Untuk mengetahui seseorang perempuan itu menyintai lelaki amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi disini saya akan memberikan dahulu 11 langkah sebelum saya mengulas lebih panjang dalam entri yang seterusnya.
1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.
2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.
4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya 'body contact' dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.
5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, "adalah..." sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.
6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan "bosannye....." atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan "saya belanja".
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang 'stalker'!
10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.
11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.
P/S:Girls, ada penambahan?

Posted in: 


36 Komen:
yeke ade wt eye cntact??? kalo ngikot pngalaman, pmpn sgt2 malu nk bertentg mate org yg die ske...tp lam diam,die slalu jew tgk laki tu. hehehehe...
setuju nak mati
@suekehatie- yup, tapi biasanya laki pun x berapa suka buat eye contact x kisah lah dengan member laki atau pompuan. n perempuan bagi eye contact time laki tu cakap. :)
@afizah-ty :)
Betul tu betul.
*dulu sy suka kat sorang lelaki ni,hahah.Paling suka bau perrfume dia.tetiba satu hari tu TERSyasyul pulak TERcakap "sdpnyee bau perfum kau" dgn muka yg blushing teramat.Kengkwn sume dah gelak dah ni tgk muka sbb merah bebano(katanyee).Ish,bocor rahsia aku ni..
Eh..Ermmm nak share link ni kat blog saya tau.Harap maklum.TQ :)
share je k. :)
btw, itu tandanya dah terlebih suka ;P
dah tak berkesan untuk aku yang dah jadi bapak orang ni..hehehe..
hahaha... mendalam maksudnye tu...
ahhaha sy kalau suka saya buat dia tak suka je ahahha
Satu ja saya nak cakap....kepada pihak lelaki...Ada lelaki yang tak suka dengan perlakuan perempuan macam ini. Sebab dia tak suka dengan gadis tersebut...Ye tak?
So, kepada guys, bukan salah "dia" untuk jadi macam tu. Dah memang lumrah dah...
Yang tinggal sekarang, mcmn hebatnya anda menarik benang yang basah, benang tak putus tepung tak tumpah ye.... :D
@acil- Yup. Seorang laki tak boleh paksa kalau dia dah macam tu.
hihi, agk btol jgak la, tp kalau sye plik ckit sbb klau suke kat somebody tu sye x prnh pn puji die, wlaupn dlm hti ckap hnsemnye die arini tp mulut msti ckp sbaliknya, nk ckp bnde lain tp slalu kuar bnde len,hik3
setuju dengan num 6 dan 9..n 11 mayb..hehe yg lain tiada pada saye kih. x semua perempuan mcm tu kot..setiap individu ada cara mereka tersendiri kan hehe. nice entry =)
aa kan? bkn sume pompuan cmtu... sye ade kwn pmpuan yg suke kat saye, tp die sllu kutuk sye... smpailah suatu hri waktu die nak pndah, die nangis2 ckap die syangkn saye.. ;D
Kalau pergi makan dengan kwn bf sya, dia mesti jalan sebelah saya, waktu tu, saya dengan dia jarang bersama tapi dia mengenyit mata dekat sya itu tandanya dia sukakan kita ke? dah penah muka dia blushing.Kalau ada orang kacau sya, dia akan marah... sya dan dia penah buat eye contact dan pernah sentuh tangan dan dia berdiri rapat dengan sya
Asyraf&Zakiah
sangat terasa dengan no.9 Haha lepas tu senyum sampai telinga :D Oh tak tahan ;) Hahaha
Tapi kalo eye contact tu, mengikut pengalaman la an, pompuan tu saje je nk pandang kita tp dia bukan minat pon...jd syok sendiri lak...huhu...
no.9 betol ! seabb perempuan mmg pandai stalk ! :D
no.9 betol ! seabb perempuan mmg pandai stalk ! :D
no. 7 tu aku prasan sangat..tp aku jual mahal plak..malu wehh..
girl yg minat someone boy tu dia xkan berckp gn boy tu..
klaw kwg kantoi ske kt mamat nykn, kwg malu x..
atau kwg wat dekkkk jew..
prmpuan kalo dye suka kat laki 2 dye akan curi pandang laki 2 dlm diam. lagi2 prmpuan ni akan menjadi stalker . nak tau pkmbgan org yg dye suka.
Ohhh..gitu rupanya..
Seumur idup aku tak pernah sorg pun prempuan suka kat aku.. :'(
Mungkin awak tak perna mncubah...;)
mmglaa xdak pompuan suka,sebab kau hodoh..lagi satu kalau kau bodoh..lagilaaar..adoi..xpayah sedeh2,mengaku jer kau hodoh..dasar taik kambing...kalo xda pompuang, ko fapkan jer bantal malam2..Fap! fap! fap!
sgt setuju...
susah le nk pastikan die suke kita ke tidak...ak tkut ak syok sendiri jek..
Hmmm..kalau ikotkan saya bile perempuan tu admire seseorang dia nak bertentang mate pun tak boleh.berdebar-debar. And then buat-buat tak suka padahal dalam hati tersuka la sgt2..hehehe.Yg no 9 tu rasenya majoriti perempuan buat kot kat lelaki yang dia admire.
pernah juga berlaku pada sya yg rakan sepejabat ni selalu puji n meletaktkan nama saya sebgai yg terbaiklah konon..hehe..sehingga ada kawan yg terperasan tentang tu..tapi saya buat tak tahu kerna saya hormatinye n tiada perasaan sama sepertinye itupun jika tak salah tekalah hehe...sehinggalah perkara yg mengejutkan kes saya tak memndang ke arah matanye sewaktu kami bercakap dibawa ke meeting...malu siot...aparrahh perempuan nih...skarang malas nak layan lagi,tapi dia dok mengendeng mencri alsan nak berbual...sebenarnye banyak perkara lain lagi yg berlaku n prasan sepertinye sukakan saya tapi panjang citenye...mals je nak cite tapi tu salah 1 lah,baik buat buku cite ye tak n jual buat ebook hahahaha...pengalaman....
tak setuju~ rase benci tu pun ade ~ keliru ~ semua nafsu ~ tahan aje ~ lol lepas kat ke salah org jadi sengsara simpan utk yg ter baik. pendpt sayalah lol
FUCK!!!
Then kalau dh mcm laki pun kena buat gerak kan, tp aku malu laa
Sy nak share link nie kat blog sy :)
Post a Comment