Pernahkah korang berada dalam situasi yang mana cinta menjadi isu utamanya? Disaat dimana kau perlu menjawab soalan dimana kau hanya mempunyai 2 pilihan jawapan iaitu ya atau tidak. Disaat dimana tidak kira mana satu pilihan jawapan yang kau pilih, keduanya akan mengubah hidup kau dan sudah pasti akan meninggalkan satu kesan yang mendalam didalam hati yang mampu diingati sehingga ke hari tua. Ya, tak lain tak bukan, " Bolehkah awak jadi teman istimewa saya?".Pelik bukan hidup ni? Kadang-kala ketika kita sedang terdesak mencari cinta, cinta tu hilang umpama kita telah ditakdirkan dilahirkan ke dunia tanpa mempunyai cinta hati kita. Sehingga membuatkan diri tertanya-tanya kemana perginya cinta didalam dunia ni.. Tetapi ketika hati sedang gembira dengan hidup yang sedia ada dan tidak lagi mengharapkan cinta di hati, saat itulah cinta merosakkan suasana. Kerana jawapan yang diberikan tetap memberi impak yang sama. Impak yang membuatkan kita jadi janggal. Walaupun dalam hati gembira kerana masih ada insan yang sanggup untuk berkongsikan cinta mereka, tetapi hati tetap mengeluh kerana beratnya ingin menjaga hati orang lain.
Sekiranya jawapannya tidak, sudah pasti keadaan akan jadi lebih janggal kerana sudah pasti si dia yang mengungkapkan pertanyaan tu adalah seseorang yang rapat dengan kita. Sudah pasti setiap kali berjumpa akan mengundang rasa malu, benci dan tidak kurang juga rasa bersalah. Kemudian akan membuatkan suasana sekeliling seolah-olah kekurang udara hingga membuatkan dada sesak rasa seolah-olah ingin berlari dari situ.
Namun sekiranya jawapan yang diberi ya, keadaan akan berubah. Tapi adakah hati benar-benar cinta? Setahun ada 365 hari, setiap hari ada 24 jam, sejam ada 60 minit, seminit ada 60 saat. Mampukah setiap sel didalam tubuh memendam rasa setiap saat untuk 365 hari semata-mata menjaga hati si dia sedangkan hati sendiri menjerit-jerit dan meronta-ronta minta ingin dilepaskan? Atau bercinta hanya menanti saat untuk meminta perpisahan? Bukankah itu lebih kejam??? Termenung...
Dalam hal ini hati siapakah yang patut merasa pedih dan kecewa? Kuatkah hati kau untuk menolak cinta si dia? Lebih-lebih lagi sekiranya si dia adalah seseorang yang kita hormati dan seringkali menjadi teman berbicara...Kemudian bertanya kepada diri lagi..."Mengapakah berat sungguh dugaan Maha Kuasa ni? mengapa aku jadi pilihanNya? Kusut.....".
"Kau tak boleh ubah orang disekeliling kau. Tetapi kau boleh ubah diri kau. Apabila kau mengubah diri kau, nescaya orang lain akan turut berubah."-anonymous
P.S.- Kalau aku, aku akan jaga hati aku daripada jaga hati si dia sebab aku berhak untuk mencari yang terbaik! Kerana memendam rasa itu umpama barah yang makin disimpan makin memakan diri sendiri.
"Kau tak boleh ubah orang disekeliling kau. Tetapi kau boleh ubah diri kau. Apabila kau mengubah diri kau, nescaya orang lain akan turut berubah."-anonymous
****************
P.S.2- Apa pendapat korang?
Posted in: 


15 Komen:
hati sendiri diutamakan. abaikan kelukaan orang lain . :)
Insyaallah, harap macam tulah..
payah nk jawab ni..
kdang2 kita tsepit, antara kata hati dan situasi..
dlm usaha mncari yg terbaik, keputusan dibuat boleh jadi menyesal sampai ke mati..
kekadang tu apa yang kita rasa baik untuk kita, sebenarnya tak baik pun..
dan kekadang apa yang kita rasa tak baik untuk kita tu, sebenarnya tu la yang terbaik..
masalah cinta ni satu je..jangan terburu buru..ibarat menanam pokok la..bukan boleh terus tumbuh dan berbuah..kena bajak dulu tanah, semai biji, siram hehari, bla bla bla sampai la kukuh akarnya dan tumbuh subur..
"Cinta...
lahirnya dari dua hati..
Hadirnya tanpa dipaksa.."
sooo, klw betul2 x cinta..baik terus terang je...drpd pura2 cinta, dan akhirnya memakan jiwa.. =)
tema & kesimpulannya, DOA..DOA..dan berdoalah kepada Yang Esa..memohon apa yg terbaik utk kita..mcm lagu Permata Yang Dicari - DEHEARTY~
pssst..smart la header baru tu pojie~ (^_--)v
@toyolkiut- betul, kalau tak kena memang kita boleh fikir dengan waras, tapi bila diri sendiri dalam situasi macam tu, mungkin lain jadinya.
@pipoq- betul jugak, mungkin cara yang terbaik kata bagi masa untuk berfikir. tengok berapa lama dia sanggup tunggu
@aton- ty aton. :)
jangan pandang rendah pada sidia untuk menerima penolakkan.. once dia dah berani utk menyuarakan hasrat hati, pasti dia juga bersedia utk menerima penolakkan... ~~sekadar pandangan~~
cerita terbaru chempaka: Brothers are not allOwed !
insyaallah
Cinta hadir tanpa diundang...cinta dtg tiba2 ajer...entahlah dik...yg penting adik bahagia bersamanyer...insyaallah!
situasi saya berada~ :(
orang cakap terima orang yang menyayangi kita..tp klu hati kita xleh trima macam mn?
nak tolak xsanggup..
nak trima..mmm...camne eh?
sampai sekarang lum ada penyelesaian
Jangan dengar cakap orang.suruh orang tu je yang couple dengan dia. cinta tu perlukan perasaan saling menyintai, baru dipanggil cinta. hepi ke hidup dengan orang yang awak tak suka?
hepi ke??sometime...tp just sebagai member..xleh nk terima lebih dr tue...
Stiap org brhak mncari yg tbaik utk diriny namun ingt,utk mncari yg tbaik kna bmula dgn diri sdiri dulu..jgn mghrpkn hnya yg tbaik dr org lain kalo diri kte sdiri x mmpu mnjdi sprti apa yg kte inginkn..to have what u want,must give what u can in return.
Post a Comment