Aku, Shopping dan Ultraman

Sampai rumah, aku parking kereta kelisa merah, masuk rumah, say hello hello kat ibu ayah yang duduk kat dapur tengok tv, masuk bilik, bukak baju, pakai singlet apek aku,  melabuhkan bontot kat katil, baring.....Sambil baring-baring, tengok jam, pukul 10.30 malam, lepas tu pejam mata...


"Haduih...Tak larat kaki ni nak bangun berjalan dan mata ni bersengkang ngadap laptenok nak tulis entri untuk esok..."


Itulah terjadi malam semalam yang menyebabkan aku lambat update entri. Mana taknya, satu hari shopping kat Times Square yang 10 tingkat tu sebab member baik aku nak fly pergi New Zealand amik medik malam esok. Jadi sementara dia masih ada kat Malaysia ni, aku ajaklah dia pergi shopping sambil aku perkenalkan kepada cik awek aku. Nanti dia dah takde, rindu pulak kat dia. Nak tengok aku beli apa? Ini dia...
Radii warna hitam putih
Jaket warna putih macam akak ni ha.
Teddy putih sempena birthday cik awek

Perasan tak apa yang aku cari semalam? Aku mencari benda yang berwarna putih. Entah tetiba pulak aku rasa nak pakai white suit. Aku memang macam ni, kalau nafsu shopping aku tak datang, tengok jelah kedai-kedai dengan mata stim. Tapi kalau nafsu ni datang, katalah jangan, memang aku akan beli punya.Tak hari ni, esok lusa dapatlah barangnya. Kalau tak dapat beli tu, mulalah otak ni fikir macam-macam strategi nak jayakan operasi underwear aku nih.


Contohnya, waktu aku 5 tahun aku dah mula praktikkan kaedah cuba jaya ni. Macam biasalah kalau pergi shopping kompleks, bebudak mesti akan pergi cari mainan dulu. Tapi tak tahulah kalau dah tua-tua pun masih pergi tempat mainan kan..Jadi waktu cari ultraman, terjumpa pulak kad ultraman..


"Fuyoooo....Kad otomen...Mesti banyak otomen ni....."


Aku pun amik dan jumpa mr.mama. Macam biasa jugalah...


"Takde-takde, dah banyak mainan kat rumah dah...Nanti sepah-sepah je..."


Dengan perasaan sedih, aku pergi letak balik kad tu. Tapi hati aku menjerit kata:


"Mungkin ini sekali seumur hidup je ko jumpa kad ni...AMIK!!!!"


Uikh...Aku rasa betul jugak tuh. Aku tengok line clear, senyap-senyap aku amik selitkan kat seluar.Lepas tu cepat-cepat keluar tunggu bapak aku kat kereta. Bila balik, mr.mama dah pelik aku ada kad ultraman tu. Apa lagi, ultraman lawan raksasalah kat rumah..Apakan daya, ultraman kalah buat pertama kalinya..Lepas tu, next time pergi sana, mr.mama suruh aku bayar. Cashier kata kenapa, aku kata aku sedekah.

Aku ni memang gila-gila minat ultraman dan sampai sekarang masih minat.Cuma sekarang ni layan movies dia jelah.Kalau kecik-kecik tu, memang bersepah jelah patung ultraman kat rumah, apatah lagi tape ultraman, tapi sekarang suma ultraman tu dah hilang terbang ke angkasa. Pernah sekali aku keluar dating ngan cik awek kat The Mines, sekali ada promotion cerita ultraman terbaru. Memang automatik ultromen naik ranking no 1, cik awek no 2. Lepas tu pusing-pusinglah kat situ sampailah kena tarik ngan cik awek....Owh my outomen....

P/s: Korang minat apa? Aku tau yang perempuan mesti minat Sailormoon kan....

9 Komen:

b a m b a m ' s said...

wahhhh!saya pon suka otomen!patung je lar..heheheh..citer dah x brape minat..eheheh

Penghulu Pojie said...

hehe...kita member-memberlah skang :b

littlebibik said...

wah!love Shopping!kalau namanya TS, bagi sehari mmg x cukup energy nak round smpai habis..hehe.. yeah, otomen mmg hebat!!otomen no 1, doremon no 2, sailormoon no 3 :t hihihi..

amalia izzati said...

pheww, bnyk nye otromen, haha.

Penghulu Pojie said...

@littlebibikhaha..bibik nombor berapa?

Penghulu Pojie said...

@amalia izzatibanyak cik akak oi...best wook!

littlebibik said...

@Penghulu Pojie bibik dah tak sempat amek nombor..hehe. :e

Penghulu Pojie said...

@littlebibikhehe..kalau bibik x payah amik no.terus naik no 1 :b

littlebibik said...

hehe..nnt kuarkan entri turtie kiut2 lg penghulu..best lah :l