3 Sebab Kenapa Lelaki Putuskan Cinta

Assalamualaikum. Dalam sesuatu perhubungan, kalau kita berbicara tentang soal putus cinta, biasanya kaum lelaki cukup sinonim dengan punca memutuskan hubungan. Kaum laki nilah yang biasanya akan mintak putus, kaum laki nilah jugak yang main kayu tiga dan kalau tak putuskan pun, hilang tiba-tiba. Pendek kata semua salah laki. Tapi pernah ke kaum perempuan ni renung balik apa yang menyebabkan laki jadi macam tu? Wa percaya kalau korang kaum perempuan ni pandai jaga hati laki, tak adalah benda-benda gini walau dah kahwin sekalipun. 


TAK MEMAHAMI 
Tak kisahlah dalam apa-apa perhubungan pun, selagi melibatkan interaksi antara sesama manusia, saling memahami ni aspek utama kalau nak sesuatu perhubungan tu kekal lama. Kalau dah pakwe awak-awak semua tu kata dia penat, nak rehat, janganlah pulak korang nak kacau-kacau dia, lagilah serabut kepala hotak dia...Bagilah dia rehat dulu, selepas tu agak-agak dia dah rasa tenang sikit barulah tanya sama ada dia ada masalah ke? Nak kongsi ke? Kalau nak, bagi dia cakap sampai habis baru korang cakap. Kalau taknak, biarkan dia rehat dulu. Kalau dia kata taknak, jangan pulak dipaksa. Kalau buat sekali-sekala memang rasa biasa je. Tapi kalau dah selalu korang buat laki korang macam tu, makan dalamlah jawabnya... 

TERLALU MENGAWAL/ CABAR EGO LELAKI
Masalah besar bagi kaum perempuan ni ialah suka mendesak, terlalu berharap dan terlalu fikirkan diri sendiri tanpa fikir pasangan korang tu. Kadang-kadang korang tak sedar bila korang bersama si dia, korang terlalu mengharap pada dia. Nak itulah, nak inilah...Kalau dapat laki yang kurang sabar, mesti dah kena tinggal. Tapi kalau dapat yang kuat sabar, dia akan cuba tunaikan jugak permintaan korang. Lama kelamaan bila korang selalu mintak itu mintak ini, mulalah ego laki tu tercabar. Sebab lama kelamaan permintaan korang tu jadi macam satu arahan buat lelaki.

Selepas tu, korang pun kena ingat. Pakwe korang tu pun manusia biasa. Dia pun perlukan privacy dan ruang untuk bersama dengan kawan-kawan apatah lagi duduk lepak rumah main game. Bagilah dia rasa enjoy jugak zaman bujang dia, jangan nanti dah kahwin dia ungkit, bercerailah jadinya.. Dan jangan terkejut kalau ada info yang mengatakan lelaki pada zaman sekarang ni lagi suka hidup bujang sebab senang tak payah nak kusutkan kepala fikir pasal perempuan. 

TERLALU SAYANG
Kes ni jarang-jarang berlaku tapi tak mustahil berlaku. Disebabkan terlalu sayang kat kau, dia terpaksa putuskan hubungan demi kebaikan kau sebab taknak tengok hidup kau susah dengan dia. Dia takut dia tak dapat membahagiakan dia dan siapa tahu, dia terpaksa buat macam tu sebab dia rasa dia bukan lelaki yang terbaik untuk menjaga perempuan yang terbaik macam kau. Jadi, kuatkan persefahaman kalau jadi macam ni. Kalau kau betul-betul cinta dia, kau kena tolong dia. Sama-sama susah senang kerana disebelah seorang lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita.


P.S.- Guys, nak tambah apa-apa?

31 Komen:

Rozuan Ismail said...

setuju..kadang2 lelaki ni terlalu syg smpai putus cinta..tak sanggup tgk kekasihnya menderita

il ya na said...

kalau sayang kena sama-sama jaga ;)

Mish Apple said...

terlalu sayang tu!! memang tak boleh!!

'Muhammad Khairul Arif said...

mungkin betul,sebab bila kita terlalu sayang kat pompuan tu,kita jadi terlalu bodoh,kita dah tak boleh nak buat keputusan secara rasional,jadi langkah yang paling selamat daripada kebodohan itu,adalah breakup..=/

NUR AYNIE said...

susah jugak yer~ ermmm perlu banyak baiki diri nie hahah~

i am S!L4H.. said...

yg tgh2 tu. arghhh arghhh
laki ni pantang. woooo

Freaky said...

tak memahami memang 1 sebab yang utama kenape putus cinta berlaku. setuju dengan anda

G said...

ty semua. tapi aku rasa macam ada point yang aku tertinggal

najihah sahami said...

loike this entry..ehee..lagi satu lelaki akan mintak putus kalau awek dia asek duk layan jantan lain even depan die. konon nak tunjuk market tinggi r..haha..

Ttu yg mmber sekelas cakap r. sebab die putus sebab tu)

G said...

haa...itu yang wa terlupa!

MiMi PeONy said...

setuju sangat!!!
entry best...
;)

pipoq said...

sometimes terlalu mendesak pun boleh buat lelaki naik bosan..

nurkaloi said...

3 sebab pempuan tinggalkan lelaki

i- menggatal sangat...baru cple daa nak pegang-pegang

ii- takde duit...semak jerk otak

iii- pikir laa sendiri

hahahah :P

G said...

haha.ok, nice.akan dibuat entri :)

Anonymous said...

tpi. jangan lupa jugak. ap yg girl dh buat utk lelaki. :)

Dayana AZ said...

wahh bestlah :)!! ni yang bole kasik dayana paham sket ngn perangai lelaki hik3

www.herstoriie.com

Ifti Larina said...

rasa nak clash pulop :/

littlebibik said...

boleh d jadikan panduan utk trus bkekalan..amin.. :)

nelly said...

nom 3 kot ..
sayang sangat pun kena tinggal ................

hana said...

sedih..break sbb die takut x mampu nak bhagiekan sye..apepun sye ikhlas mencintainya kerna ALLAH..dan snggup mnerimanya dirinya seadanya.....i really miss him..

Dark Chocolate said...

maybe aku dh terkena yg ketiga tu kot...mungkin tk banyak...tp ade sikit la...tkpelaa

Anonymous said...

kmi ney da staun kpel..dlam staun 2 byek da ktwg lalui tp tba2 xda angin xda rbut dy kta parents dy xska??sdgkan dy tw aq sdah nkad mw seidup smati dgan'y..ole krna trlalu syg sgt kt dy tpksa la ekt....

vзйģέλиčε said...

Kenapa Lelaki Putuskan Cinta?in my case,bosan.sekian :)

Anonymous said...

awek aku ade laki lain =(
mybe aku kena amek yg no 3 tu.
terpaksa lepaskan dyer utk kebahagiaan dyer. gudbye syg

Anonymous said...

ckp psal llaki,ap nk buat bla dpt llaki yg ego atw pntgkn dri sgt?

Pojie said...

Jangan membalas ego dan mementingkan diri dia dengan kekerasan. Berlemah lembutlah apabila dalam tingkah laku dan percakapan anda, banyakkan bersabar dan sesekali nasihatlah dia secara bersahaja/bergurau.

Dia_Ida said...

Erkk! Macam kes aku je no. 3 tuhhh...

Anonymous said...

ade laki nk clash sbb bosan. tp bosan tu knape? punce dr ape? sape laki tlg jwb.

Oren said...

Nak tau kenapa lelaki bosan ?
senang je..contohnya macam kat entri ni..suka mendesak..nak itulah,inilah,nak ajak gi situlah, gi sinilah..memanglah lelaki rasa bosan..lagi satu kalau perempuan suka pikir bukan-bukan..lelaki tak marah, tapi dia kata lelaki marah..yang ni aku paling benci dan memang akan rasa bosan.. heheh

Anonymous said...

Sangat2 Setuju.... Yang no.3 tu, kalau perempuan nak tahu, perempuan lah yang membuatkan lelaki melepaskan anda...Why? Die terlalu sayangkan anda, tapi anda tidak pernah menghargai die. Lelaki sabar dengan tindakan anda dan memberi nasihat, tetapi anda sering melakukan kesilapan tersebut. Sampai suatu masa, lelaki tersebut sudah merasakan yang die perlu lepaskan anda kerana dia rasa die bukanlah yang terbaik untuk menjaga anda. Then, die akan lepaskan anda untuk seorang yang lain yang mnkin boleh membuatkan anda gembira sntiasa. Lelaki seperti ini adalah seorang yang betul2 cintakan anda...:)

Anonymous said...

sy pny bf ade ank 2 . umur bf sy 33 and umur sy br nak masuk 20 . sy kenal die mase umur sy 17. sy jaga anak die , jaga makan minum dorg . sy syg sgt kat die . sy selalu tunjuk sy syg kt die tp die tk pernah tunjuk pun . die akan tunjuk bile sy betul2 nekad nk blah dari hidup die . byk kali gak breakup die cari sy balik . hmm. bahagia tu kejap2 je . hmm sy dh biasa dekat ngn die bile die jauh sy rase mcm adoii . ank2 die dulu duduk ngn sy ni ank die dh tkde kat sy lg la terasa . and die lebih2 kan ank die . die dh tk jmp sy lama then haritu jmp . tu pun kejap je . die ckp anak die dh cari die . then sy ckp tkpe la . tgk2 die pg outstation ngn kwn die smpai 4hari . what about his kids ? tak cari die plak ke . ntah laa . perempuan je yg selalu kena sabar kan . and one more thing die boleh buat ape yg die suka tp ape yg sy nk buat semua tak bleh .