Cara Memperbaiki Imej Anda [Versi Lelaki]

Jika beberapa tahun yang lepas, produk penjagaan lelaki terlalu kurang dipasaran, tetapi hari ini anda dapat lihat sudah terdapat bermacam-macam jenis produk penjagaan diri untuk lelaki. Ini bermakna penjagaan diri bagi lelaki sudah wajar dipandang berat bukan hanya untuk menarik perhatian kaum wanita tetapi juga untuk meningkatkan keyakinan anda supaya anda lebih rasa bertenaga dan yakin.

PENJAGAAN KULIT
Ramai yang menganggap penjagaan kulit melecehkan dan tidak penting. Sebenarnya tidak susah nak menjaga kulit sendiri. Hanya gunakan produk sabun yang bersesuaian dan guna moisterizer yang mengandungi ciri perlindungan daripada cahaya matahari kerana sinaran matahari adalah punca utama anda nampak lebih berusia. Produk kulit yang mengandungi retinol juga mampu mengurangkan garis halus dan kedutan di wajah anda.

PENJAGAAN WAJAH
Lelaki yang mempunyai jerawat di muka mempunyai keyakinan diri yang lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai wajah bersih. Kembalikan keyakinan anda dengan menggunakan produk yang mampu merawat wajah jerawat anda seperti Oxy. Jika masih tidak berhasil, cuba berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Insyaallah, doktor akan membantu anda mendapatkan wajah bebas jerawat . Ini kerana sesetengah punca jerawat adalah berpunca daripada bakteria.

BAU BADAN
Jika anda jenis yang kerap berpeluh, amalkan mandi sekerap yang mungkin. Pastikan juga anda menggunakan deoderan dan bedak talkum supaya dapat mengurangkan bau badan anda. Ini penting kerana anda tidak dapat menghidu bau badan anda sendiri, tetapi orang sekeliling dapat membaunya.

RAMBUT
Rambut tu adalah mahkota seseorang. Jadi jangan rasa mengeluarkan sedikit wang untuk penjagaan rambut adalah membazir. Jika anda selalu pergi ke kedai gunting rambut yang biasa, cuba pergi ke salun pula untuk mendapatkan potongan rambut yang sesuai dengan anda. Amalkan membasuh rambut sekurang-kurangnya seminggu sekali.

DIET
Badan kurus bukan bermakna sihat. Amalkan makan makanan yang berkhasiat. Elakkan daripada makan makanan yang tidak mempunyai khasiat serta mengandungi kolestrol dan lemak yang tinggi. Lebihkan makan sayur dan buah-buahan. Diet yang betul akan membuatkan rambut dan kulit anda lebih sihat.

EXERCISE
Pastikan anda cukup bersenam. Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk 20 minit. Bukan saja mampu membuatkan anda sihat, tetapi juga mampu menghilangkan stress. Jika anda kurang berat badan, elakkan melakukan senaman seperti jogging. Lebihkan kepada angkat berat dan tekan tubi. Jika anda berat badan berlebihan, tidak jadi masalah untuk melakukan kedua-duanya. Pastikan jika anda berjogging, anda menggunakan kasut khas untuk jogging dan bukannya kasut jalan.

PEMAKAIAN
Untuk pemakaian, apa yang penting pastikan ianya nampak kemas, bersih dan segak. Jangan pakai-pakaian yang berbau terutama stoking. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara berpakaian, anda boleh klik disini.

4 Komen:

Miss Silent said...

okei. leh suh ayah ikut aksi diatas..haha. perut boroi ada tips tak? ehem~ tu yg slalu terjadi kan.

pipoq said...

aku ni sejak dah berkeluarga memang terjaga tul..hehehe..

caliph shuriken said...

dh lama x wt senaman ni, huh...

gaban said...

Nk bg kulit muka licin segar bersih mcm mn lak,nk beli apa,dulu aku gym badan berketul2 kuat seperti gaban,skrg dh ada anak x gi gym,cuma perut lak berketul2 boroi huhu..