Perangai Perempuan Yang Buat Lelaki Gila Bayang

Halllo geng! Apa khabar hari ni? Sihat ceria dan cute-miut macam selalu tak? Sebelum aku teruskan dengan entri ni, aku nak habaq awal-awal ni sebab ada yang terkeliru. Entri yang aku buat ni bermula daripada kenal kaum berbeza sampailah ke cara menghadapi first date dan first night. Itu tak termasuk lagi fesyen-fesyen. Banyak giler  idea dalam kepala ni. Jadi, pelan-pelan kayuh yek, kalau gelojoh tak puas nanti...Sebenarnya, siapa kata lelaki hanya pandang wanita berkulit putih je? Kalau macam tu kenapa tuhan cipta orang berlainan warna?Jadi, asalkan korang tahu apa ciri perempuan idaman lelaki dah cukup.





PANDAI JAGA PENAMPILAN
Pandai jaga penampilan ni termasuklah jugak dalam kategori pandai jaga diri dan macam mana korang menunjukkan kepada orang ramai perangai korang ye. Pastikan yang penampilan korang tu ada ciri-ciri perempuan dan bukannya ciri-ciri kaum bertelur. Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dan pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adap tu. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong. Nak nampak gojes kena nampak cool.

BERSEDERHANA
Sambungan kepada point di atas, pastikan diri korang sentiasa amalkan kesederhanaan. Tak payah nak make up tebal-tebal, dan pakai baju lady gaga semata-mata nak tarik perhatian orang ramai. Kalau masuk fashion show atau ada majlis-majlis penting tak apalah jugak. Ini setakat nak pergi pasar pun nak make up tebal-tebal dengan gincu merah pekat kat bibir.. Konpem laki takut nak dekat sebab korang akan dilabel perempuan kaki kikis. Selain tu, jangan suka amalkan terpekik terlolong apatah lagi mencarut macam kaum laki ni. Kalau nak jugak, pastikan 'line clear' baru buat. Jatuh saham nanti~~~

MANJA BUKAN GEDIKS
Lelaki suka perempuan yang tunjuk perangai manja tapi bukan manja untuk amik kesempatan atau terlebih manja a.k.a. gediks..Euwww sana..Euww sini....Nak nampak manja tak perlulah sampai nak nangis terhentak-hentak kaki yek..Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan olo..... ataupun ala.....lepas tu buat muka berkerut korang tu. Mesti hancur leburlah hati jantan lelaki nih. Nak lagi syahdu korang cebik bibir korang. Eceh...cutenye...


CERIA DAN SENYUM SOKMO
Dalam banyak-banyak senjata perempuan, ini senjata rahsia yang korang kena gunakan waktu keadaan stress. Senyum korang tu mampu menawan hati lelaki. Ditambah pulak dengan perangai ceria ala-ala dalam cerita korea...Pergh...Mabeles wa cakap lu..Korang akan nampak menyerlah.Cuba cenyum cikit..Kan tomei tu...Smile and the world will smile with you! :)

MUDAH MESRA
Mudah mesra atau dalam kata lainnya mudah memberikan kerjasama. Tapi hati-hati, lelaki akan mudah cari kesempatan dengan perempuan yang mudah mesra. Jangan terlebih mesra, cuma amalkan mesra ditempat kerja ataupun dalam kelas je. Selain daripada tu kalau dah nampak lelaki ni macam ulat beluncas, nak melekat sana, melekat sini,mengeliat sana sini, lepas tu dia bagi nafas syahwat naga dia, korang dah boleh buat tendangan percuma kat anak gajah dumbo dia.

JADI DIRI SENDIRI
Akhir sekali, jadi diri sendiri. Apabila korang sayang diri korang, orang lain akan sayang korang. Kalau semua orang perangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Ramai perempuan tak perasan yang dalam diri korang tu ada sifat blur-blur. Apabila laki cakap mesti korang akan blur. Blur tu lah yang menampakkan korang sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Bebal tu namanya. Jadi, just be yourself.



P/s: Aku suka tengok bila perempuan tiup tudung dia. Fuh..fuh.....Muka badak air je. XP


50 Komen:

gigiAriEma said...

loike3!!!
best ar entry nih..huhu..
jebek mulut yee..ptot la.. hahahaha


tiup tudung? eh2 prempuan tiup tdung nak kasi tdnug tu bentuk elok..kiki :)

cikcleopatra said...

haha..ololo sweetnye entry ni!!suke! suke sangat! ;)

tulus sweet said...

P/s: Aku suka tengok bila perempuan tiup tudung dia. Fuh..fuh.....Muka badak air je. XP

haha! tak boleh bla....lawaklah!

gaung said...

kami suka perempuan betulkan tudung sambil mata kelip kelip je nk tgk balance ke tak..haha

Nur Hanani said...

Suka tang pompuan tiup tudung.fuh fuh fuh. Mesti awek ko macam tu eh.. :D. Gurau je kalau salah...

Entri Terkini: TSUNAMI HITS : Jepun dilanda tsunami..

zuhanismohamed said...

eh..apa maksud muka badak air tu ! :p

sha said...

ya, saya memang menjadi diri saya sendiri. Semua kategori tu saya ada. hehe~

alexa yussida said...

weewiitt..suwit sgtla n3 nih...:D

tak ske pompuan yg gelak kuat2 macam nak tarik perhatian org..rasa nak g sumbat mulut die dgn kain..kekeke

G said...

@nurhanani-den selalu perli dia bila tiup tudung. kata udara tu masuk lubang idung buat pernafasan. :p

Diya Edhayaa said...

suke gile ah entry ni... best2!!
part blur2 gn olooo... 2 mmg terkena muke snri... hahah

Amira Anorah said...

hahaha...comel je..i yg comel, bukan u..kekeke

yg part tiup tudung tu comel..hahaha

tapi skrg trend shawl..mne ley tiup2 da..dulu pakai bawal bole la main tiup2..hehehe
comel je..;)

chiLleD...!! said...

ops..tang senyum tu cm xbpe jer..sy jrang senyum tp da sorng mamat ni sgkut(pasan jap)..cnner tu..hik3

dina darwina said...

suke sangaaaat......alolololo sosweeet...

G said...

@chilled, yang itu dikire rezeki namanye.haha...tapi ada sekali u senyum then buat dia rasa sweet ah!

jieha said...

alaaaa..
manje tak?manje tak?
hahaha.

ske3.nice entry.
:)

Mish Apple said...

badak air...? keceweee.. hahax..

Dhia BellamiZam said...

ek!kne kt btang idong sndri la..hahha

niniem said...

hahaha...muka badak air??? :D

Miss Kira said...

P/s: Aku suka tengok bila perempuan tiup tudung dia. Fuh..fuh.....Muka badak air je. XP


hahahaha..ok..pasni nk tnya kwn psl bnda ni..betul ka.. hahahahaha

Anonymous said...

ape sume nie, sume ikut nafsu
tidak berteraskan agama pun

Little MasQuerade said...

wahaha bangganya jadi perempuan :p

Little MasQuerade said...

wahaha bangganya jadi perempuan :p

Nur Farah Hani said...

ahahaha,,, yang kat p/s tu selalu buat... kiranya aii tergolong dalam gadis yang boleh buat guys gila bayang la erh.. ekekeke..

gurau saja..

baru ku tahu begitu rupanya.. aahahaha.. Xd

G said...

anon,ko x suka ko buatlah blog ko sendiri.orait?

zero said...

kenapa mesti miyabi... oh tidakk....

4miN93~~ said...

hah?? igt ko sorng je suka tgk perempuan tiup tudung dia...rupanya ada lagi...

comel kot kalu perempuan buat cmtu ..HAHHAHA !!

gadis kepastian said...

hehe comel kan..tambah ag law sebut 'alaaa...'

nur faTihaH hAfiZha said...

haha..tiup tudung tu mang feveret eden la...hehehe

nabila faryzza said...

perempuan tiup tudung? haha! comel ea? ok, nak buat jugak la. ahkz! :D

ain revival said...

niciri-ciri awek ko ek??hehe

tipah said...

aha. kiut lorr. nak jd perempuan gak. hmm

α ɢα∂ιƨ ƨɛмαƨα N вιαƨα said...

errrr..????.
cam sume kat ats tu penah buat je secara tak sengaja...yang penting jadik diri sendiri..hahahaha
sukeeee sangat2 entry ni..:)

Ifti Larina said...

erk. tipu tudung pon tak boleh? adeh mengade2 lah permintaan laki nieh. haha

l i n T e d d y said...

sokong 200% entry nih..hehehe

Qaseh Qistina said...

shuwitt la entry nih..=)

Dark Chocolate said...

hehe, sweet tul entri ni..pndai ambik hati pompuan ek...heeee

Siti Nabilah said...

hurh..so sweet..snym jur mse bce.. best2..

Nur Fiqah Zara said...

i follow u, follow back ok....cantik entri sy suka

Yuyu Musa said...

hahaha..blur blur???

ehem ehem...hikkksss

G said...

haha, tetiba blur ke?

mohamad taufik bin md saad said...

no coment...^^

di luar kotak said...

sweet sweet.... :D 'suka tgk pompuan tiup tudung' just like my bf.. dia pun cakap mcm 2 kat sy. wah pasni I nak selalu tiup tudung..maklumlah still pakai tudung bawal.. haha

HAZIM said...

muka badak air.. hahaha.. bila pikir blk btol jgak.. aku pun kadang2 suka tgk pompuan tiup tudung..

chenta ecah said...

bgus nya enri nie .saya cke cara kat enri nie .i like:)

ojousara said...

apa yang sweet tah...aku rasa lau pompuan baca lagi menggalakkan menggedik manja hipokrit ade la...(this is my opinion)

Joejitakash The Cartoon Geek said...

aku paling suke tgok bile tunang aku pandang cermin betul kan tudung. hehe ade muke khas bile die pandang cermin. mulut die mcm ketepi sikit mcm seolah2 nak xnak je senyum. huhu tp bg aku cute gile!!!

Joejitakash The Cartoon Geek said...
This comment has been removed by the author.
Nadratul Syazwana said...

Haha cute ke tiup tudung tu? Aku selalu cover cover nak tiup tudung taknak bg org nampak ade lah HAHA xD

an aziz said...

hahahahaha.. serius lawak.. haha

an aziz said...

hahahahaha.. serius lawak.. haha