Cara Luah 'I LOVE U' Kepada Lelaki Secara Tersirat

Oleh kerana masih belum habis final exam, jadi blog AVE tak dapat nak post setiap hari. Apapun, memang bukan mudah untuk seseorang perempuan untuk mengungkapkan rasa cinta cinta kepada lelaki. Yelah, buang tebiat ke hape tetiba pergi cakap kat lelaki 'I LOVE U'. Apapun, jika anda rasakan anda memang benar-benar cintakan lelaki yang anda target itu, so just go for it!  

  • Ajak si dia menonton filem yang romantik. Kalau dia tolak, katakan anda belanja. Lepas habis tonton, saja mengeluh sorang-sorang, ' bestnya kalau ada lelaki yang layan aku macam tu...' walaupun pada hakikatnya harap dia dengar dan faham..
  •  Tulis di status facebook anda tentang si dia yang anda cintai. Tidak perlu untuk menulis nama dia, asalkan dia tahu bahawa itu adalah dirinya sudah cukup.
  •  Sekiranya dia sakit atau tidak sihat jenguklah dia atau sekurang-kurangnya masaklah sup atau masakan untuk si dia. Pasti si dia dapat merasakan sesuatu antara kamu.
  •  Download cerita ‘The Bachelor’ kemudian berikan si dia pada hari-hari yang bermakna seperti hari jadi anda.
  •  Biarkan si dia melihat  anda menangis.
  •  Senyum, tak perlu kata apa-apa~~~
  • Jika selalu hanya dia saja yang memuji diri sendiri, apa kata anda pula puji penampilan dia. Selepas tu dalam bergurau, katalah ‘untunglah orang yang dapat lelaki hensem macam kau.’
  • Berikan dia masakan yang anda buat sendiri seperti puding atau biskut yang berbentuk hati.
  • Disaat di sering merasa rendah diri, anda gunakan ruang yang ada itu untuk meyakinkan dia bahawa dia adalah lelaki yang terbaik di mata anda. (Peluang menjadi couple = 80%)
  • Sentiasa berada untuk dia disaat dia berada didalam kesulitan. Tak perlu nak kata apa-apa. Sekadar berdiam dan ada disamping dia sudah mencukupi.
  • Taktik yang biasanya berkesan ialah anda memulakan call/sms dia setiap hari untuk satu tempoh masa kemudian hilang. Jika si dia call/sms anda, itu bermakna dia sudah mula rindukan anda, dan tunggulah masa untuk perkataan I Lap U itu tersembul keluar dari mulut dia..
  • Berikan sesuatu barang yang bermakna buat anda dan kemudian berikan  kepada dia untuk dijaga.Jangan lupa untuk kata, ‘hanya orang bermakna mampu menjaga benda yang bermakna.’
  • Jika ada dinner atau 'prom night', ajak dia menjadi teman anda pada hari itu.
  •  Ajak si dia berkelah di tempat yang tenang, aman dan damai. Selepas tu anda buatlah sandwich yang special untuk si dia.
  •  Suruh kawan-kawan anda sebarkan kepada kawan-kawannya yang terdekat yang anda menyukai dia. Untuk lebih advance, suruh kawan anda berpura-pura tanpa sengaja memberitahu si dia bahawa anda sudah terlalu lama menyintai dia. Woot!
  • Ambil gambar anda berdua, kemudian buat satu puzzle dengan huruf ‘I LOVE YOU’. Berikan satu hari satu kepingan puzzle, kemudian tinggalkan puzzle yang mempunyai bentuk/perkataan love itu kosong. Berikan pada si dia apabila anda sudah benar-benar yakin terhadap perasaan anda.
  • Jika bermacam-macam cara anda telah cuba untuk tunjukkan si dia bahawa anda cintakan dia, namun oleh kerana dia berpura-pura bengap atau memang bengap melampau-lampu, anda buatlah satu drama. Anda sebarkan cerita anda akan berpindah ke suatu tempat yang jauh, kemudian anda suruh kawan anda sampaikan surat kepada dia, ‘I LOVE YOU’. Jika si dia kemudian katakana dia juga cintakan anda, maka anda katalah anda tidak jadi pindah semata-mata untuk dia. Tapi kalau si dia hanya kata, ‘selamat tinggal kawan karibku’, katakan saja anda tidak jadi pindah kerana anda sayangkan kawan-kawan anda.  (Aku pernah terkena XP)

20 Komen:

Freaky said...

waaa banyaknye tips.. haha mesti pasni ramai gurl akan gune tips ni

aeda said...

banyaknya tips... blh try ke ni? hehe...mcm segan je...huhuhu..

nunui Joe said...

wahh segannyaa hihih :D

student said...

hmm..jangan si perempuan gunakan cara ni tuk permainkan hati lelaki dah la.. :)

~aYeeN & SuE~ said...

wah byk tips..tp 1 pon x brani nk buat..:P

G said...

@freaky- tapi konpem diorang xkan try kat aku.

G said...

@aeda-boleh2.nak try kat saya x? hehe

G said...

@student-insyaallah x.

G said...

@nunui-kalau betul2 sayang jangan segan~ :)

G said...

@ayeen-at least try masak cookies k :)

pipoq said...

aku sebagai seorang suami orang kekadang terpikir gak apa punca punca berlaku kecurangan suami ni..adakah akibat tertarik kepada ngoratan perempuan lain sampai terlupa status diri tu ?

atau mungkin tak sedar diri kot..hehehe..

G said...

haha...mungkin sebab perempuan ni..

Aisumi Chan Kawa'i said...

heheee mcm menarik jer nih! :P

siti nur hidayah kamaruddin said...

saya dah ngaku saya suka dia.. tp guna teks je..sampai skang dy diam je..haha..klo nmpak sy trus gelabah..hehehe :)

eipaa awww said...

waaaa.. ^^ menarik la.. tapi kan , macam mana kalau henset si dia rosak dan si dia tak pernah untuk topup . patut ke saya je selalu contact si dia ???

Adilia Ahmad said...

straightforward je senang~ :D pernah cube,.. dan hampir berkesan. hisyh!

B3ing~M3~(TyPiCaLLy)~All Th3 Tim3~ said...

Mcm stalker je...scary.. rasanya lelaki lg nak lari dr pompuan cmni adalah...>.<

Anonymous said...

pergh.. dramatis sungguh... mmg xkan gunakan... heheh

Anonymous said...

da wat mcm2 utk si dia yg tersayang,hmpir setahun hubungan kmi,si dia dingin,mse rye ,rse cm xrye jewp,ad bpe kly putus hubungan,sabar jewp,pujuk leklok,bincang2,ikutkn jewp rentak dy, ;'( akhir nyew,si dia kmbli cm biase, alhamdulillah,papew pown masalah kite jgn smpai hubungan kite nan pasangan kite hancur,kite kne pkir susa senang bersame,phit mnis nye kte lalui,insya Allah,sumer nye akan ok,

Anonymous said...

saya ada sorang yang buat macam tu kat saya.sampaila satu hari tu dia gaduh ngan dua orang laki sbb nak berebut saya.and last skali tiga2 org tu ckp I love U kt saya.ermm.saya hanya pilih yg saya cintai..
(untungnya saya) ^_^