Tips First Date yang HOT!!!

Apabila bercerita tentang first date, tidak kira lelaki atau perempuan, masing-masing akan terfikir apa yang perlu dibuat pada first date. Apapun matlamat first date adalah untuk saling mengenali. Jadi jangan rasa kekok, gunakan peluang yang ada untuk mengenali satu sama lain. Just take it easy, chill and enjoy it~~~

1. Jangan asyik bercerita tentang diri sendiri saja. Sepatutnya first date digunakan lebih saling mengenali antara satu sama lain. Gunakan peluang yang ada untuk lebih mengenali si dia.

2. Pastikan telefon anda di 'silent' kan untuk tidak mengganggu date anda. Jika selama seminggu itu anda busy terima panggilan call tak habis-habis seolah-olah anda operator bergerak, tidak bolehkah sehari itu saja anda silentkan telefon anda hanya untuk kebaikan diri anda sendiri? Relax dan enjoy date anda.


3. Jangan sesekali mengambil mudah first date anda! Ini kerana first date akan memberi first impression si dia terhadap diri anda. Jika anda ingin membuat si dia rasa andalah yang terbaik dan ingin buat si dia merasa istimewa, gunakan first date anda dengan sebaiknya.



4. Pastikan anda memberikan penampilan yang terbaik dengan memilih pakaian yang terbaik. Tetapi fikir ke mana anda akan pergi untuk first date anda. Kalau anda akan menghabiskan first date anda dengan pergi ke tepi pantai yang panas tetapi anda memakai sweater tebal kesukaan anda semata-mata nak nampak cool, tak panas ke???



5. Jaga percakapan anda. Jika sebelum ini anda kuat mencarut, cuba tahan carutan itu dan jangan memalukan diri sendiri dengan perkataan-perkataan yang kurang matang. Kalau tak tahan, hisap je lolipop. 

6. Jangan bercerita tentang kisah anda bercouple pada masa lalu. Bukan tidak boleh berkongsi cerita mengenai kenangan lepas anda, tetapi bukan masa yang sesuai untuk first date.

7. Paling penting pastikan anda sentiasa memberikan 'eye contact' ketika dia sedang bercakap apatah lagi memberikan perhatian ketika si dia bercakap. Jangan buat si dia seolah-olah orang gila yang bercakap berseorangan...

8. Pastikan anda memakai perfume dan bau perfume itu tidak keras sehinggakan membuat orang di sekeliling pening. Satu hingga dua semburan / bauan yang lembut sudah cukup untuk membuat suasana romantis gitu!

9. Tinggalkan segala masalah anda dirumah dan dipejabat. Jangan sibuk untuk bercerita tentang masalah anda dan cerita-cerita drama nerd anda 24 jam. Cuma FOKUS saja pada si dia. 

10. Cuba berborak mengenai perkara-perkara yang lucu dan informatif. Tetapi jangan bercerita tentang politik atau apa saja yang anda rasakan akan memberi pendapat yang berbeza. Cuba jadi seseorang yang menarik tetapi berakal. Buatlah si dia rasa gembira dan terhibur dengan anda.

11. Perhatikan bahasa tubuh si dia. Jika dia kelihatan sering kali melihat jam, itu bermakna si dia sudah merasakan bosan dan ingin balik. Jadi buatlah sesuatu untuk menghilangkan bosan itu. Namun jika si dia mengangkat punggungnya ketika duduk, berhati-hati! Dia ingin kentut!

12. Jangan sesekali untuk mengambil kesempatan pada first date! Jangan pernah terfikir untuk pegang tangan si dia apatah lagi memeluk pinggang si dia. Pasti akan menakutkan si dia. Tetapi ianya terpulang kepada bahasa tubuh si dia. Jika dia kelihatan perlukan sentuhan anda, anda fikirkanlah yang terbaik.


13. Jangan sesekali untuk mengkritik penampilannya pada hari itu. Berikan pujian pada si dia kerana si dia pasti telah cuba yang terbaik untuk nampak terbaik di mata anda. Jika anda benar-benar ingin mengkritik, pastikan anda tidak akan melukakan hati si dia. Kritiklah dengan cara yang betul, atau malu si dia nanti!

15 Komen:

laskar pelangi said...

pakar cinta. Hot lah tips2 tu..;))

Inche Vampire said...

erk? yang kedua agak la wei! haha

Freaky said...

first date aku sempoi je tapi gile nerves.. naseb bek awek aku terima seadanya. hak2

ishiko said...

first date sy fail.. kahkahkah..
sbb terlampau segan d nk blk cepat :b

G said...

@laskar pelangi: ty :)

G said...

@vampire:hehe ;p

G said...

@freaky: biase ar bro...

G said...

@ishiko:aik? hehe....mesti menggelabah giler time tu kan???

safiah sokher said...

first date aku cam bengong je.ahhh that doesnt count i guess.dah clash pun.muahahah

G said...

hehe. have a good dates next time.

pipoq said...

bahaya no 12 ni.. "Jika dia kelihatan perlukan sentuhan anda, anda fikirkanlah yang terbaik.

hehehe..kalo first date dah nak main cuit cuit kang lain lak jadinya..

Miss Silent said...

mesti 1st date berjaya lepas dpt tips ni. bravo!

G said...

@pipoq-sebab tu aku letak perkataan 'fikirkanlah yang terbaik' ;)

G said...

@silent-insyaallah

Qaseh Qistina said...

dah langgar tips no 2.ahaha..nervous punya pasal, msg housemate..ahahaa...