Ada yang bertanya pada saya bagaimana caranya untuk melupakan bekas kekasih, Anda boleh rujuk pada entri saya yang lepas di sini. Pertama sekali, anda mesti tahu perkara yang mesti anda elakkan supaya anda sedar bahawa anda dan dia sudah tidak bersama lagi dan jangan terlalu mengharap anda akan bersama kembali.
1. BERHENTI ‘MENGEJAR’ SI DIA. Jika anda benar-benar inginkan dia kembali, inilah cara yang terbaik. Jika anda fikirkan dengan cara menelefon si dia setiap hari memujuk rayu untuk kembali bersama dengan, meninggalkan sms atau e-mail yang penuh dengan pengharapan supaya dia kembali bersama anda akan membuatkan dia kembali, anda silap! Malahan ini akan membuatkan dia semakin benci dengan anda.
2. BERHENTI JADI STALKER – Berhentilah daripada terus mengintip si dia… Cuba anda bayangkan, jika anda berada pada situasi dia, apa yang akan anda fikir tentang ex anda yang sering mengintip anda? Sudah tentu anda akan rasa rimas dan fikir dia seorang yang gila dan berbahaya!
3. ELAKKAN KEMURUNGAN – Jika anda rasa dengan cara menyeksa diri sendiri seolah-olah tiada lagi makna untuk hidup, tidak mahu bersosial, duduk terperap saja dirumah dan sering menangis mampu membuatkan si dia berasa simpati dan serba salah, anda silap. Dia juga mempunyai hidup dia sendiri dan jika dia ingin kembali dengan anda semata-mata untuk menjaga hati anda, adakah itu dinamakan cinta? Gunakan cara yang lebih baik untuk kembali bersama.
Jadi, apa yang harus anda lakukan? Jika anda benar-benar ingin kembali bersama, cuba amalkan 4 perkara dibawah, insyaallah dia akan kembali untuk anda.
2. KEKAL BERINTERAKSI – Berpisah bukan bermakna tidak boleh bertegur sapa. Anggaplah dia sebagai kawan walaupun hakikatnya anda rindukan saat-saat bersama. Gunakan sms, facebook dan sebagai platform untuk kekal berhubung. Elakkan berbual tentang hubungan yang lepas. Siapa tahu, si dia akan teringat kembali saat manis bersama dan akan kembali terima anda.
3. BUAT PERUBAHAN – Jika sebelum ini anda tidak mementingkan penampilan, mulalah jaga penampilan anda. Tunjukkan kepada si dia yang anda mampu menjadi lebih baik selepas anda berpisah. Mungkin ada orang lain yang akan jatuh hati terhadap penampilan anda.
4. BIARKAN DIA YANG MENGEJAR ANDA – Jika anda yang meminta perpisahan, andalah yang perlu memberitahu kepada dia bahawa anda inginkan kembali perhubungan anda. Tetapi jika si dia yang meninggalkan anda, biarkan dia yang meminta untuk kembali bersama. Dengan cara itu, dia akan lebih menghargai anda setelah kembali bersama.
P/S: EXAM MOOD, BLAJAR....
Posted in: 


23 Komen:
izin share ya
kalo dia nak blk kat kita tp dpt tentangan keluarga mcm mana??huhu ngah tgk twilight ke?? :P
meh sini: Perkahwinan Royal - Prince William & Kate
sini jugak: Pertunangan Asyraf Muslim/Ustaz Amirul
ada jodoh, x kemana...
rasa cam sedih pun ada, tapi buat chiil ja...ya kot..back to basic, ada jodoh tak ke mana.
@dean-no problem
@fadhdeela- xlah, tgk rd riding hood ;)
@ishiko & mastura- yup, tapi bila dah berada dalam situasi macam tu, lain jadinya :)
sebelum aku kawen dulu, ex yang telah meninggalkan aku secara tiba tiba nak menyambung kembali..tapi hati aku dah patah giler masa tu..tak kasik can lansung..hehehe..
hehehe...tapi syukurlah dah kawin :)
sweet..tp blm jmpe org sesuai g hnya utk jd pedoman nanti
thanks. insyaallah bila berada tepat pada masa dan tempatnya...
auw~~ saye da ta keja dye.. =)
sgt sygkan laki sorg neyh rakan kerja...tp dpt tau dh tunang n jnis yg setia lak tu...cne nk wat neyhhh??tension..
juz a one word --> AAAAAWWWESSSSOOOMEEEEEE!! ^,^
erm..mcm bagus..i will try..lau menjadi memang awk seorang yg pkar tentang hati n prasaan..hehe
Facebook.com/andythegunner
sy telah ditinggal kan... sbab slh sy sendri... tp sy xpnh terfkr akn jadi mcm ney... die tggal kan sy sbb die dah menyayangi lelaki lain.. adakah sy masih berpeluang untuk bersama nye kembali??
Saya bwu ja hadapi perkara mcm ni... bwu ja td... sedih sgt.. mmg salah diri saya sndri pun.. semua d atas sikap sya yg x mmpercayai dya.. itu pun, sbb dlu dya dah penah buat silap.. saya takut bnda nie berulang, that's y sya sntiasa curiga dgn dya.. n mgkin jgk sbb skap saya yg trlalu mndesak.. x pa la, sya harap mgkin msg2 perlukan msa utk perbaiki diri.. n harapn sya, agar prhubungan ini masih lagi boley d selamatkan... :(
nak share kat blog saya boleh?ada izin?
boleh je :)
sy berada dlm keadaan mcm ni. sakit nye tuhan je yg tau. da tunang.sy yg tinggalkn dye sbb nk dia hrgai cinta sy. sapa tau skrg ble sy nk kmbali bsama die. die da berubah. suke layan semua perempuan. sy xtau ape motif die trime sy kmbali klau sy penoh dgn penderitaan.tp sy xmmpu lupakan die. :(
salam.sy nk tny..jika perempuan yg meminta putus dan lelaki setuju..kemudian perempuan itu menyesal nk kembali dengan lelaki 2 tetapi lelaki 2 x nk..bagaimana ye..?sedangkan slepas putus perempuan 2 xptus2 cuba pujuk kembali dengan meminta maaf, beri hadiah, menunggunye wlaupom lelaki 2 marah..perempuan tetap x putus asa dengan harapan ada peluang kedua untuknye. masalah sekarang lelaki 2 langsung x pedulikannya.. ap yg patut perempuan 2 lakukan.. sedangkn perempuan 2 betul2 menyesal dengan apa yg berlaku dulu..
Hello adik adik.
Kalau lelaki nakkan perempuan pujuk dan ambil hati.
Tapi kalau perempuan nak dptkan balik ex boyfriend, dgn hanya abaikan dia. Lelaki mmg akan buat xtau, tapi dalam diam akan tgk jugak if ex gf gilakan dia. Bila ex gf merayu dia akan lari n rasa rimas tapi bila ex gf tak buat mcm tu dia akan rasa tercabar n pelik knp ex gf dah x merayu.
Masa tulah dia akan sedar n rindu pada ex gf dan akan cuba cari balik.
Lelaki sukakan perempuan yg confident. Taktik nya adalah dgn ignore je ex bf tu.
Lelaki sukakan cabaran n tercabar bila ex gf tak layan dia.
Works all the time!
Good luck adik adik
Hi Jolie Mendes, sya tertarik dgn statement yg anda brikan tu. Sy pun ditinggal kn ex bf. Klu sy ikut cra tu, ada ke peluang utk dia fikir pasal sy lg? Dh la kmi tinggal jauh, klu dpt berhubung pun skrg guna phone je la. Mmg nk cuba cara nie sbb sy pun masih syg kn dia, dan nk dia kembali... So cara ni, dapat ke buatkan dia kembali? peluang tu... ada ke?
Thanks.
Post a Comment