Korang Dalam Kategori TERsambut Valentine???

Nampak je tarikh 14 februari mesti semua orang akan mula bukak cerita pasal Valentine Day, sampai aku sendiri pun dah naik benci, bosan, muak, mual dan loya dengan isu yang sama je setiap tahun. Daripada surat khabar pergi ke facebook sampailah ke blog. Semuanya cerita pasal isu 'Jangan Sambut Valentine Day'. Apa yang buat aku  muak bukanlah sebab isu-isu yang melarang sambut hari tu. Memang patut pun isu-isu macam tu diingatkan setiap tahun, sebab manusia ni mudah lupa, bila orang cakap, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Hari ni cakap, esok dah lupa. Tak payah esok, sejam lepas tu lupalah.


Tapi apa yang buat mata dan hati aku ni rasa macam dihiris-hiris dengan pisau potong daging ialah bila tengok sifat manusia ni yang hipokrit iaitu orang yang depan cakap lain, belakang cakap lain. Tak payah mencari, mungkin ada member-member korang kat sekeliling jugak buat benda nih.Kononnya bila member tanya:

"Kau tak keluar dengan si dia ke sambut valentine nih?"

Dengan laju, pantas dan cekap pasti akan cakap,

"Aish, den tak sambutnyo valentine-velentine nih. Takde classlah.. Macam budak-budak jew..."


Yang memang dah terang-terang mengaku sambut 14 feb tu, itu dah lain cerita.Sekali tau-tau je dia keluar dengan 'si dia' walaupun hari isnin. Padahal sabtu ahad ada, tapi hari isnin valentine day jugak dia keluar.. Tetapi memang kita tak boleh main tuduh-tuduh je. Korang sesedap je tuduh member ko beli bunga keluar hari tu, sekali dia keluar sebab terpaksa ada emergency case macam pergi jenguk member sakit kat hospital ke. Tak ke korang pulak yang dah salah? Apapun semuanya bermula dengan niat. Tak payah nak tergagap-gagap nak lafaz-lafazkan lagi dah. Nawaitu..Nawaitu...Asal kalau korang ajak 'si dia' sebab ada terfikir hari tu hari valentine, maknanya, korang telah dianggap menyambut hari tu.


Untuk pengetahuan korang, perkara ni pun tak bermakna yang kalau korang tak ajak 'si dia' date pada tanggal 14 feb, korang tak sambut hari tu. Apabila korang belikan 'si dia' barang pun boleh dikira menyambut 14 feb jugak.Sebagai contoh, aku dah tahu yang hari kekasih hari isnin ni, tetiba pulak aku rasa macam nak bagi dia spender g-string limited edition walaupun pada awalnya tak terfikir nak sambut Valentine.


"Makwe, pakwe ada nak bagi g-string victoria secret limited edition punya. Ada 5 je dalam dunia ni. Makwe nak tak?" 

"Euww.....Bestnye..Dah lama makwe idam-idamkan. Sayang pakwe.Mmmmmuah!"


Perasaan tetiba tulah yang menunjukkan korang secara sedar tak sedar telah tertipu dengan pujukan setan si kerbau pendek untuk menyambut Valentine.Memang terlalu halus pujukan setan kebau pendek nih.



Bagi korang yang merasakan orang yang menyambut 14 feb ni dengan dating je, korang dah tersilap. Calling-calling pun boley merayakan jugak apa. Macam korang nak ucap salam hari raya kat henfon jugaklah, tapi kali ni berbeda sebab korang ucapkan selamat sambut valentine. Senang cerita, apa-apa perbuatan, percakapan ataupun niat yang terlintas kat hati tu ada kene mengena dengan nak buat 'si dia' rasa special pada tarikh tu, maksudnya korang dah menyambutnya. Kalau sambut kejatuhan kerajaan husni mubarak kat Mesir takpelah jugak...Haish....



Kalau kat Arab Saudi, sambutan 14 feb ni diharamkan. Kalau korang belajar agama paling cikai pun, mesti korang tahu, haram itu merujuk kepada sesuatu yang menimbulkan dosa. Aku bukannya apa nak bagi ceramah pepanjang nih, aku cuma benci orang yang hipokrit okhey!!!

P/S: Aku bukan manusia yang takde dosa.

15 Komen:

y u y u Z u l a i k h a said...

yuyu tak terkatogori!!!

Encik Bedak Sejuk said...

HAHA...makan dalam...muak jugak mendengar...huhu...

Penghulu Pojie said...

@y u y u Z u l a i k h ahaha..bagus yuyu :s

Penghulu Pojie said...

@Encik Bedak Sejukhehe..part mana tu?

As Yusra said...

terbaek.! ;D

ayushida said...

tidak pernah teringin dan terpikir nak sambut pun... kalau anak aku sambbut sat hari nanti, aku tebas kaki dia....hehe

Sunah Mohammad said...

terbaek la ave~ :)

SyahmiFikri said...

wah!

saya terkategori!!

boleyh plak camtuh kann!

ayu jazari said...

xpenah saambut valentine..hehehe~

Penghulu Pojie said...

ty all.tp yeke x penah sambut??? :p

Khisarah said...

Kitakan dikurniakan lebih kurang 365 Hari dalam Setahun..
Kalau betul pon nak tunjukkan 'Kasih Sayang' terhadap pasangan masing2, nak tunjuk 'Love Affection' lah kononnyer.. kenapa mesti tunggu Valentine? Pelik..
interesting post i found

pipoq said...

aku setiap hari meluahkan perasaan cinta kasih sayang pada bini aku..hehehe..tak payah nak valentine ke ape ke..

LadyBird said...

malas jer nak ckp sal valentine ni..
kite tulis panjang2..
hurai panjang2..
mereka baca pun x..
kalau baca pun ignore jerk..
time sambut, sambut jugak..
sia2 jerk.. ni la dipanggil org sombong.

nursha410 said...

budak2 skg je ober acting...
huhuhu...saya tidak pernah
la utk sambut menda2 nie..
huhuhu...

Eyn said...

hakhakhak! betul gak ape hang cakap tu.. ramai je hipokrit pasal valentine neh..:b