Lelaki Ini.....

Sudah lama kita saling mengenali.
Cukup lama sehinggakan daripada matamu aku tahu segalanya.
Tentang dirimu dan juga kawan-kawanmu...

Cukup lama sehinggakan aku sentiasa hadir untukmu disaat sukar dan sedih..
Bahkan ketika engkau sedang kesepian, keseorangan...
Aku jugalah yang sering meminjamkan bahuku...
Menjadi tempat untuk engkau meluahkan kesedihan dan mengelap tangismu...

Hadirnya aku kedalam hidupmu untuk mewarnai duniamu..
Mengukir senyuman dibibirmu...
Dan menjadi mataharimu..


Tetapi aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan...
Akulah lelaki yang amat menyintai dirimu. 
Lelaki yang menghargai dirimu lebih daripada diriku sendiri.
Namun, aku juga seorang lelaki yang tak mampu meluahkan cintaku padamu...  
Terperangkap diatas nama kawan dan kekasih....

Engkaulah seorang gadis, yang tidak tahu aku menyintai dirimu..
Yang menerima cinta ini tapi tidak tahu bahawa itu cinta.
Membuatkan aku kelihatan seperti orang bodoh....

1000 kali telah aku cuba untuk luahkan perasaan ini...
Tetapi terpaksa aku pendamkan... 
Kerana aku amat menyayangi dirimu.. 
Walaupun memendam rasa ini membuatkan aku hampir gila...

Dalam kesedihan...
Walaupun airmataku mengalir, tetap aku bahagia...
Kerana aku masih ada kamu disisiku...
Sebagai seorang sahabat...

Biarlah aku mengorbankan rasa cinta ini...
Asalkan aku masih ada kamu..
Aku akan sentiasa berada denganmu setiap masa tanpa kau sedari..
Kerana aku amat merinduimu..
Dan sentiasa memikirkanmu..






Sebenarnya ini adalah lirik daripada lagu One Man- Kim Jong Kook. Tapi aku ubah-ubah sikit. Anyway, its a nice song. :)

2 Komen:

Miss Silent said...

dek takut kehilangan sahabat.

G said...

den pon