Petang semalam aku duduk depan tv sambil blogwalking.Tengah khusyuk,tiba-tiba perhatian aku diragut dengan drama terbaru TV3 ni.Wahh...Mantop deh....Tengok baju pelakon pun ada style.Antara pelakon-pelakonnya ialah Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah, dan ramai lagi.
Yang buat aku jatuh cinta ni dengan Nora Danish ler,nampak sweeeeettt jer.Aku rasa macam nak lari laju-laju langgar dinding tengok dia.Pastu,berani lak dia pegang minatang iguana(Ronaldo plak tu namanya).Memang sweet ah!!!Pelakon-pelakon lain pun best.Tapi lakonannya aku tak tahulah best ke tak.Muahahaha....Saksikan PUTERA KATAK 4.30 ptg(TV3) dan 8.30 malam(TV9).Jom layan~~~
SINOPSIS
Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya.
Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?
P/S:Putera Turtie tak de ke?Tettt..XP