatu, iaitu meninggalkan segala larangannya dan mengikut segala suruhannya.

Wa sendiri bukanlah orang yang sempurna. Wa sendiri dah pernah buat banyak dosa besar. Daripada 80 dosa-dosa besar, boleh dibilang berapa je dosa yang wa tak lakukan. Wa jugak dah banyak kali putus cinta. Putus cinta kali pertama memang menyakitkan. Wa sendiri susah nak laluinya. Tapi wa percaya, semakin banyak wa putus cinta, semakin dekat wa dengan cinta sebenar wa. Alhamdulillah, sekarang wa dah jumpa. Doakanlah wa kekal bersama si dia sehingga akhir nyawa. Semoga kau juga mampu mencari cinta sebenar kau. Asalkan jangan berkawan dengan PUTUS ASA! Kerana kau layak mendapat cinta sejati!

17 Komen:

-ini diary saye- said...

hope so... =)

sha said...

entri ini seperti memberi nasihat kepadaku pada saat ini..Terima kasih.

aku ingin mencari kawan utk meluahkan. Namun, semua ada hal masing-masing.

Sara Zainal said...

terima kasih kawan..mcm kau tahu2 aku tgah kecawa waktu ni..kau bagi aku semangat...=)

G said...

no problem. :)

cik fza said...

kalu jodoh pasti tak ke mana...

cik fza said...

kalu jodoh pasti tak ke mana...

G said...

yup. tapi kalau x berusaha mencari, xkan datang bergolek..

kirani+mia said...

so sweet..:)
nk link kt entry sy bleh..???

G said...

boleh ambil je.

pipoq said...

asasnya, cinta tu memang lahir bersama manusia..fitrahnya suci murni..

kalau bercinta, cuba la untuk memastikan cinta tu bersandarkan cinta kepada Allah..Tak cukup dengan hanya berdoa agar cinta tu kekal abadi tapi harus mematuhi setiap panduan yang telah ditetapkan..kemanisan cinta tu bila bersandarkan cinta kepada Allah pasti akan lebih terasa manisnya...

littlebibik said...

dlm cinta ni kena give n take kan..barulah sejati n forever.. :)

Miss Silent said...

mencari cinta mmg sukar.masa yg lama utk jumpa yang sememangnya untuk kita.tahniah dah jmpa dengan si dia.:)

najihah sahami said...

suka sangat entry ni.

najihah sahami said...

suka sangat entry ni.

La Ainaa~ said...

wanna shre in my fb..thx yee,,,

shafiqahaimanina said...

sangat terkena pada diri sendiri. :') thanks! :) mogamoga menjadi pendorong lah. :)

syasya said...

semoga kekal bahagia dengan cinta sejati anda sekarang =)